Thursday, 20 March 2014

Percutian di Krabi 4D/3N - Day 1

Dah lama teringin nak ke Krabi ni ..Kebetulan hari tu borak dengan BFF Ain dia ajak bercuti sama-sama..So apa lagi terus decide nak pergi Krabi..Bermula la dok search flight air asia yang murah-murah..Memang cadang nak pergi bulan 2 tahun ni..Harga tiket ke KLIA-Krabi RM340/ 2 orang pergi balik..Rasa macam murah dah waktu ni..hihi..

Lepas dah dapat tiket baru search hotel..Kalau nak pilih hotel ..sila pilih area Pantai AONANG yer... Senang nak island hopping..Dan banyak hotel, gerai-gerai, spa dan restoran...Jangan pilih area Pekan Krabi tau Hotel book guna Agoda je...  Kami pililh HARVEST HOUSE Hotel RM394 untuk 4 hari 3 malam 1 bilik..Rasa sangat berbaloi sebab bilik besar.Nanti saya up entry pasal hotel yer...

Sebelum ke Krabi jangan lupa untuk tukar siap-siap duit Thai.. Kami tukar RM1200 je untuk belanja kat sana..Rasa untung lagi tukar kat malaysia,,Sebab kawan tukar kat Thai jadi rugi balik..


Kawan en.suami tolong hantar ke KLIA..Flight pergi  tengah hari..Perjalanan Ambil masa dalam 1 jam 15 minit je..Sekejab je rasa dalam flight tu..


Kali ni order nasi lemak RM12..Berlemak betul nasi lemak ayam rendang dia..Memang sedap..Walaupun portion sikit tapi kenyang..Air mineral tu RM3..Beli jer la..tu je paling murah memandangkan air mineral tak boleh bawa naik flight..grrr!! 

Sampai di Krabi terus ambil teksi untuk ke AONANG..Harga  600batt=RM60..Perjalanan dari Airport Krabi ke Aonang ambil masa dalam 45 minit..Bas pun ada disediakan..150batt=RM 15person..Memandangkan kami pergi 4 orang ..So lagi untung ambil teksi...Sebab kalau naik bas ni faham-faham la mesti banyak tempat nak berhenti kan..

Masa perjalanan ke Aonang tu,,Teksi ni akan berhenti kat satu check point ni untuk driver tu buat report kot..Kat sini akan ada orang datang untuk ajak korang ke diorang punya travel agency untuk promote aktiviti kat krabi ni macam island hopping etc..Kami memang tak ambil kat situ sebab harga lebih mahal..

Sampai Aonang terus kami check in hotel..Masa tengah check in ada sorang amoi thai datang promote aktiviti kat Krabi ni..Dia tanya kita nak buat aktiviti apa...Rupa-rupanya amoi tu boss kat hotel tu.Saya ada inform yang saya mengandung 2 bulan waktu ni..dia tak sarankan pregnant women untuk buat aktiviti naik speedboat sebab bahayakan kandungan..So dia suggest naik long tail..Frust juga tak dapat pergi aktiviti island hopping di Phi-phi Island.Sebab Phi-Phi Island ni memang most recommeded kalau datang Krabi ni....Sebab untuk ke Phi-phi island hanya ada speedboat.Apa2 pun keselamatan baby harus diutamakan.So amoi tu cadangkan untuk ke 4 island by long tail..Sebab long tail ni slow je...

At least dapat juga buat aktiviti island hopping walaupun pregnant..Jadi terpisahlah saya dan ain..Sebab semestinya ain dan suami akan pergi Ph-Phi Island..Harga untuk Phi-Phi Island by speedboat RM100/person, 4 Island by long tail RM40/person.. Harga termasuk pick up hantar dan balik dari hotel, peralatan untuk snorkeling dan lunch..Rasa dah cukup berbaloi harga tu...

Dah selesai check in, kami pergi lunch di restoran berdekatan hotel..Masa ni main terjah je lunch..Tengok restoran tu halal terus masuk sebab perut dah lapar sangat masa ni..Malangnya rasa tak berbaloi dengan harga.Bayangkan nasi padprik ada udang seketol je lauk semata-mata.. Harga RM 60 untuk 3 orang makan termasuk air..Padahal yang makan  3 orang je waktu ni..

Lepas lunch kami balik hotel untuk solat dan rest sekejab..Sebelah petang kami keluar untuk jalan-jalan sekitar pantai Aonang..


Pemandangan petang di Pantai Aonang Krabi


Berdua dengan adik baby dalam perut je..Aisy kena tinggal..Kesian Aisy..


BFF forever..Dari Kiri: Ehsan(Husband Ain), Ain, Saya, Husband Saya..


Feeling-felling honeymoon kenkononnya..

Lepas jalan-jalan sepanjang pantai..Kami jalan-jalan di gerai-gerai sepanjng pantai tu..Banyak jual t-shirt, topi, slipper, beg, etc..Saya perasan kat sini banyak betul farmasi..hihi..Kemudian kami tapau mee tepi jalan jual atas motor je...Memang terbaikk..Sedap sangat..Lepas tapau kami dinner di Lemon Restaurant ..


Money exchange kat sana..


Hasil rembatan malam tu untuk island hopping esoknya..
Multi-purpose drybag  tu dapat RM35..slipper Rm19/sepasang.. Baju RM 15/pcs..

23 comments:

Farah Waheda Wahid said...

ai is jeles, krabi dalam to do list, tapi tak dilaksanakan lagi...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, actually tukar duit RM kat thailand lagi untung. sheila tukar 2 kali. dapat rate 9.5 something. memang untung gila. hehehe. hotel tu buat review tau. btw ada bath tab sekali tak? sheila book hotel kat agoda, dapat bath tab, harga rm258 untuk 4hari 3malam. hehehe rezeki terjumpa masa promo.. hihiiii

Izzati Asyraf said...

insyaallah coming soon tu..hihi

Izzati Asyraf said...

waalaikumsalam dear..kebetulan masa pergi tu member tukar dapat 9.2 je dear..hotel ada bath tab..berbaloi-baloi..memang rezeki sheila dpt bilik tu murah.,hihi..

Mohd Fariz Muhamad Zin said...

Salam.tompang tanye..makanan halal x?

Mohd Fariz Muhamad Zin said...

Salam..tompang tanye..makanan hotel halal x?

aziman omar said...

Assalamualaikum…
Kami menawarkan pelbagai pakej menarik ke Padang Bukittinggi untuk anda.Semua urusan kami lakukan.Dari urusan tiket,hotel,transport,makan dan pemandu pelancong semua kami sediakan untuk anda.Untuk group yang besar di alu alukan.hadiah menarik menanti anda.
Tak perlu bersusah payah menguruskan group anda.Berikan senarai nama peserta dan tarikh perjalanan dan semua kami uruskan.Urusan di lakukan di Malaysia.Mudah dan selamat.Temujanji untuk urusan group yang besar juga boleh diatur.
Hubungi saya di talian 0126665436 atau lihat di blog saya untuk maklumat lanjut.Banyak maklumat berguna untuk panduan anda.
http://freelancetour.blogspot.com

aziman omar said...

Assalamualaikum…
Kami menawarkan pelbagai pakej menarik ke Indonesia untuk anda.Semua urusan kami lakukan.Dari urusan tiket,hotel,transport,makan dan pemandu pelancong semua kami sediakan untuk anda.Untuk group yang besar di alu alukan.hadiah menarik menanti anda.
Tak perlu bersusah payah menguruskan group anda.Berikan senarai nama peserta dan tarikh perjalanan dan semua kami uruskan.Urusan di lakukan di Malaysia.Mudah dan selamat.Temujanji untuk urusan group yang besar juga boleh diatur.
Hubungi saya di talian 0126665436 atau lihat di blog saya untuk maklumat lanjut.Banyak maklumat berguna untuk panduan anda.
http://freelancetour.blogspot.com

kehidupan sihat said...

seronok ye,hotel pun murah.

jemput blog nana,tq

https://www.diyanarazim.com

Abd Razif said...

eh..ehsan..senior saya kt SAMTKKB..kirim salam pada dia..ckp kt dia ajip kirim salam..bdak dorm dia masa dia form 5..(^^)

Asmin Fahmi said...

Salam perkenalan...
Jemput singgah blog saya http://alamwellness.blogspot.com

wan tioman said...

salam. bestnya .. untung la dapat ke sana..

www.wanpulautioman.com

zaty izzati said...

seronoknya..Zaty teringin nak p krabi..harap 1 hari nanti boleh sampai sana..insya Allah..ameen

maria javedh said...

mashallah bestnya pi krabi. Mai teringin nak pi plan-pan awal January sebab boss xde..teruja tengok blog mama...tapi kata kawan beach dia tak ramai orang..tapi macam ramai ek mama...
jejalan la kat blog mai ek..mariajavedh.blogspot.com atau miraclevitaminsupplement.com

salmizah omar said...

salam perkenalan...tengah survey2 tempat percutian mana yang best ni..

ingin mendapatkan pelbagai pilihan barangan keperluan rumah,diri.kereta dan sebagainya jemput singgah blog saya...
hot item almari cube style Korean..special price..
www.izzium2u.blogspot.com

izi ami said...

xsabar rasenye nk pegi 3-7april ni. dpt flight ticket 166 only return..
kalau budjet dlm 1k cukop x?

"bella Chentaku" said...

slm.sy nk tye,bakal pergi krabi 2 weeks lg. sy tgh preggy,ok ke naik long boat tu? terhentak hentak ke?
5month preggy mumy

Hannah Aziz said...

bestnya g krabi.. skrg tgh tiket murah. so sy plan nk g bln 11 ni. sblm pegi, as usual search dulu apa yang best kat sana.. So tq for ur review tuk krabi.. really helpfull..

Hannah Aziz said...

tak sabar nya nak g krabi.. tiket dh booked. now hunting for place to stay.. heheh

Noor Haisimah said...

Bestnye p krabi...

liza boarding said...

Salam perkenalan. Suka tengok travelog u. do follow me back lizaboarding.blogspot.com

Nurul Ain said...

Kami ada menawarkan pakej percutian yang murah dan menarik untuk dilawati. Untuk info blh email ke aien317@gmail.com

Budget Tour Bukittinggi Padang Shopping Embroidery said...

Assalamualaikum kepada semua Percutian ke Bukittinggi Padang Saya Mukhlis Tourist Guide Kat Bukittinggi Padang,
Bukittinggi Merupakan Destinasi Percutian Yang menarik untuk dikunjungi selain View yg cantik, makan sedap dan tempat Shopping Embroidery banyak pilihan dan penduduknya Muslim senang untuk cari makan
Saya Mukhlis Driver cum Guide kat Bukittinggi bagi Tuan, Puan, abg,Akk yg nak datang Bukittinggi tapi belum ade contact untuk uruskan kat Bukittinggi insyallah saya boleh bantu uruskan sebaik mungkin sesuai dgn apa yg di minta. Dan bagi yang nak sewa Transportasi Kereta Innova, Van Pregio,Bas ,Bukittinggi bandar kecil sejuk makan sedap, tempat Shopping kain sulam banyak dari yg murah, menengah, Quality dan bagus buat bisness jual balik maupun nak pakai sendiri. Sila datang Bukittinggi nanti saya akan bw kat home industry kain sulam baik yg nak beli sehelai atau pun borong. Saya utamakan Quality bukan Quantity sila call Whatsapp +628197513210 or +6281268422608 untuk buat tempahan
Dan saya Mukhlis Budget Tours Bukittinggi Padang Tidak mengatas namakan Travel Agent Manapun untuk Promote saya punya khidmad, 
Dan saya ucapkan banyak terima kasih pada Blog ini atas share Percutian dengan adanya blog ni boleh berbagi Informasi dan khidmat

Wassalam 
Mukhlis Budget Tours Bukittinggi Padang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015