Friday 28 June 2013

JJCM @ Restoran Wadihana Islamic Kitchen Bangi

Lepas dah gigih ganti puasa..Tekak macam teringin pulak nak makan western..Google la restoran area bangi yang cam best sikit kan..hihi..Ajakla officemate baru pergi..Restoran ni corner lot..Barisan belakang Manjaku tu ja..Seksyen 9...

Kat sini ada pelbagai menu menarik..Western ker tak western ke semua ada..hihi..suhsi n tempayaki pun ada..Nampak tak kepelbagaian disitu..Service boleh tahan cepatlah..Pelayan kat sana pun ramah sangat..Kat luar restoran tak sempat nak masuk lagi pun dah bagi salam...Bagus! Harga pun ok lah..ala-ala harga Secret Receipy jugak..Sekali sekala ok lah nak mencuba..Kalau hari-hari pitam poketnye punn!

Antara menu yang kami order..


Nancos cheese la..Lupa nama! Sedap gilakkk.
Cicah pulak dengan tomato n ala2 mayo kat tgh tu..nyum..!.Cheese dia tebal ok!
RM12.90


Saya punya..
Grilled chicken chop with mushroom sos..Sedap jugak..sos dia sedap..sayur dimasak sempurna..Ayam pun masak sedang elok..Maveles laa! *ada gaya chef zubir komen tak..? LARIK!*
RM18.90


Ni member order..
Lamb chop with blacpaper sos..Pun sedap sgt!
RM18.90


Air pun nak snap..haha..Air mata kuching saya punya..n Bandung itu..
RM 2.70/segelas

Memang puas hati makan kat sana..Nanti nak try menu nasi goreng , tempayaki or sushi pulak..
Kali ni nak ajak en.suami. tercinta ku..hihi....

Thursday 27 June 2013

10 Month: Muhammad Aisy Iskandar

Update masa 9 bulan tak sempat..Jadi mamanya skip yer..

Diusia 10 bulan ni, 
  • Aisy dah pandai duduk sendiri..
  • Dah pandai dan suka memanjat..
  • Boleh berdiri dengan sendiri kalau ada benda nak paut..
  • Dah pandai main sendiri..Letak ja mainan banyak2..dia akan main ketuk2..
  • Suka bebnor campak barang..Dapat toys campak..Dapat remote tv campak..Dapat handphone pun campak..Agaknya dia suka dengar effect bunyi bila campak barang tu kot..
  • Tak memilih makanan..Telan je semua yang mama masak..KECUALI Oat! Aisy tak suka! Or sebab mama buat tak sedap..Or sebab ikut mama jugak tak suka oat..apa2 lah..hihi
  • Macam-macam style duduk sekarang ni..kejab bersimpuh...Kejab duduk ala katak tu *mama pun suka dok katak dulu..hihi..*.
  • Pandai berlakon menangis ..kira buat-buat nangis lah..sebab Aisy selalu kadang2 cubit mama ni haa..kukunya tajam kemain..mama buat-buat lah nangis..Cepat betul dia belajar..Sekarang dia pulak suka2 buat2 nangis..Adoinyeepuuuunn~
  • Pandai pegang botol sendiri dah...hihi..
  • Dah pandai nak berkawan..Ada sekali tu cikgu dia kata dia ketuk kepala kawan dia dengan botol..Amboi nak! nak berkawan la tu tapi cara kasar sikit..haha..
  • Aisy dah pandai merajuk..Pernah 2x masa saya nak ambil Aisy kat nursery petang tu..Dia boleh tak nak kat saya..Dia nak pergi kat cikgu dia..Sentap mama nak oiii! Cerdik anak mama ni..
  • Dah pandai kiss jugak..sejuk hati mama..


Proses memanjat 


Muka Serius *malas nak rotate!


Berdiri dengan sokongan sofa..


Makanan Aisy: Bubur + Salmon Fish +Tomato..


Ayunya SOPAN anak mama duduk..


Main-main sendiri...

Tu jer perkembangan Aisy 10 bulan ni yang mama dapat ingat...Sehingga ketemuk! Daa!

Resepi Coleslaw Kentang

Bila nak tukar tekak makan ala-ala western yang tak berapa nak western ni..Boleh la cuba resepi coleslaw kat bawah ni..Simple sangat..Kalau malas nak masak nasi  tapi kelaparan pun boleh try ni..Sebab kentang tu dah karbohidrat..Bila makan coleslaw kentang ni dah boleh kenyang..gitu!

Bahan-bahan:
  • 3 biji Kentang
  • 3 bijiTelur
  • Mayonis
  • Bawang
  • Black Paper 
  • Sedikit Garam masa rebus kentang


Cara-Cara:

  • Rebus kentang sehingga lembut
  • Rebus Telur sehingga masak
  • Potong dadu bawang, kentang dan telur sesedap korang
  • Gaul kentang, telur, bawang, mayonis dan blackpaper..Siap!



Sedap dimakan begitu saja..

Selamat Mencuba!

Tuesday 25 June 2013

Warkah buat Lelaki Ini

Lelaki ini,
Adalah insan yang berjaya menambat hati saya suatu ketika dulu dan insyaallah untuk selamanya,
Lelaki ini yang sentiasa ada walau susah dan senang,
Lelaki ini yang banyak berkorban mencari rezeki untuk saya dan keluarga,
Lelaki ini yang sentiasa inginkan kebahagian insan lain lebih dari diri sendiri,
Lelaki ini yang selalu membuat saya gembira..
Lelaki ini jarang sekali merungut dan mengadu domba..
Lelaki ini  selalu sedaya-upaya menolong orang walau kadangkala dia sendiri dalam kesusahan..
Lelaki ini yang banyak bersabar dengan kerenah isterinya..
Lelaki ini yang ringan tulang membantu kerja rumah..
Lelaki ini seorang yang memahami..

Terlalu banyak kebaikan Lelaki ini di kaca mata saya.Walaupun manusia biasa bukan sempurna ..Tetap dan tak pernah lari dari  melakukan kesilapan..Tapi dia adalah kurniaan terbaik olehNYA buat saya..

Lelaki ini adalah EN.SUAMI tercinta..


Kadang-kala mulut ini jahat sangat nak keluarkan kata-kata yang mungkin menyakitkan hati suami walaupun hal sekecil zarah..Iblis dan syaitan tak pernah jemu bertasbih supaya ada sahaja benda nak menjadi percakaran suami isteri..Jahat sungguh..!! Iman pulak seakan goyah dengan bisikan itu..Lemahnya iman mu isteri...Tugasmu adalah membahagiakan hati suamimu...*tersedar*..Ampunkan dosaku..

Maafkan sayang abang..

Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosa suamiku di atas segala kebaikannya..Amin...

LOVE,

Friday 21 June 2013

Teringat-ingat makan kat SR tu

2 minggu lepas saya ambil cuti sebab ada interview kat KL..
Lepas interview terus rojer BFF, syida ajak lunch sekali...
Dia kerja kat Putrajaya nun..Syida ajak makan kat Secret Receipy area putrajaya tu..

Jadi i followww jeeeeeer..


1st time order menu ni..Serius lupa nama weh! Memang kena dengan tekak saya.. Ayam tu macam ala-ala chicken chop..Tapi dia letak macam sos spagethi dan cheese kat atas tu...Memang sedap sangat..Salad tu pulak ada rasa masam-masam..Maybe dia punya dressing jus lemon kot..

Bila tengok gambar ni macam teringat-ingat je kesedapannya..Harga kalau tak silap RM18++ kot..
Berbaloi sebab kena dengan tekak saya,.hihi



Ni la aweks mak orang cun a.k.a bff saya tu..Kat sekolah dulu kemain ramai peminat..haha..
Dia macam biasa kalau makan SR mesti nak order tomyam itu...
Tomyam kat SR pun terbaik..pedas yooo! 

Bila nak terjah SR lagi ni...? 

Thursday 20 June 2013

Paratha Wrap Versi Mama Aisy

Bahan-Bahan seperti di bawah..

Mayonis..
Cheese..
Serunding *Memang selalu ada stok kat rumah..Masuk dlm maggi pun sodap!.. dan 
Chapatti readymade *beli kat giant nun..Offer RM2 sebab dah nak expired..haha*.



Panaskan pan...Masukkan roti paratha tu..Letak la bahan-bahan seperti di atas..
*tak payah ajar..hihi*...


Rasanya memang rangup meletop uols! 

Kalau nak buat ala-ala HOT n ROLL double cheese n onion tu boleh la letak garlic butter,bawang,cheese, mayonis,serbuk lada hitam..Dah try memang sedap..Selamat Mencuba..

Wednesday 19 June 2013

Wordless Wednesday


Ni cousin Aisy..
Nur Dalia Durani..
Waris Gugurl pertama sebelah suami..
Miss Dalia so much..Lama tak tengok..
So pinkyyyy..Mak Ngah LIKE!

*Sorry tak berapa nak WORDLESS*

Ambil Angin di Putrajaya

Petang Ahad tu keluar ambil angin di Putrajaya..
Saja bawa Aisy jalan-jalan..Yang sebenarnya mama yang sibuk nak ajak keluar ..hihi... 


 Aisy dengan Trademarknya.*ROCK!*


Anak mama kerut dahi macam ada masalah negara ja??


Moment indah ni..Aisy kiss Mama..*Papa jeles ker tu??

Tuesday 18 June 2013

En.suami masuk TV

Cerita basi baru nak up entry kan..
Masa ni waktu cuti sekolah baru-baru ni..
Lebuhraya jem katanya..Jadi en.suami sedia melaporkan..haha..

En.suami masuk TV..haha..
Jadi RETIS la kejab time tu..Tak jeles pun!*tiba-tiba*


Abang, Nak signnnnn!!
 *tangandidadakepalamendongak*

Resepi Siakap 3 Rasa




Bahan-bahan:

Utk ikan:
  1. 1 ekor Ikan Siakap
  2. Tepung jagung - untuk di lumur pada ikan
  3. Serbuk Pasti Sedap Knoor *tak letak pun
  4. Minyak untuk menggoreng ikan
Utk kuah:
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 3 biji bawang putih - diketuk
  • 10 biji cili padi - potong kecik-kecik
  • 1 inci halia - dihiris kecik
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • Segenggam nenas - yang dipotong dadu *Ganti epal hijau pun boleh..hihi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara -cara
  1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
  2. Lumurkan ikan dengan Serbuk pasti sedap knoor.Pastikan semua bahagian di lumur rata
  3. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur ke dua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam
  4. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali
  5. Pastikan minyak betul-betul panas barulah di masukkan ikan tadi
  6. Goreng terendam ikan tersebut
  7. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
  8. Panaskan minyak dalam kuali yang lain
  9. Tumiskan cili padi, halia dan bawang putih
  10. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan
  11. Kacau sebentar
  12. Masukkan bawang besar, tomato dan nenas
  13. Masukkan air sedikit
  14. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto
  15. Biarkan kuah mereneh seketika
  16. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi
Selamat Mencuba!

Monday 17 June 2013

Dapur berasap bila weekend ja

Kalau hari kerja memang jarang sangat nak masak..
Kalau en.suami kerja shif pagi ..Ada jugak la masak..
Sebab en.suami akan tolong tengok kan Aisy...
Kalau shif petang, en.suami akan dinner kat office ja..
tapi Makanan Aisy memang wajib masak la 2 hari sekali..

Jadi bila dah weekend haruslah berasap dapur..
Serba salah pulak kalau tak masak kat en.suami kan..
Walaupun kadang-kadang tak berasap jugek weekend pun sebab keluar.hihi..

Hari Sabtu 
Siakap 3 rasa
Sayur campur  bertelur kuah pekat! *nama? hemtan la labu!





Hari Ahad
Ayam Masak Merah
Ikan keropok goreng


Nanti nak kongsi resepi siakap 3 rasa tu lah..
Simple ja nak buat tapi dap dap ooo...hihi..

Masa masak hari Sabtu tu, Aisy sedap ja tidur dengan papa dia..
Senang la mama bersilat kat dapur nun...


Comeiiiiii tak baby tonnnn??

Happy Father's Day


Thank You for being an amazing papa for Aisy..
Will always pray and love you no matter what..

Papa,
Sejak dari Aisy lahir, papa sangat ringan tulang tolong mama jaga Aisy..
Sanggup bangun malam panaskan susu Aisy bila mama tidur mati..hihi..
Selalu tidurkan Aisy kalau papa balik awal..
Selalu bagi Aisy tidur balik kalau Aisy terjaga tengah malam..
Sanggup nak ambil cuti jaga Aisy demam kalau mama terpaksa kerja..

Papa tak pernah merungut pun buat semua tu..
Mama je yang selalu bebel2..haha..
Walaupun papa kekok lagi nak basuh berak Aisy..
Mama tak kisah pun..haha..
 TQ papa for everything..

Friday 14 June 2013

Koleksi FM & FM Gojes Blogger Supermom & Baby

Finally dapat jugak FM dan Car Sticker kat tangan saya.. Dah berkurun en.suami asyik terlupa bawa balik dari ofis je..hihi.. TQ pada  Gojes Momy Leenda tolong pos kan...Cute sangat FM  ni..
Car Sticker tak sempat nak lekat lagi..Dah lekat nanti baru ku riak tayang k..hihi..


Dah alang-alang..Moh ler tengok koleksi FM yang tak seberapa ni..
Baru nak kumpul-kumpul nya pooonnn!


Ada sapa-sapa nak tukar-tukar FM tak? eh!

Thursday 13 June 2013

Puree Pumpkin


Buang Kulit..Potong..Cuci bersih..Stim..


Blend dan bekukan..SIAP..

Wednesday 12 June 2013

Contest Baby Ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com




mari membeli barang baby dengan harga borong, minimum 1barang di blog 
http://barangbabymurah.blogspot.com

Detail berkenaan contest boleh rujuk SINI
Jom join ramai-ramai..Hadiah yang sangat menarik..

Hadiah Pilihan : Toys Storage (Cars)

Nama Anak : Muhammad Aisy Iskandar
Nama Mama : Noor Izzati Zarawi

Tuesday 11 June 2013

Aktiviti weekend Aisy & Mama

Weekend lepas lepak kat rumah ja.. Sebab papa aisy kerja..Seronok melayan si kecik Aisy jerla..Manja sangat dia tu..Kadang-kadang tak semena-mena datang lentok kepala kat dada mama..Cair hati mama..

Lepas subuh, Aisy ajak mama sambung tidur..Walaupun mama yang gigih tepuk-tepuk Aisy suruh tidur..haha..Time weekend la nak cover tidur yer dak!! Ya ampun! Mak mertua baca terus pitam ni!


Pukul 830 pagi dah bangun ...Kejab ja pun sambung tidur..Bagi la chance kan..
Bangun tidur bagi Aisy breakfast dulu..


Lepas breakfast teman mama pump susu sambil layan Baby TV.


Ni gambar bukti dah boleh berdiri teguh..hihi..Mama standy kat belakang takut tercepuk jatuh..

Lepas settle pump susu.. baru mandikan aisy..Main-main kejab Aisy dah ngantuk balik..Selalunya aisy akan berjaga 2 jam ..Tidur 2 jam..Lebih kurang la..Kadang2 tidur kejab ja..Kalau dia tidur tu sempatla saya buatkan bubur Aisy, basuh baju, makan, mandi segala kan..

Kalau dah boring sangat bawa la aisy keluar kejab duduk atas buaian...Aisy pun macam bagitau je dia bosan kat rumah. Sebab selalu pergi kat pintu depann..Lepas tu ketuk-ketuk...Nak bagi hint kat mama ajak kelaur ler tu...Tak pe..Hujung Minggu ni kita buli papa ajak jalan-jalan k..hihi


Monday 10 June 2013

Aisy tawaf satu rumah

Sekarang memang laju ja Aisy menyulur askar tu..
Laju juga la dia nak tawaf satu rumah..
Termasuk bawah meja tu haaa..hihi..




Masuk 10 bulan ni..Aisy juga dah pandai dari menyulur @ berbaring ke duduk...
Dah angkat bontot tapi tak merangkak pun..
Dah boleh berdiri teguh...ewah!

Wan dan tok kata Aisy ikut macam papa..Tak merangkak terus berjalan..
Amboi! Will see yaa!
Happynya bila tengok perkembangan positif anak...

JJCM @ Pizza Hut Kajang

Dah kenapa asyik update pasal makanan je mama aisy oi!!.. Hobi mama aisy makan makan dan makan..lepas tu sentap la gems bagai kan!!!  Ok..Berbalik pada cerita makan pizza..hihi...Hari tu en.suami balik bawa kupon Pizza RM40...Suka la saya..Terus ajak en.suami terjah pizza esoknya..


Nampak sedap kan?? tapi ntah kenapa pizza kat sini..Keras semacam ?!!..Tapi ku telan jugak!


Desert ni dapat lepas kena sound "lambat lagi ke?? Grrr!!"
Nampak ja macam kecil dalam gambar..Sekali datang ..Agak besar la..


Sup ayam sedap! kalau mushroom sup lagi sedap!


Mix Salad..
Makan kat sana tapi mintak bekas untuk take-away..
Nampak tak ketamakan disitu! Berbaloi-baloi!


Aisy layankan aja mama n papa makan..
Sambil berkata :  "jariku lagi nikmat  dari pizza"..
Hisap 2 jari adalah trademark Aisy bila dah ngantuk dan lapar!

Semua sekali RM60++..
Cuma tambah RM20 ja..TQ kupon!!

Friday 7 June 2013

Mini Cupcake di House of Mini

Masa jalan-jalan di Metropoint Kajang tu ada perasan ada satu gerai baru sebelah Secret Receipy...Terus terjah la..Tengok pulak ada jual MINI Cupcake..Unik gila..Cupcake dia super comel sebab saiz dia memang kena sekali masuk mulut ja..Design cute macam cupcake biasa..




Mini Cupcake ni RM1/seketul..Ada jugak jual cupcake biasa..
Red Velvet cupcake pun ada..SEDAP!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015