Thursday, 28 April 2016

Beli Kupon The Fish Manhattan di GROUPON

Ni kali ke-2 beli kupon The Fish Manhattan di Groupon..
1st dulu masa pregnant kan Alisya kalau tak silap..
Baru-baru ni tengok ada lagi offer.. 
Terus grab laju-laju ajak en.suami pergi lepas tengok wayang tu.

Habis wayang dalam 2 lebih kot masa tu memang lapar sangat..
Terus pergi Restoran..Masa ni ramai orang boleh tahan..
Servis makanan sampai kat Almanda ni agak laju..
Tapi bila mintak air suam 15 minit baru dapat ..Grrrr...

 

Set untuk Kupon tu..Macam-macam ada..
 

Good girl Alisya ni makan sepah kemain..
Dia nak suap sendiri kekdahnya...
 

Rasa semua SEDAP..ke sebab lapar?haha..Tak lah memang Sedap pun..
Ni pun tapau bawa balik separuh  sebab anak2 dah mula cranky..
So far kupon yang ditawarkan di groupon untuk The Fish Manhattan ni memang berbaloi-baloi..

Monday, 25 April 2016

Kopi Tahan Lapar Min Kaffe a.k.a Mineral Coffee




Keistimewaan Min Kaffe :
  • ~Kaya dengan unsur anti-pengoksidaan.
  • ~Kaya dengan bahan mineral .
  • ~Kaya dengan elemen surih seperti magnesium, besi, kalsium dan kalium.
  • ~Menghilangkan keletihan fizikal dan mental
  • ~Melegakan tekanan
  • ~Rasa yang enak dan sangat berkhasiat.
Khasiat Min Kaffe :
  • ~Turunkan berat badan.
  • ~Hilangkan mengantuk.
  • ~Memberi tenaga untuk cergaskan badan sepanjang hari.
  • ~Mengurangkan masalah buasir dan sembelit.
  • ~Hilangkan sakit lutut, rasa keletihan badan dan sengal sendi.
  • ~Hilangkan sakit urat dan bisa-bisa kaki.
  • ~Mencegah athma.
  • ~Meningkatkan hemoglobin dalam darah.
  • ~Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • ~Mengurangkan masalah kencing manis.
  • ~Masalah parkinson dan nyanyuk.
  • ~Mencegah kanser, penyakit aritma jantung dan stroke.
  • ~Mengurangkan masalah sebu ulu hati akibat masalah gastrik.
  • ~Membantu mengurangkan masalah sakit kepala akibat migrain.
  • ~Membantu mengurangkan sakit senggugut.
  • ~Membantu melegakan masalah kulut seperti jerawat badan dan ekzema.
  • ~Mengurangkan alahan seperti resdung dan alahan kulit.
  • ~Membantu mengurangkan masalah sukar tidur/ imsomnia.
  • ~Membantu anda tidur lena di waktu malam.

Min Kaffe untuk : 

Pesakit darah tinggi.
  • ~Mengawal tekanan darah supaya lebih stabil. Mineral coffee bertindak sebagai agen penenang
Pesakit insomnia.
  • ~Kebiasaannya pesakit insomnia mempunyai masalah dimana kalsium tidak diserap dengan baik oleh badannya, maka badan mereka masih cergas dan tidak tenang untuk proses tidur. Kandungan Magnesium di dalam Mineral Coffee tadi membantu penyerapan kalsium berjalan dengan lebih baik, seterusnya badan akan beransur tenang dan dapat tidur dengan baik.
Pesakit migrain.
  • ~Kepada sesiapa yang biasa menghadapi migrain ketika berpuasa, boleh minum mineral coffee ketika sahur. Elemen Garam Buluh tadi akan membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan migrain dan sakit kepala lain
Pesakit kencing manis.
  • ~Garam Buluh membantu dalam menyeimbangkan gula dalam darah dengan adanya chlorogenic acid. ~Pesakit juga harus mengambil kira segi nasihat doktor.
Gout :
  • ~Mineral coffee bersifat alkali yang boleh meneutralkan asid dalam badan.
  • ~Cikgu-cikgu yg ada kertas litmus boleh test sendiri kealkalian kopi n
Cara penyediaan Min Kaffe
  • ~Tuangkan kandungan Mineral Coffee ke dalam cawan kopi dan tambahkan 150ml air panas.
  • ~Kacau dan boleh terus dinikmati.
  • ~Minum secawan Mineral coffee sebelum sarapan dan sebelum tidur.
  • ~Boleh diambil tanpa had umur.
  • ~Elok jika digabungkan dengan pengambilan garlic untuk hasil yang lebih mantap.
Bahan utama Min Kaffe :
Biji kopi Robusta :
  • ~Biji kopi yang digunakan untuk pembuatan mineral coffee ini ialah biji kopi robusta.
  • ~Berbau wangi dan by nature air rebusannya terasa pahit.
  • ~Biji kopi robusta ini diambil daripada pengeluar robusta terbaik dunia, Vietnam.
  • ~Kopi Robusta memberi tenaga dan kecergasan mental yang maksimum anda.
Garam Buluh :
  • ~Garam buluh yang digunakan merupakan garam yang berkualiti tinggi .
  • ~Diimport oleh syarikat KAEAM Trading yang diiktiraf kerajaan Korea mengeluarkan garam buluh bermutu tinggi.
  • ~Elemen Magnesiumnya berguna untuk penyerapan kalsium dan kesihatan jantung.
  • ~Apabila kalsium diserap dengan baik dan tekanan darah dapat distabilkan.
  • ~Maka badan kita dapat berada di dalam keadaan tenang.
  • ~Mengandungi kandungan Chlorogenic acid yang tinggi di dalamnya.
  • ~Chlorogenic acid adalah sejenis protein yang dapat menghalang penyerapan gula dalam darah.
  • ~Chlorogenic acid adalah bahan anti-obesiti untuk mengawal berat badan.
  • ~Meneutralkan asid di dalam badan.
BERMINAT NAK CUBA KHASIAT MIN KAFFE
Boleh SMS/Wassap IZZATI +6019-6697735



 

Tuesday, 19 April 2016

1st time bawa anak2 tengok wayang

Bila keluar je Filem Boboiboy..Memang niat nak bawa aisy pergi tengok..
Terus book tiket online..Takut walk in nanti penuh..
So pergila weekend tu tengok wayang untuk pertama kalinya
Gigih angkut sekali si kecik alisya tu...Ambil tiket awal 1230pm ingat tak la ramai..
Tapi penuh jugak seat..Nasib baik dah beli online..
Kalau tak kecewa aisy..hihi..Sebelah pagi tu pergi tadika aisy ada perjumpaan waris.
Tadika pun ada perjumpaan gitu..

Ok sambung cerita tengok wayang untuk pertama kalinya.
10 minit pertama cerita start tu alisya ok la tengok..
Minit-minit seterusnya dia dah tak duduk diam..
Mula-mula en.suami keluar masuk panggung tu..
Lepas tu saya pulak ambil giliran..
Alisya memang tak berminat nak tengok..Dia lagi suka berjalan kat luar..
Maklumla masa tu baru dapat kaki..Asyik nak berjalan jer la kerjanya..

Tapi yang bestnya Aisy sangat2 enjoy the movie..
Lepas dah keluar wayang pun dia sambung cerita aksi-aksi dalam tu..Haha..
Suka betul dia...Siap cakap "Nanti mama bawa aisy tengok TV besar lagi yer.." 
Amboi dia request lagi pulak yer..Mama kena pk 20x sebab alisya tak reti tengok lagi..

 

Masa mula-mula masuk panggung..Masa ni terang benderang lagi..
Alisya asyik la dok memanjat kerusi tu..Kejab-kejab tukar kerusi sebelah..
 
Bawa anak-anak  kecil sweater jangan lupa bawa..
Sejuk dalam tu..
 
Ni si kecik tengah excited nak berjalan..
 

Ni sebelum tengok wayang..Aisy excited tengok dinasour ni..
Rupanya boleh ride RM5 kot ke Rm10 tah tak ingat..
So bagi la aisy naik..Ingat extreme la dinasour gerak kan..
Sekali kepala dan ekor dinasour je yang acah-acah bergerak..
Aisy tak de perasaan je naik..hahah...
 

Thursday, 7 April 2016

Cadangan menu simple

Ni antara menu-menu simple yang saya sempat snap picture..
Kalau suami kerja shif sebelah pagi or cuti weekend memang berasap la dapur tu..
Kalau dah hari-hari masak..Tiap-tiap kali nak masak pun blur nak masak menu apa..
Jadi meh la simpan dalam blog..Kot2 daku blur lagi nak masak apa boleh refer..

 

Nasi butter makan dengan grill lamb & brokoli
Dicicah bersama sambal resepi nasi ayam..haha..
 
Sup Ayam + Ikan Goreng (Menu favourite anak-anak)
Pajeri Nenas Udang
 

Daging Masak Kicap &
Sayur Brokoli  bawang putih
 

Gulai Udang  (Udang tengelam)haha..
Ikan & Telur goreng
 

Ikan & telur goreng
sambal special resepi tok *Sedap giler..Rindu Tok
Sup Sayur Bayam  

Sup Ayam + Ikan goreng + Ikan Masin
 
 Sambal telur, Sup Sayur & Lamb Grill

Selamat Mencuba yer..Malam ni nak masak apa eh??heee..


Tuesday, 5 April 2016

Happy birthday pak & mak

Celebrate last month masa balik kampung ..
Birthday mak dan pak dekat-dekat..
So boleh sambut sama-sama.hihi..
Tahun ni special untuk mak sebab birthday dia 29 February..
Bukan tiap2 tahun ada tarikh ni..
Tahun ni jugak mak pencen..Lepas ni boleh rehat2 di rumah..
 
 

Sebahagia cucu mak dan pak..
 Patutnya 3 lelaki ..3 perempuan..
 
Kek Ais krim..Sedapnya..Perisa Choclate Caramel.
Menu malam tu mee mamak dan kfc..
 
Aisy dan kazennya dalia..
Dulu masa kecik-kecik tak ngam sangat sebab aisy ak berkawan dengan abg2 je..
Sekarang bukan main lagi.Siap geng dengan dalia..
 
Comel dalia pakai telekung kanak-kanak..
Pink pulak tu..
 
 Alisya dan Darrin ni sebaya..
Sesi soal kenal versi budak setahun..haha..

Seronok dapat berkumpul ramai-ramai..
Maklumla bukan selalu dapat berjumpa..
Family kat utara nun kami kat selatan nun...
 Bulan ni balik lagi..yeay!! BFF nak kahwin...
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015