Hari ke-2 bercuti sempena CNY dimulakan dengan merajinkan diri sebagai ibu mithali untuk memuree = membuat puree untuk Aisy. hiks! Untuk minggu ni saya buat 3 jenis puree terus.. Puree Avocado, Carrot dan Sweet Potato (keledek)..
Puree Carrot
Cara-cara untuk membuat puree carrot:
- Buang kulit
- Potong dadu
- Stim / Rebus selama 10 minit *Stim better*
- Blend dengan air stim/rebusan
- Tapis jika inginkan tekstur yang halus mulus
- Masuk dalam bekas untuk dibekukan @ terus makan bersama susu ibu/fm
Puree Sweet Potato/ Ubi keledek
Sama cara seperti diatas
Puree Avocado
Sama seperti cara membuat puree pisang - Rujuk DISINI
Cara membuat puree avocado :
- Pastikan kulit buah Avocado Hitam *Buah Dah masak
- Belah dua
- Ambil isi buah guna sudu
- Blend dengan sedikit air atau susu ibu/fm
- Sedia untuk di makan @ difrozenkan
Nota Kaki : Kalau was-was dah masak ke belum buah avocado tu..Bungkus buah dalam surat khabar semalaman @ 2, 3 hari untuk pastikan buah avocado masak iaitu apabila kulit bertukar hitam..
5 comments:
pasti sedap si kecil menikmatinya...
so far, carrot baby aisy tak suka..hehe.tapi nanti nak try dgn bubur//mana tau dia ok kan... Yang lagi 2 belum try..hehe..
kira mmg takde rasa pape la u? pastu simpan dalam tempat beku? nanti nak makan defrost ke masak balik? ah sorry i blur haha
Rasa sayur la.hehe.tak sedap..simpan kat freezer..nak mkn.. Rendam bekas yg ada puree tu dlm bekas air panas.@ guna warmer lagi senang
eeeemmm..dapnyaa puree avocado. Rajin mama Aisy :)
Post a Comment