Dah lama sangat beli Organic Rolled Oats ni..Seingat saya masa Aisy 7 bulan.. Tapi sampai sekarang masih tak guna-guna lagi. Dah sebulan lebih kot...Sebab pernah terbaca Organic Rolled Oat ni WAJIB jalankan proses rendaman sebelum guna..Tapi masa tu macam malas-malas nak google betul-betul..Tu yang sampai sekarang tak buat oat untuk Aisy..Hari ni baru berkesempatan yang cari maklumat sikit....
*Sharing is Caring*
Oat mengandungi antioksidan & kaya dengan beta-glukan (karbohidrat tak hadham) yang menurunkan kolesterol darah. Rolled oat digunakan untuk membuat muesli
Mula-mula bijirin oat dipanaskan pada suhu rendah untuk menyahaktifkan enzim bagi mengelakkan ia cepat rosak. Selepas pemanasan barulah ia diproses kepada 3 jenis oat iaitu:
Steel Cut Oat ialah kernel oat yang dipotong menjadi dua atau tiga keping menggunakan cakera keluli. Kesemua serat oat masih ada, tetapi mengambil masa kira-kira 20minit atau lebih untuk memasak.
Rolled Oat sebahagian dari bran (serat) telah dikeluarkan supaya ia nipis bila di gelek di antara 2 penggelek (roller) untuk menipiskannya. Rolled Oat lebih mudah menyerap air dan dengan sifat ini ia digunakan untuk membuat muesli.
Instant Oat (Oat cepat dimasak) ialah rolled oat yang di gelek lebih nipis dan dipotong menjadi kepingan lebih kecil untuk menjadikannya lebih cepat dimasak. Oat cepat dimasak digelek setebal 0.4mm dan instant oat setebal 0.8mm. Jika dibandingkan kesemuanya instant oat adalah yang paling nipis.
(Oatmeal hilang khasiat ketika melalui proses penipisan - lagi tipis lagi senang masak namun lagi hilang khasiatnya)
1) 1 cawan rolled oat + 1cawan air suam + 1 sudu lemon + 1 sudu tepung gandum (ada yang letak yogurt/milk/sour cream/vinegar)
2) Sebab kandungan phytic acid yang tinggi dalam oat berbanding beras, masa rendaman terbaik adalah 12-24 jam.
3) Biar rendaman dalam suhu bilik.
4) Memang masam dan berbuih selepas 12 jam. Tambah air dan terus letak atas dapur
5) Pengalaman, bila dah lembut tak perlu blend pun, lenyek2, tapis
6) Campur lah buah ke apa yang sesuai.
(Oatmeal hilang khasiat ketika melalui proses penipisan - lagi tipis lagi senang masak namun lagi hilang khasiatnya)
CARA RENDAMAN BAGI ROLLED AOT
2) Sebab kandungan phytic acid yang tinggi dalam oat berbanding beras, masa rendaman terbaik adalah 12-24 jam.
3) Biar rendaman dalam suhu bilik.
4) Memang masam dan berbuih selepas 12 jam. Tambah air dan terus letak atas dapur
5) Pengalaman, bila dah lembut tak perlu blend pun, lenyek2, tapis
6) Campur lah buah ke apa yang sesuai.
Credit:
RESEPI OAT UNTUK BAYI
*Tak pernah cuba lagi..Google jer dulu..hihi
1) Oat+ kismis/kurma
Didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
Masak sampai kembang.
Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak..
Didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic).
Masak sampai kembang.
Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak..
2) Bubur Oat, Ikan dan Saderi
Bubur ini
sesuai untuk bayi 7 bulan ke atas.
Bahan-bahan
3 sudu
rolled oat/oat untuk dimasak (oat biru jika quaker oat)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara
membuatnya
Jika gunakan
ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak oat,
ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah
masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun
saderi masak.
Hancurkan
ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Credit:
1 comment:
sis setiap kali nak guna rolled oats tu kna rendam ke?..
Post a Comment