Saturday 28 December 2013

Beli kereta untuk aisy

Kereta mainan kekdahnya...hihi...
Hari ni tiba- tiba papa aisy cakap nak belikan aisy kereta mainan..
Ingatkan biasa punya..sekali besar punya..
Kereta untuk budak yang boleh control dan Tekan manual..
Beli dekat kedai mainan kat area semenyih..sebelah the store semenyih..
En.suami ternampak iklan kat mana tah ada sales..
Harga asal rm 399.. Dapat harga rm 238...terus jadi beli..
Sales ni sampai hujung tahun ni ja katanya.
Rasa macam dah dapat murah dah.. Ke ada lagi murah ?


Happy aisy dapat kereta baru..
Sampai tak nak tidur..amboi..


Kereta ni papa kata sebagai hadiah birthday aisy juga..
Dah setahun lima bulan baru dpt hadiah birthday..
Lama betul aisy tunggu..haha...
Postpone hadiah kan papa punya trademark...larikkkk..!








Friday 27 December 2013

Jjcm @grills bangi


Lepas dah baik demam ni tekak mengada2 tak lalu nak makan nasi..
Padahal sebelum demam pantang nampak nasi .
Berpinggan-pinggan dibalonnya..hihi..

Roger dengan bff k.siti mengadu tak tau nak makan apa..
Sekali dia ajak pergi @grills makan western..i loikeeee!!!
Restoran ni sederet dengan restoran muhd chan abdullah nun..
Corner lot..sebelah restoran chinese muslim jugak..


1st time makan kat sini.. 
Saya order sirloin steak dan vanilla milkshake with caramel..
Tak padan dengan batuk ada hati nak order milkshake bagai..hihi..
Tak pe buat ubat kononnya...memang tak mengecewakan..
Kalau ada rezeki lagi confirm nak repeat order minuman yang sama..
Sedap oii...teringat2!.. 

sirloin steak pulak dimasak medium well..
cuma mungkin sedikit masin..
Tapi still boleh diterima sebab ada puree pumpkin cover line..hihi..
Makan dengan sos blackpaper...sedap.
Member order lamb shoulder..pun sedap! 

Servis not bad sebab laju je dorang masak..
Tak perlu tunggu lama...


Harga untuk sirloin steak rm23, lamb shoulder rm19,
Vanilla milkshake with caramel rm11.90, air Carrot rm 6.50..

Tuesday 24 December 2013

Resepi Grill Salmon

*penangan makan salmon fish di ikea..teringat-ingat! 
terus ajak hubby beli barang masak.. 





Bahan-bahan ( 2 orang ) 
  •  2 keping ikan salmon
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam 
  • Brokoli
  • Kentang
  • Tomato 

Bahan-bahan untuk sos 

  •  2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
Cara-cara
  • Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  • Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan/Grill dgn minyak zaitun sehingga perang/masak. Grill sekali tomato..
  • Rebus kentang & brokoli bersama secubit garam
  • Sedia untuk dihidangkan

Sebab anak demam panas

Alhamdulillah..Aisy discharge ahad petang hari tu..
3 hari juga la berkmpung kat KPMC nun...
Rupanya aisy kena demam campak.. 
masa hari ke 4 aisy demam nampak ada 2 3 biji merah belakang badan..
saya ingatkan nyamuk gigit.. Esoknya tengok makin banyak kat belakng dan muka..
rupanya kena campak..sian aisy.. 
Patutla demam kali ni selera makan ok cuma badan panas demam..

Masa pergi perak hari tu cousin aisy kena campak..
Tapi dah 2 minggu lepas so tak expect aisy akan berjangkit..
Rupanya DR kata mmg akan kena juga walaupun jangka masa dah lama..


Belakang badan


Dah mula keluar kat muka..


Sampai rumah ja terus aisy start "menyimpan"..
Balas dendam asyik terperap ja atas katil..

Semalam saya dah start kerja sebab mak dan pak datang dari kedah jaga aisy..
Sampai ja office saya pulak rasa tak sedap badan..
Rasa panas dan sakit satu badan ..Mata pulak berair ja..
Ikutkan nak ja MC..Tapi bila pk dah cuti byk hari..Jadi ku gagahkan juga kerja..
sampai ja rumah semlam mak tegur asal muka merah2 demam ke?
Cek2 memang demam..38.6..terus en.suami bawa pergi klinik..
Dapatla MC hari ni...Nasib baik esok public holiday..
Sebab rasa badan masih lemah lagi nak pergi kerja...



Saturday 21 December 2013

Aisy masuk wad


Semalam dah 3 ari aisy demam panas tak surut2.. 
Masa 1st day tu dah ambil ubat untuk aisy..
Makan ubat pun tak surut2 lagi sampai semalam ..
kami decide nak pergi hospital sekali lagi sebab 
tengok kat badan aisy penuh tompok2 merah.
Aisy siap gigil2 semalam.. Padahal badan dia tengah panas...
 Risau takut aisy kena campak..tapi bila tanya geng gojes dan family..
Ada yang kata sebab badan terlampau panas..
Ada juga yang kata mungkin denggi..

Pukul 230 pagi tadi baru boleh admit..macam2 dugaan..
dengan wad semua penuh...mencabar betul.. 
Sampai je aisy kena ambil darah dan cucuk untuk masuk air..
sebab nampak aisy mcm dehydrate sikit sebab kurang minum 
walaupun dia makan lalu je..
tu la benda yang saya tak boleh nak handle bila tgk aisy menangis maraung sakit....
dengan saya akan rasa sakitnya..adoi .. 
semua mak2 pun camtukan..?..huhu..
masa cek tu jugak tonsil aisy bengkak sikit..dan banyak kahak..



Aisy bibir merah bak delima..panas sgt tu! Pity him..


3 kali cucuk baru dapat cari urat aisy..
mama tengok kat belakang marana nak!.. 
Dah la tu semalam air drip tak masuk sepenuhnya.grrrr! 
Sabar jer la... Dugaan2..

Alhamdulillah..hari ni asiy dah makin ok..
walapun masih demam tapi blood test ok..
paru 2 pun dah ok...tengok petang nanti dr. Dtg cek lagi sekali..
kalau semua ok..dah boleh balik..
hippa hippa hey!!

Thursday 19 December 2013

i am cheesy lover

Kata hobi makan makan dan makan..
wajib la ambil gambar makanan..hihi..


Sedap gila pizza ni...
pengemar cheese macam saya ni mmg wajib order pizza ni.
.tapi sekarang dah tukar ada topping udang tempura tu kan...yummy! 


 
Ni plak makan kat SR dengan officemate..
ni kali ke-2 order benda yang sama.
nama menu lupa harap maklum..
tapi masa 2nd order ni rasanya tak se "ohsemmm"
macam 1st time makan..huhu..
Yang pastinya dua dua menu di atas ada cheese...
ok bye..

Wednesday 18 December 2013

Penangan Pemanggang ajaib

Dah lama sebenarnya berangan2 nak beli pemanggang ajaib ni...
 Punyala lama berangan nak beli.. 
Last2 mama yang belikan untuk saya masa dia ke langkawi hari tu.. 
Terima kasih mama...Sayang mama sangat.. 
Lepas dah dapat pemanggang ajaib ni..
2 minggu jugak la tersimpan dalam kotak.hihi..
last weekend la baru rasmi... alhamdulillah..
Menjadi juga ikan siakap & sotong bakar guna pemanggang ajaib ni...
sedap sangat..en.suami makan bertambah..hihi...



 Ikan tu sumbat dengan sambal ( cili kering+bawang merah+ air asam jawa+ gula). 
Sambil2 bakar tu renjis dengan perahan (santan+ garam kunyit+ asam jawa)..  
Menu lain untuk  hari tu sayur bayam dan 
tempe+ petai+ ikan bilis goreng di gaul dengan kicap manis & bawang.. 

Dah berjaya guna pemangang ajaib ni, 
Lepas ni boleh buat lagi guna ikan lain pulak..hihi..
Tak rugi sapa yang beli ni..berbaloi2.

Sunday 15 December 2013

Santai di Teluk Batik


Last week kami laki bini ambil cuti 2 hari
 sebab nak attend wedding dan bertunang  dua cousin..
Wedding di Parit Buntar..Bertunang di area lumut...
Tu yang sambut anniversary kat perak nun..hihi..
Kami stay di best western apartment di Marina Island.
Best apartment ni besar sesuai sangat untuk yang datang ramai-ramai..
Ada 3 bilik ..Semua bilik ada toilet..Yang penting ada swimming pool..hihi..

Lepas dah settel event wedding dan bertunang tu..
Ada free dalam 2 hari untuk jalan-jalan area lumut perak nun..
Mula-mula cadangnya nak ke pangkor..tapi macam rushing sangat..
So kami ke TELUK BATIK ja..
Masa kat teluk batik tu kami naik boat pusing pulau..RM5/seorang..
Lepas tu buat aktiviti air macam gambar kat bwh tu..RM 10/sorang..
Best la..Adventure uolsss..haha...

Ada mak n pak tolong jaga aisy ..kami laki bini dapatla mandi laut..hihi..
Tapi yang naik boat pusing pulau tu..Aisy pun join tau..
Dah la naik speedboat..Macam nak tercabut bulu kening rasa...haha..
Tapi aisy cool ja..Tapi masa nak pusing balik pantai tu dia dan melentok kat en.suami..
Mabuk kot..haha..


Aisy yang tengah behave waktu ni..sebab dia dah ngantuk sangat masa ni...hihi..

Lepas ke Teluk Batik..Balik hotel rehat kejab..
Petang tu aktiviti yang dinantikan tiba iaitu makan durian..
En.suami beli dekat tepi jalan..Memang waktu tu banyak sangat durian jual..Musim kot..
Kami makan di homestay Mara yang mak sewa masa kat sana..
Serius puas makan durian kat sana..
Tapi balik sini tengok balik gambar dah terliur balik..haha.

.

Aktiviti seterusnya adalah suprise untuk en.suami sempena Anniversary tu ..hihi..
Esoknya pulak bawa aisy mandi swimming pool sekejab..


Lepas tu pack-pack barang..Pukul 12 kami bertolak balik..
Insyallah..Kalau ada peluang dan rezeki nak pergi Pulau Pangkor pulak..
Macam best jer!

Friday 13 December 2013

1st time ke Big Bad Wolf


Saya Nak share Hasil rembatan sepanjang 30 minit dalam BBW nun..
Masa ni aisy tengah melasak nak berlari dalam tu.
Risau takut berlanggar dengan orang jer..
En.suami dah sound mama cepat la pilih...grrr!!! 
Punyala rambang mata nak pilih...
Last2 ni je yang sembat rembat... 

Lepas dah bayar tengok ada pulak satu lagi tempat banyak buku2 untuk budak..
kalau ikutkan nak je tengok- tengok lagi..
Tapi kesian pulak tengok en.suami dok kepung aisy sensorg..
 Apa2 pun, Berbaloi- baloi sangat.Puas hati dapat beli byk utk aisy. 
Semua buku ni kulit tebal..memang aim nak cari buku tebal2 tahan lama gitu..
Supaya aisy pun tak mudah sangat nak koyakkan..


Total 10 buku = RM 64.
Macam murah jerrrrrr... Macam nak pergi lagi jerrrrr.....
Next year comfirm serbu lagi..


Thursday 12 December 2013

Our 3rd Anniversary

Alhamdulillah dah 3 tahun usia perkahwinan kami..Masih jauh perjalanan.. 
tahun ni sambut di setiawan perak.. kebetulan ada area sana.. 
Pk2 juga nak buat apa tahun ni untuk celebrate.. 
Roger dengan andy, bff masa kat uitm dulu..sebab dia memang org sana.. 
So dia cadangkan candle light dinner di SWISSOMELT restaurant.. 
Siap offer diri nak tolong arrange..terharu i ols..hihi.. 
Saya mintak andy booking untuk setting meja.. Mintak belikan kek dan bunga.. 
En.suami mmg tak tau lansung..memang nak suprisekan en suami..hihi..



Malam ni mmg aisy tinggal dekat mak n pak kat hotel.. 
Bagi alasan kat en suami nanti kalau aisy ikut nanti dia ngantuk nak tidur.. Hihi.. 
Nasib baik alasan bernas.. Memang dah bagitau awal kat en.suami nak jumpa andy malam tu.. 
Andy join sekali malam tu tapi dia kat meja lain..
sampai2 ja owner kedai tu tunjuk meja.. 
Tersipu2 en suami tengok siap ada candle light dinner.. Hihi.. 




Baru duduk harus posing dulu..hihi


Tengah dok nak bagi hint kat waiter suruh bawa bunga..haha..
Boleh pulak en.suami snap picca..haha..


Eh sapa yang tersipu2 ni? 3 kuntum bunga ros untuk en.suami..


Couple ring hadiah untuk en.suami n diri sendiri


Feeling2 sarung cincin..hihi



Suprise kek anniversary untuk husband juga..
Red velvet cake..


Cinta hati..teman bermanja..teman gaduh...teman mengadu..teman usik2..


Suap2 kek..feeling2 sangat...andy la ni suruh suap2 ..dia nak tlg snap..haha..



 
Moga cinta ni kekal higga jannah..amin..


Menu kami mlm tu...lamb chop..sedap sangat mmg terbaik..

Berjaya juga suprisekan en.suami mlm tu.. Hihi...
thank you pada orang kuat andy yang tolong arrange semua.
 Tanpa hang tak da la nak suprise bagai ni ..kan....

Masa anniversary tahun ni..en.suami just wish jer..
Katanya hadiah postpone next week.suprise katanya..
Dan-dan la dia pun nak suprise bagai..hahaha...

SUPRISE APAKAH????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

.

.
.
.

.
.
..

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
..

.
.
.
.
.
.

.
.
.

.

IPAD MINI..

TQ en.suami...Dah lama dok bertasbih kat telinga dia nak ipad..
Akhirnya dapat juga di hari anniversary kami yang ke-3..*Mata keatas!hihi..*

Friday 6 December 2013

Family Day Office En.suami di Port Dickson

Last weekend kami ke Port Dickson untuk family day ofis en.suami..Last year saya tak join sebab en.suami kena kerja..Tahun ni kebetulan en.suami cuti so bolehlah join.. Apa yang best masa family day ni sebab macam-macam game dorang organise..semua family member boleh join..Ada BBQ..Boleh makan sampai lebam..Ada banyak hadiah boleh dapat..Yang kalah pun dapat uolss..hihi...Boleh kenal-kenal dengan family n kawan en.suami..Memang happening..! Harap next year boleh join lagi..

Ni 1st time bawa Aisy ke pantai..Happy je dia nak berlari ..Excited nak main air...


BBQ yang menyelerakan..nyum! Teringat-ingat tengok pic ni..


Aisy & papa.. Happy face..


Masa ni sebelum start game untuk anak-anak..Aisy pun interframe sekali..


Family Photo..Tengoklah aisy tu sibuk nak berlari..Bukan mau  kena dukung..


Ni game kutip goodies..Aisy beriya-riya je berebut..
Padahal tangan kecik jer nak berebut..hihihi..


Yeay berjaya jugak dapat setelah penat berebut katanya~


Aisy pasrah je amik gambar dengan mama sebab tumpuan dia kat pasir tu nak turun jalan..


Suasana pagi di PD..Kami bermalam di Cozzi Hotel..Ada swimming pool besar..Aisy pun sempat mandi sekali petang tu lepas family day..Esoknya kami jalan sekali lagi  di pantai. Lepas tu terus bertolak balik..Pukul 1130pagi dah sampai Kajang..

Thursday 5 December 2013

Sepagi di Stadium Kajang

Bila en.suami cuti time weekend..Ni la aktiviti kami satu family..Keluar breakfast kat luar dan bawa Aisy jalan-jalan dan main kat playground..Baru jumpa port baru ada playground baik punya untuk Aisy ..Kat mana lagi kalau bukan Stadium kajang ni la..Sebelah Restoran Satay Haji Samuri nun..Ingatkan port orang main bola ja..Sekali ada playground dan banyak alat bersenam pun ada uolss.... Nama ja duduk nak dekat 2 tahun kat kajang ..Tapi tak pernah singgah pun..hihi..


Suka laa Aisy dapat main..


En.suami yang kenkonon bersenam..Padahal 2 minit jer.
Lepas tu sambung kejar Aisy berlari..Kira bersenam gak la kan..kejar anak!


 Mama yang sememeh tapi ada hati nak posing..hihi..


Aisy happy sangat main benda ni..terhenjut-henjut..

Hari tu datang dah lambat..Lepas ni kena datang awal pagi sikit..Sebab kalau dah panas membahang macam tak sesuai nak bawa anak ke sini..Kat sini juga boleh buat satu pusingan padang untuk joging.Best2!

Monday 2 December 2013

Engagement Cake Edible Image

Godek-godek folder lama..Dapat gambar kek masa bertunang dulu..

Mengimbau kembali hari pertunangan 20/03/2010..Hampir 3 tahun ++ yang lalu...
Masa ni tengah hangat bercinta..Bau kentut pun wangi jer..hihi..
Setahun bercinta kami ikat tali pertunangan...Nampak tak gelojoh di situ..hihi..

Tema warna: PINK uols!..

Sebab utama pilih warna tu ..of course my favourite colour..
Kebetulan masa tu BF a.k.a en suami ada baju melayu pink ..
So sama-sama setuju nak pink colour..! 

Weh nak cerita pasal kek je..Dah kenapa melalut tema bertunang bagai...hihi...
Kek ni order kat RANI CHANGLUN DELIGHT..
Kek sebiji tu untuk sebelah perempuan..Cupcake pulak untuk belah lelaki..
Serius sedap kek dia..Saya order kek moist coklat...
Masuk mulut terus cair..nyum!. Kami pilih untuk buat edible image..
Pilih la gambar yang budget hot nak letak kat kek! puiii!!haha..


Kek untuk saya..


Kek untuk en.tunang..
Picture Credit: RANI CHANGLUN DELIGHTS..

Dah alang-alang up entry pasal bertunang dulu..
Meh sini nak share 1 gambar bertunang i uols~~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.


 Love PINK..k bye..

Sunday 1 December 2013

1 year 4 month :Aisy 1st hair cut


Akhirnya,diusia 16 bulan aisy potong rambut untuk pertama kalinya. 
Masa aqiqah tu tak kira ehhh!! hihi..
kalau ikutkan mama ni nak jer simpan pjg lagi.. 
tapi tgk rambut dah masuk mata dah..Kesian pulak aisy.. 
Ada juga yang confuse aisy boy ke girl? Boleh gitu?

Potong kat kedai aney je.. port en.suami selalu potong rambut.
Aisy Masa duduk atas papa ok lagi tengok.
bila aney tu start balut dia dgn kain tu..
aisy punya melalak nangis macam kena dera je..
dramatik sungguh!!! ikut perangai sapa tah???  


Aisy start nangis dr mula sampai habis potong rambut..hihi..
nasib aney tu potong dgn cpt dan pantas..ewah!

SEBELUM


Aisy Tengah bergelut nak lepas kan diri..hihi.

Hasilnya...........
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
.

.
..
.

.
.
.
.
.
.
.
.


SELEPAS


Dari tepi : Feeling model ke amik gambar tak pandang kamera..hihi..

Dari belakang: tengah melassk dlm kereta..hihi..


Dari depan : abaikan model air liur meleleh itu..hihi..
amacam?? ada rupa aaron aziz tak?? larikkkkk..!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015