Thursday 31 January 2013

Bercuti di Sabah Day 2 Part 2

Bercuti di Sabah [Day 1], [Day 2 Part l ]

Selepas puas ber'spa' ikan ..Kami meneruskan perjalanan ke Desa Dairy Farm. < New Zealand Sabah katanya >. Jalan menghala ke KK balik..Sempat singgah gerai tepi jalan borong keropok dan buah.. Nak ke Desa Dairy Farm ni jalan berbukit sikit..Mula-mula macam tak confident nak pergi sebab naik viva ja kan..tapi dah alang-alang datang harus lah pergi kan..Alhamdulillah berjaya sampai..Bila dah sampai memang sejuk je rasa..Nyaman! 

Lembu-lembu beratur nak perah susu


 Jalan berbukit menuju ke Desa Dairy Farm


Landmark


Boleh tengok penghasilan susu.!


Air krim kat sini memang terbaik..Rasa susu lembu asli gitu..Tak cukup 1 , dua saya makan..En.suami relakan je!.Susu memang fresh!




Budget bercuti kat New Zealand..*Berangan Mood*


Lembu-lembu ready nak perah susu dah..boleh tengok dari dalam bangunan..


lembu pun nak interframe..

Lepas dah puas lepak kat DDF..Kami menuju ke Kundasang Worl War 2 Memorial Park..Ia terletak di kaki bukit sebelum menuju ke Desa Dairy Farm..Pemandangan kat sini sangat cantik..Tempat ni memang terjaga rapi..Port baik punya untuk ambil wedding photo..Tapi kena bayar RM100 kot kalo nak amik wedding photo kat sini..Amboi!




Kena mendaki lagi..tapi kejab je..Nak masuk kena bayar tau..RM10/entry kot! lupa!




Malaysia tanah airku!


Curi Bunga DENDA RM100. Ada T.V C.C.T.V


Muka Pancit kot..Seharian Berjalan..Tapi BEST!.

 Kemudian kami bertolak balik ke Kota Kinabalu  memandangkan kebanyakan tempat yang ada dalam list dah pergi..Balik hotel rehat kejab lepas tu keluar balik ke Pasar Malam Kampung Air untuk borong sourviner & Pasar Filiphine lagi untuk melantak seafood..

P/S: Kalau nak beli fridge magnet..sila borong di Pasar Malam Kg Air sebab kat situ sangat murah..Kalau macam tempat biasa 1 RM8 or Rm6..Kat Pasar Malam Kg Air 3, RM10.. Tak berbulu nengok!!!!!!


Dinner malam terakhir di KK


Ikan Susu namanya!


Rumpai Laut


dan ABC

Semua sekali RM48..Rasa berbaloi sangat!!



Hasil belian di Pasar Malam Kg Air..Berbaloi-baloi.

Tamat sudah kisah untuk hari ke-2..Cerita hari ke-3 iaitu hari terakhir akan menyusul..sobs!!

Wednesday 30 January 2013

Bercuti di Sabah Day 2 Part 1

Sambungan dari Bercuti di Sabah Day 1

Hari ke-2 di Sabah dimulakan seawal jam 6:30pagi..Kat Sabah waktu ni dah macam pukul 8 pagi dah.Agenda hari ni nak ke Kundasang dan tempat-tempat menarik sekitar tu...Sebelum bertolak sempat beli jajan dulu sebab katanya kat sana susah nak cari tempat makan sebab macam was-was halal ke tidak kan..

Destinasi pertama adalah Kinabalu Park..Perjalanan hampir 1 jam 30 minit dari kota kinabalu..Reason bergerak awal sebab nak kejar bergambar berlatar belakang kan puncak gunung kinabalu..Sebab katanya lagi waktu pukul 9 pagi dah tak nampak sebab kabus..


Sesetengah jalan dah mula kabus.


Cerah balik


Sempat bergambar.. 10 minit lepas gambar diambil..Kabus mula muncul..hehe


Kitorang macam jakun jab..betul ke tu puncak gunung kinabalu.??.wallahualam..


Kemudian destinasi ke 2 adalah ke Poring Hot Spring (Air Panas) + Canopy Walkaway....45 minit dari Kinabalu Park...Pesanan khidmat masyarakat: Kalau korang berhajat nak naik canopy walkaway ni sila siapkan diri macam nak hiking..sebabnya nak lalu canopy walkaway tu nak kena merentas laluan berbukit hampir 1 km rasanya...*PITAM*..Kami lansung tak diberitahu pun..tau tau ja masa naik tu ...Eh! asal tak sampai-sampai ni..OMG! Tapi bila dah sampai atas puas sangat-sangat..TAPI ada lagi azabnya pada sapa yang gayat tapi budget diri berani sebab nak lalui canopy walkaway tu bukan satu tapi 5 ok!! ulang lagi sekali LIMA...hahaha..Dah la tinggi bebenor..tapi berjaya jugak harungi asalkan jalan tak tengok bawah!..



Pintu masuk..Jangan lupa beli pas masuk kat pondok pengawal k..


Senyum lagi padahal MENGAH dah ni..unprepared! kasut pun kasut biasa ja..


View untuk mandi air panas..setiap kolah tu ada paip..nak mandi baru tahan.. 


Gayat siot!


Bayar lagi sebelum ke canopy walkway


Lepas dah penat ber'hiking'..boleh la rendam kaki dalam air panas jab..nak mandi pun boleh...

Sebenarnya ada banyak lagi part menarik sekitar poring hot spring ni. macam air terjun etc. tapi kena berjalan la.. Mula-mula kami teringin jugak nak pergi..tapi bila tengok jarak nak kena berjalan jauh tu ...terus batalkan hasrat! 


Destinasi seterusnya adalah Sabah Tea Garden..Lebih kurang macam di cameron la..Perjalanan ambil masa lebih kurang 35 minit dari Poring Hot Spring..

Merasalah minun teh sabah ni..tapi dorang buat pekat sangat la..tak kena dengan tekak..en.suami yang habiskan..Kat sini baru la boleh makan..Kami order mee goreng teh sabah..nama cam gempak je..mee goreng tu dicampur dengan teh KATANYA..tapi yang datang macam maggi goreng saja baaaaaaaaaaaahhh!


Lepak sekejab je kat sini..Ambil gambar-lunch-borong teh sabah untuk sourviner..


Kemudian, kami ke "Tagal" Sg Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau.(SPA IKAN). Betul-betul bersebelahan dengan ladang teh sabah tu..Senang nak cari..Kami mengunakan khidmat GPS je ..Masa search tu tengok-tengok..eh2! 2 minit ja nak ke sini dari teh sabah tu..hehe..


Apa yang best kat sini adalah dapat ber'spa' ikan semulajadi...ikan fresh dari sungai untuk spa..hahaha.. Mula-mula saya takut -takut nak masuk sungai sebab ikan banyak sangat...Bila dah masuk rasa best sangat..,rasa geli-geli gitu dengan kesejukan air sungai..nyaman sekali!


Muka tahan geli kena gigit dengan ikan..hahaha..Best! Kat sini juga ada jual makanan ikan ..Boleh bagi makan ikan sekali..Bila dah pegang makanan tu lagi melompat-lompat ikan tu datang..

Bersambung................

Tuesday 29 January 2013

Bercuti di Sabah Day 1

Percutian singkat 3 hari 2 malam yang sangat berbaloi-baloi..Walaupun penat dan rushing nak pergi melawat semua tempat tapi best dan puas! Let's check it out...


Perjalanan dari LCCT ke Kota Kinabalu Sabah mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.. 


Muka excited nak bercuti tapi mengantuk sebab bangun seawal 4 pagi..semangat! haha..


 Pergi bawa 1 beg besar ja...Masa nak balik jadi 4 beg sudah!! hahaha..


Agenda pertama kami adalah ke Pulau Manukan, Sabah..Naik boat dalam 15 minit..Disebabkan kami sampai pun dah tengah hari..Jadi kami decide nak pergi satu pulau ja..Kalau korang datang banyak hari boleh la pergi 2 or 3 pulau...Untuk 1 pulau, RM23 seorang..


Pulau Manukan ni sangat bersih dan cantik..Subhanallah.. Air jernih sangat..Nampak ikan berenang-renang..Snorkling pun best! tapi saya tak snorkling pun..huhu!


Posing!


En.suami mandi sorang-sorang jer..hehe..


Subhannallah! Indah sungguh ciptaanNYA..



Hati-hati..Obor-obor! Pernah kena sengat masa kecil2 dulu..fobia bila ingat balik!





Lots of LOVE..


Jebis-jenis ikan..panggang pon SODAP!


Jesselton Point KK, Lebih kurang macam jeti la untuk ke pulau-pulau...beli tiket kat sini tau..

Lepas dah puas lepak kat Pulau Manukan..Kami check in hotel..Kemudian kami meneruskan agenda ke Stadium Likas KK untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Sabah dan Kedah..Kebetulan ada games..Seronokla en.suami..peminat tegar pasukan Kedah..hehehe..



Selepas tamat game. Kami jalan-jalan sekitar Waterfront..Tengok sunset..hehehe..Masa ni perut pun dah menyanyi lagu dangdut goyang inul..Kami pun terus ke Pasar Filiphine untuk makan seafood!



Macam-macam jenis seafood  ada...Banyak gerai-gerai kat sini..pilih la mana suka...Alang-alang nak makan seafood kan..malam tu kami pilih semua jenis seafood yang besar punya..hehehe..


Udang Besar


Ketam Besar


Lobster Sederhana


dan Sotong besar..Total semua RM110..Berbaloi sangat rasa...Ketam tu tapau separuh sebab penat nak habiskan..Last-last balik hotel terus tidur..tak makan pun..sayangnya...huhu..


Lepas makan...Jalan-jalan area pasal filiphine kejab..Geram ja tengok seafood fresh-fresh... lepas tu balik hotel..Rehat..Esok banyak destinasi nak pergi..

To be continue...........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015