Monday, 29 February 2016

Little Princess Warded

Kisah 2 minggu lepas..Masa balik dari rumah pengasuh petang tu elok lagi sampai la malam masa nak tidur..Alisya cranky tak nak minum susu..Pelik jugak sebab susu salah satu yg wajib ada kalau alisya nak tidur....Bila jaga tengah malam untuk susu dia dah mau minum tapi siksanya tengok dia nak hisap botol tu..Esoknya hantar alisya macam biasa ke rumah pengasuh..Masa tu badan dedar2..Pesan kat pengasuh kalau demam bagitau la..


Dalam pukul 3pm tu pengasuh wassap cakap badan alisya panas dan tak nak makan n minum..Terus call en.suami..Dia kata dia balik bawa alisya ke klinik.Waktu ni jugak la ada kisah lucu..Entah macam mana en.suami tersalah dengar atau saya yang salah cakap..Dia boleh pergi amik aisy kat tadika bawa pergi klinik..Yang si aisy pandai pulak berlakon sakit.hahaha..Sekali en.suami up status dekat facebook.."Hero demam"..DENGGG!! saya tak syak kata dia salah bawa anak..Saya balas status betulkan cakap HEROIN la..ingat dia TYPO...sekali dia salah bawa anak laaa....hahaha..nasib baik lambat lagi nak sampai turn..Suruh cancel ja jumpa dokter.haha..Bila dah ambil aisy..sah2 saya pun kena balik sebab tak de car seat dalam kereta...So balik awal haritu bawa alisya ke klinik..

Cek dekat KPMC..Dr just bagi ubat demam  je..Mulut tak cek pun...Dah inform dia tak nak makan or minum..Grrr!..Malam tu sama jugak..bila bagi ubat demam ok sekejab demam tapi still tak nak minum...Esoknya saya dan suami EL decide nak bawa alisya jumpa pakar kat KPJ..Bila cek tengok banyak sangat ulser dalam mulut dia ..dan demam tinggi..Dr masuk ubat bontot..Dokter mtk balik dulu dan cuba bagi alisya makan, minum dan makan ais banyak2.Kalau still tak ok kena admit masuk air...Seperti yang dijangka..alisya langsung tak nak makan..ais pun tak nak..minum sikit je..tu pun merengek2..

 
Hari ke 3 kami pergi jumpa dokter lagi..Dia suruh admit je..sbb bibir alisya pun nampak kering ja...tapi azabnya nak tunggu bilik..sebab semua full..Pukul 6pm baru dapat bilik..Melangut ja kitorang gilir2 atas whell chair tu..Alisya dah berapa kali tidur dan berjaga...cranky pun ada sebab tangan ber'drip'..Kesian dia..

1st time alisya warded..Kitorang gilir2 jaga..Malam tu alisya dah mau sikit minum..
Esoknya try bagi bubur dan air masak banyak-banyak...dan alisya dah tak demam waktu ni..alhamdulillah.... 
Petang tu jugak discharge..

 My little princess dah sihat..alhamdulillah..
 
 Terima kasih tok ani sebab datang tengok cucu..
 

Friday, 26 February 2016

Pergi ikea semata-mata nak makan je

Orang nak pergi IKEA sebab nak cari barang rumah..Tapi saya ni pergi IKEA selalunya sebab nak makan je..Tiap-tiap kali pergi Aim nak makan je semata-mata..Apa lagi kalau bukan salmon fish,Mushroom Soup, meatball dan cake IKEA..Sedapnyaa..Kalau datang waktu pagi harus makan Popia Ikea ni..Sedap sangat...

Lepas dah makan kat Foodcourt ni pusing-pusing 1 IKEA..Masa nak keluar tu dah makan lagi ..
Ais Krim, karipap & donut IKEA adalah wajib..haha....

 

Favorite..
 
TQ papa bagi mama makan melantak dengan tenang...haha..  


Happy Me.. Happy Tummy..
Masa ni 1st time pakai instant shawl..Bulat muka ku.. 

Thursday, 25 February 2016

Nur Zara Alisya 1st Hair Cut

Cerita awal bulan sebelum balik kampung raya cina..Rimas betul tengok rambut anak dara dah panjang bahagian depan..belakang apatah lagi..tapi sayangnya la nak potong..tapi kesian plak mcm cucuk-cucuk mata dia..So saya decide utk potong bahagian depan ..dan trim sikit bahagian belakang bagi sama..

 

Rambut sebelum dipotoong..
 
Rambut belakang dah boleh ikat dah masa ni umur setahun..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
.
.

.
.
.

.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
Taraaaaaaaaaaaaaa..
Introducing my HELMET Princess..haha..  
 

Love you my litte princess..Muahxx..
 

Wednesday, 24 February 2016

Freeport A Famosa Resort Melaka

Pada siapa yang  datang bercuti  area A Famosa Resort Melaka sekarang boleh la singgah ke Freeport A Famosa Melaka ni..Baru je buka tempat ni..Kitorang sempat jalan-jalan kat sini sebelum balik haritu..
Tempat ni ala-ala macam JPO & Mitsui....Boleh la nak jalan2 cuci mata..Kalau budget lebih boleh la shopping tak ingat kat sini..hihi..Masa kitroang pergi banyak juga SALES..hihi..

 

Yang mana bawa anak-anak ni ..Boleh la naik mainan ni..FOC je..
 

Happyla aisy..suka sangat dapat naik ni..
 

Hasil rembatan..Murah2 oii..Rugi tak beli.. 

Tuesday, 23 February 2016

Pisang goreng cheese sedap di melaka

Sambung Cerita ke Melaka haritu..
Memang dah aim nak cari pisang goreng cheese ni...*My feveret ever!hehe*..
Sampai je melaka terus waze cari KAPTEN PISANG melaka sentral..
Insyaallah memang jumpa..Tempat ni macam food court..
Kapten Pisang ni lot tepi sekali..Dan Foodcourt ni berdepan melaka sentral.. 
Kami sampai awal dalam pukul 12pm..Gerai dah buka..Alhamdulillah..

 

Sampai terus order..Masa ni dah ada beberapa customer tengah beratur..


Pilih menu dulu..Saya beli..
1 Mini Jumbo (3 topping) -RM10
&
1 Regular - RM5 
*Tamak order sampai 2..haha.. 

Tunggu dalam 10 minit kot..dapatlah yang dinanti-nanti..
 
Set Regular with caramel cheese topping
 
Set Mini Jumbo with oreo,choc cheese & caramel cheese topping..

Masuk-masuk kereta je terus ngap..habis licin..
sedap sangat ..rangup dan topping banyak sangat..tak kedekut..

Kami 1 family bagi 5 bintang ... Lepas ni kalau datang CONFIRM repeat datang sini..
Untungla orang melaka boleh makan pisang cheese hari-hari..k bye.. 

Friday, 12 February 2016

Family Day di A Famosa Resort Melaka


 Last Month kami ke Melaka lagi..Kali ni pergi sebab ada family day office en.suami..
Lokasi di A Famosa Resort Melaka..Kitorang sewa banglo dalam tu share-share 4 family dengan officemate en.suami..Kitorang gerak pagi Sabtu tu..Cadangnya nak bertolak awal ..Tapi pukul 10am jugak baru bertolak ..Biasa la dengan anak kecil ni..macam-macam ragam..Baru 2 orang ..fuh2..

Sampai melaka dalam pukul 12pm..Saya memang aim nak pergi cari Kapten pisang Cheese *makan je ingat**..Lokasi di Food court berdepan dengan Melaka Sentral..Nasib baik ada Waze penyelamat....Untuk Pisang cheese sedap tu next entry yaa..Lepas dah makan pisang cheese yang maveles tu kitorang pergi port wajib coconut shake klebang..Kali ni pergi tak de orang langsung..Tak payah beratur..Syurga je rasa..Lepas tu lepak kejab dekat area pantai klebang sambil suap si kecik alisya makan..

Pukul 2pm baru bertolak ke A famosa resort..Sampai je tak boleh nak check in lagi..Sebab banglo tu dorang baru nak bersih sebab baru ada orang keluar..Pukul 4pm baru dapat masuk..So far dari luar memang nampak macam banglo 2 tingkat..Tapi bila masuk sebenarnya satu level ja *tipah tertipu*..hehe..ada 4 bilik..dan 2 bilik air..yang bestnya kat sini sebab ada swinmming pool..sampai2 je aisy dah berzikir nak mandi kolam,.jadi moh ler kita terjun berendam berjemaah,,,alisya pun mandi kolam for the 1st time..best2..

 

Aisy Excited.. Mama apatah lagi..haha..

Alisya pertama kali masuk swimming pool..
Bukan main lagi tak nak pakai pelampung..grr! Gigit kang..
 

Aktiviti sebelah malam pulak Dinner ..Ada kambing golek..
Dinner ni pakai catering..Buat depan resort ni je..

 

Semua tengah aim nak serbu kambing golek ni dulu..
 
Family Day Jan 2016 

Aisy dapat ramai kawan kat sana sampai tak peduli kat mama dan adik dah..haha..
Pandai bawa diri dan berkawan..Bab gaduh dengan kawan pun satu hal..haha


View kat ruang tamu...

Esoknya kitorang ke Freeport A Famosa Melaka sebelum bertolak balik...
Next entry ya.. 

Sunday, 7 February 2016

Midnite Movie Date : Filem Diwale

Last sekali tengok wayang 2011 ya.Masa tu  anak tak de lagi. 
Sejak ada aisy memang tak jejak langsung   wayang...

Finally lepas 4 tahun baru jejak kaki balik..
Semata2 nak tengok filem diwale 
Dan kebetulan masa tu ada kat kampung dan mertua tlg tengokkan anak..
Tu pun Kitorang pilih waktu.midnite sbb dorang dah tidur...Senang..


1st time tengok di alor star mall dan 1st time jejak kaki kat sini..
Masa ni baru ja buka mall ni..Ramai ja orang walaupun midnite 


Harus masuk diari ni Hari ini dalam sejarah.Hahhaha.
Saya bagi 5 bintang untuk filem diwale..Kajol soooo cantik,gojess, meletops!
Lagu-lagu dalam tu pun best layan ja...
Jalan cerita  best..ada sedih..romantik..dan aksi....
Tak menyesal tengok...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015