Thursday 20 March 2014

Percutian ke Krabi 4D/3N - Day 2

Aktiviti yang dinantikan untuk hari ke-2 adalah 4 island by long tail..Sebelum buat island hopping..Kami breakfast dulu ..Kami makan di gerai berdekatan..Selesai breakfast kami balik semula ke lobby hotel untuk dijemput ke island hopping. Tuk-tuk jenis trak datang pukul 9 pagi..Kami orang pertama yang diambil..so pusing satu Aonang dulu untuk jemput orang lain..Dapat la free tour kan..haha..Masa tu masuk ceruk kampung mana tah alih-alih ada resort cantik kat sana,,Kebanyakkannya yang stay sana mat saleh ar..Kami di bawa ke pantai aonang untuk di bahagi mengikut aktiviti masing-masing..Akhirnya kami dipanggil untuk pergi ke long tail boat itu..Excited! Alhamdulillah sangat dapat boat besar..Memang smooth je boat ni..Cuma bingit bunyi enjin boat..hihi..


Permandangan pagi di pantai Aonang..


Menunggu untuk di pick-up


Trak yang kami naik..Abaikan model gemss itu!


Destinasi pertama kami adalah TUP ISLAND..30 mnit dari pantai aonang..


Long tail boat kami.


Di Pulau Tup ini, pengunjung boleh berjalan dari satu pulau ke pulau yang lain..Tapi dengan kudrat ibu berbadan dua masa ni memang tak arr nak meredah pantai untuk pergi pulau lagi satu..Kami dapat pergi suku pantai je,,Lepas tu i is semput uolsss!


Nampak ja macam dekat,,Tapi jauh juga nak meredah..Tak sampai separuh pun kami jalan-jalan..hihi..Lepas tu rehat je tunggu boat jalan..Kat sini kami diberi masa 1 jam..


Berganbar kenangan dengan kesayangan saya..


Destinasi ke-2 adalah Chicken Island..Kat sini adalah aktiviti untuk snorkling..


Sebab dinamakan "chicken island" adalah bentul pulau tu sendiri,,Macam kepala ayam kan..? Nampak ke tidok??En. suami je yang snorkling..Bukan main enjoy lagi dia kat tengah-tengah laut tu..


Banyak ikan-ikan kat sini..Tambah-tambah bila bagi makan..lagi laju je ikan-ikan ni datang..




Destinasi ke-3 adalah PODA ISLAND..Kat sini kami diberi makan tengah hari..Makan tepi pantai je..Makanan not bad..Masa ni tengah lapar..Apa pun boleh telan kan..hihi..


On the way ke Poda Island..Korang boleh nampak tak orang kat batu2 tu..Mat saleh memanjat oiii..
Seriau tengok..Tinggi bebenor!

Muka mak yong kelaparan..Eh korang tak payah la pandang mat salih badan tangan ketak2 tu..hihi..


Tenang tengok pemandangan kat sini..Indahnya ciptaanNYA..Subahanallah.


Kat sini je yang saya start enjoy mandi-mandi pantai memandangkan perut dan kenyang,,..Walaupun panasnya membahang kan.



Ni adalah speedboat..

Destinasi ke-4 iaitu destinasi terakhir adalah di Pranang Cave Island..Kat sini banyak boat-boat yang buat jualan..Saya beli pulut mangga..Sedap sangat! Berlemak ja rasa..Kat sini kami lepak-lepak je..saya memang tak terdaya nak berjalan dah..Kat hujung pulau ni ada gua kalau tak silap..Tapi tak pasti ada apa dalam tu..Cuaca memang panas terik waktu ni..




Dating bawah pokok ja..


Selesai island hopping untuk hari tu pukul 430 petang...Sampai je di pantai aonang, terus ajak en,suami pergi Yamila Pancake yang disebut-sebut oleh ramai blogger cakap sedap2..memang sedap pun compare dengan pancake lain ..nanti saya up satu entry makanan sedap kat krabi ni k..


Sepatutnya kami akan dihantar balik ..tapi sebab decide nak makan pancake..Jadi kami  naik tuk-tuk RM3/person untuk ke Yaminla Pancake ni..Lepas tu balik rehat di hotel...Sebelah malan pulak kami repeat order makan dengan abang atas motor jual mee siam tu dan jalan-jalan sekitar Aonang,,


2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

wah bila tengok entri ni tak sabar rasanya...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. bestnya snorkelling dan jejalan kat pulau2 Krabi.. paling best bagi sheila kat Lagoon. perghh cantik sungguh berenang kat situ ~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015