Thursday 25 July 2013

Aisy vs Aqil

Aqil anak kepada sepupu saya, Kak Not..
Masa balik kampung hari tu sempatlah Aisy jalan-jalan ke rumah Aqil.. 
Aqil lahir awal 3 hari dari Aisy..Kira abang la...

Masa mula-mula sampai tu Aisy jual mahal tak mau kawan dengan Aqil ..
Tapi bila Aqil dah keluarkan mainan dia..
Barula dia ok..Berebut-rebut mainan..Cute bangat!


Suka benor nak kejar belon tu..


Berebut-rebut belon..Mama kat sebelah ngeri takut meletup nak~..hihi


Sama tak pattern rambut we olsss??!
SERIUS SAMA..
Sorang belah kiri..Soang belah kanan..haha..


Posing maut..hahaha....Terbaiklah Aqil..Comei ja dia tu..Muahxx!

Tunggu raya ni pulak la Aisy dapat jumpa Aqil..

Tuesday 23 July 2013

Pool untuk Aisy

Rindu betul nak update blog hari-hari..
Tapi serius tak sempat..tak sempat! *ketuk-ketuk dada!

Masa balik kampung hari tu ada beli pool untuk Aisy...
Beli kat Tesco..Murah je RM19.90..Tambah pump 9.90..
Jadi la Lebih kurang RM30 ja
Berbaloi sangat rasa....Saiz pun tak lah kecik sangat..Papa dia pun muat..hihi..
Boleh la dia nak main-main dalam tu...
Bukan main happy lagi Aisy dapat swimming konon2nya tu..

 

Sementara nak besar ni ..Bagi Aisy mandi dalam pool ni dah la..Serik pulak nak bawa mandi kat swimming pool lepas aisy kena HFMD tu..Nak tunggu Aisy besar sikit baru nak bawak..


Excited!


Tangan tepuk2 air tu..Aisy suka bila ada percikan air tu ..


Swimming~
Tumpang Happy bila tengok anak happy..!..Hippa Hippa Hey!

Mood kelaut nak update pasal menu berbuka..Sebab tak berkesempatan nak masak..
Beli kat Bazar ja semua...Sampai tak tau nak makan apa dah...

Selamat berbuka semua..

Thursday 18 July 2013

Mama Aisy Mintak call ambulance

Mama Aisy nak interframe pulak la..hihi..
Asyik cerita pasal kesayangan Aisy ja kan...

Hari selasa lepas, lepas ja sahur, perut memulas sangat..
2..3..kali jugak ulang pergi toilet..
Memang seksa sangat rasa..
Lepas subuh ja memang rasa tak sedap tekak..
Terus ulang-ulang muntah ..

Aisy pulak malam sebelum tu badan panas..
Baru nak mula demam. Memang dugaan sangat..
Kalau ikutkan nak MC ja terus ..
Tapi fikirkan baru seminggu kerja..
Gagahkan diri jugak pergi kerja..
Nasib baik en.suami sudi ambil cuti sebab nak jaga Aisy..
En.suami jugak yang tolong hantar saya ke office pagi tu..

Sampai office sambung muntah-muntah lagi..
Sampai pukul 1130 pagi tu memang tak tahan dah..
Rasa letih sangat n mintak kat bos nak ke klinik..
Lepas dah dapat kebenaran terus call en.suami suruh ambil saya..
Dapat MC hari tu..

Sempat tapau bubur McD lepas ke klinik tu..
Budget nak berbuka puasa laa..
Kalau ikutkan memang dah terbatal puasa pun sebab muntah kan..

Sampai ja kat parking rumah..
Memang dah rasa pening sangat tahap nak jatuh dah..
Gagahkan diri juga jalan naik lif sampai rumah..
Sampai ja rumah terus tumbang pitam betul-betul depan pintu...
 Dalam pada tu jugak rasa nak membuang..
Keluar habis semua cecair dalam badan..
*Sensored* Sila abaikan.. ! Cerita penuh perasaan ni!..

Lepas tu baru rasa lega ..
Tapi rasa lega tu sekejab ja..
Jerit panggil en.suami yang baru nak tidurkan Aisy dalam bilik bagitau saya nak muntah sgt2..
Tapi tak daya nak pergi toilet..
Dia sedaya upaya angkat saya yang dah macam nagka busuk ni ke toilet..
Waktu ni la saya rasa macam separuh nyawa dah..
Nafas pendek-pendek..
Satu badan sejuk..
Kaki Tangan Kebas..
Kepala berpusing-pusing..
Ayat yang keluar waktu tu dari mulut saya
 "ABANG, CALL AMBULANCE!"
Boleh imagine tak rasa sakit sampai tahap suruh call ambulance?!uhuk!
Yang saya ingat waktu tu jugak, en.suami angkat saya letak kat ruang tamu..
Dia bancuhkan air garam untuk saya n paksa minum..
Waktu tu jugak saya dok memerut habis ..Geli!

Lepas minum Air garam tu baru rasa satu kelegaan.
Syukur Alhamdulillah ya Allah!
Lepas dah rasa ok sikit..Makan ubat yang dokter bagi..
Terus tidur sampai ke pagi..
Bangun makan je..
 
Memang satu pengalaman yang menguji hambanya..
Menguji saya dengan rasa sakit..
Menguji suami yang kena handle anak dan saya sekaligus sebab sakit..
Menguji majikan saya sebab saya terpaksa MC bila mula kerja..

Begitulah kehidupan, kadangkala kita diuji olehNYA untuk kita tersedar seketika dari zon selesa.
Allah uji sebab sayang..Yang penting sentiasa bersangka baik..

Monday 15 July 2013

Aisy @ Playground

Cerita balik kampung tak habis lagi..
Serius macam-macam cerita nak kongsi kat sini..
Tapi mama aisy is tak sempat! 
Pukul 430 pagi dah bangun siapkan sahur.. dan terus siap-siap nak ke office..
Maklumlah kena training kat KL ni..Dengan jammed bagai! Tak tau sampai bila..
Harap-harap cepatlah dapat pergi office kat bangi...huhu..

Masa cuti lama balik kampung tu..
Ada lah bawa Aisy pergi taman permainan..
Orang sibuk kerja kami bersuka ria kat taman mainan..
Feeling housewife seketika...Rindu saat tu!

Aisy cool ja masa bawa dia ke playground!
Mama yang excited lebih..hihi..
Jom layan gelagat Aisy!


Amboi sukanya dia..


Naik jongkang jongket! betul ka sebutan?haha..
Aisy happy sangat!



Aksi merbahaya!
Orang turun buntut dlu..Aisy nak turun tangan dlu..
Nak jadi stunt man! Adoinyeepunn! hihi..



Ok Aisy ubah fikiran! tak jadi nak stunt! hihi..

Miss those moment!

Alhamdulillah, Dah hari ke-6 berpuasa..Semoga semuanya dipermudahkan..!
p/s: Aisy dah tumbuh gigi masa balik kampung hari tu..
Alhamdulillah..Antara perkembangan yang mama papa nantikan~

Wednesday 10 July 2013

Hantu Durian

Salam Ramadhan..dan..Selamat Berpuasa semua..
Seperti yang dijanjikan nak up cerita balik kampung..
Masa balik kampung tu memang rezeki musim durian..
Sebagai hantu durian..Saya adalah makan durian macam makan nasi..Sekian!

Serius puas makan durian balik kali ni..
Makan sampai muntah,,hahaha...
Masa mula-mula balik tu ayah beli durian 2 raga nak bagi saya makan..
*ayah perli ka??hahaha....*

Lepas tu pak cik ajak makan durian kat dusun dia..
Dan tapaukan pulak durian satu bonet kereta belakang tu..
Memang makan durian tak hingat la! hihih...


Mama n apa excited  nak pergi dusun...

Aisy yang keletihan..


Aisy dan Abang Aqil..Beza 3 hari ja..
Aisy tak nak kawan..Nangis ja...haha..


Rezeki durian...
Durian dusun pak cik ni memang terbaik..
Sedap Berkrim!

Korang hantu durian tak??

Thursday 4 July 2013

Cuti 10 hari

Dah lama tak bebel kat sini...Busy bercuti di kampung sendiri..Kedah!..
Cuti seminggu ok! Syurga betul..
Macam-macam aktiviti sepanjang kat kampung ni..
Hari ni bersiaran dari Pulau Pinang..Jalan-jalan cari makan dengan mama dan ayah..
En.suami tengah  berkursus di Cameron highland.....
Esok balik ke kedah balik..dan Esok malam dah nak balik Kajang...
Hari Ahad ni nak ke Kuala Terenganu hantar adik ipar sambung belajar..
Sambil-sambil tu boleh la jalan-jalan ganu sekali....
Dan start 1 Ramadhan ni bermula la rutin bekerja macam biasa..
Tapi di tempat baru.. Semoga dipermudahkan..Amin...

Cerita penuh sepanjang bercuti ni akan menyusul sekiranya puan blog rajin nak update! phewww~

Resepi Rendang Ayam Tanpa Santan

Nak share kat sini..Saya dah try resepi ni memang sedap...! Jom try!

*resepi copy paste*
Oleh:Hayati Yusuf Hayati Cantik
cc : www.facebook.com/bukuresepi 

1 ekor ayam
3 bj bawang besar
6 ulas bawang putih
7 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
( bland semua bhn d ats)
5 sdb cili giling
1 sdb serbuk ketumbar
1 sdb serbuk jntan manis
Garam dn gula secukup rasa
Sedkt asam kping agak2 ye
Setengah cwn kerisik
Minyak utk menumis
3 cwn air ( klu nk lebih kuah lebih kn air)

Cara-Caranya:
Tumis bhn blend dan cili giling smpai naik bau,pas tu masukkn air,asam keping,garam dan gula secukup rasa,pas tu msukkn ayam dn serbuk ketumbar dn serbuk jntan manis,agak2 ayam dh separuh msk msukkn kerisik dn biar hingga ayam msak ok siap.....
P/s klu nk lg pedas tmbahkn cili padi ye dn bole jg masukkn daun kunyit jika suka...

*Motif letak gambar 2 kali??! *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015