Tuesday, 18 October 2016

Majlis Aqiqah Nur Zara Alisya

Majlis Aqiqah Alisya berlansung masa hari raya haji ke 2..Saja buat waktu raya haji .. 
Kitorang buat sekali dengan majlis kesyukuran masuk rumah baru mertua..

Catering dan kambing semua en.suami dah settle kan..
Menu nasi beriani gam ayam/daging dan kambing golek. Dessert: Bubur cha cha ..

 

Door Gift: Yassin/Air Mineral/Cookies/Gula-gula


Ni dia little princess tu..Baju mama tempah :) Sedondon dengan mama semestinya..
Rugi tak ambil gambar sama-sama..


Senyum kambing nampak gigi 


Acah-acah posing


Teratak Syafiq


Kambing Golek..Ramai serbu yang ni dulu ..hihi..


Terima kasih semua yang hadir..Doakan Nur Zara Alisya jadi anak yang solehah..Aamin..

Friday, 14 October 2016

Hari Raya Aidiladha 2016

Aci tak baru nak update kisah raya haji ..haha..
Raya Aidiladha tahun ni gilir en.suami sebab masa raya puasa dia kena kerja kan
Tahun ni raya di rumah baru pak dan  mak..Meriah..Abang-abang dan adik pun ada..
Sini semua adik beradik mak dan pak dekat-dekat je..
Senang nak pergi beraya..


Malam raya tolong mak potong bahan-bahan nak buat rendang..
Tapi rendang mak la buat pagi raya tu ..Menantu buat kang tak rupa rendang ..haha..


Gambar sementara tunggu papa solat raya.. Cerita dia si adik dok main songkok abang..
Lepas tu kena marah dengan abang..Lalu adik pun mohon ampun dan maaf kat abang..
Tapi gambar seperti abang yang memohon maaf..haha

*Adik tu muka bersalah sangat..haha..Insaf betul dia tu..

 Family photo..Raya Aidiladha COMPLETE..Tak de edit2 k..
Bergambar di depan Teratak Syafiq
Nama rumah baru bersempena Arwah adik ipar yang meninggal dunia 2 tahun lepas.. :'(
 

Moh ler pergi beraya..Petang singgah Mydin beli berang untuk Aqiqah Nur Zara Alisya hari esoknya..
Nanti mama update..Tahun bila nak update nya tu?haha..
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015