Monday 27 April 2015

Perjumpaan ibu-ibu beranak dua di Ayer@8

Isnin minggu baru ni dapat green light dari en.suami untuk pergi reunion member sekolah..Reunion bertiga saja termasuk mama aisy.....Kebetulan hari isnin 1 rejab tu kami bertiga memang  puasa. So daripada plan nak dinner sama-sama bertukar jadi  berbuka puasa bersama-sama..Kami decide berbuka di Restoran Thai Tomyam Kung di Putrajaya.. Of cos recommended by mama aisy..hihi..
Dari office terus gerak ke rumah syida (ummi anak-2)..Park kereta kat sana ..kemudian terus pick up kak ton (mama anak-2 jugak) kat putrajaya sentral..Kemudian baru kami gerak ke ayer@8..Sampai sana ngam-ngam pukul 7pm.

Kerabu suun


Daging blackpaper

Menu pilihan untuk berbuka hari tu… untuk 3 orang makan..seafood somtam suhun, tomyam kung, ikan siapan 3 rasa, kangkung crispy dan daging blackpaper, air soya cincau, air milo, jus tomato, jus tembikai laici, buah mempelam..total semua macam dalam rm100++..berbaloi sangat..tu pun tapau bawa balik kankung crispy n siakap 3 rasa sebab tak habis..hihi..Memang puas makan hari tu..Surau juga ada tersedia dekat dalam restoran..so senang lepas berbuka terus solat..tp telekung satu je..so kena gilir2..


Jus tembikai laici


Soya cincau

Lepas dah selesai makan dan solat..kak ton ajak men”ngopi”..hihi..
So kami ke Paparich dalam ayer@8 jugak..1st time masuk..Deco nampak exclusive tempat tu…Boleh pilih duduk di tingkap nampak permandangan tasik gitu..so romantic..romatic sangat padahal kami paling dok huuuhaaa sembang macam nak pecah dok dalam tu..Feeling2 dalam dorm kat sekolah dulu syok dok bergosip..padahal masing-masing dah jadi mak budak..

Kat paparich kami minum jer..saya order longan milk honey..Serius sedap sangat..rasa susu soya campur madu dan buah longan....kak ton  order Pappa Mocha + Ice Cream (Iced)..Pun sedappp! Syida order kopi stevia panas..pun sedap! Kitorang order jugak paparich brownies with ice cream..pun sedapp wehhh…Eh serius la semua sedap..haha..confirm lepas ni repeat mengopi kat sana walaupun ada service charge 10% plus gst 6% lagi..walaupun!!!!!!


Overall memang have fun malam tu ..seronok sangat sesekali dapat jumpa..macam-macam cerita boleh share..Next reunion plzzz…

Saturday 25 April 2015

RESEPI PUDING TRIFLE SEDAP & MUDAH

RESEPI PUDING TRIFLE SEDAP & MUDAH

Resepi: Goggle



 

BAHAN A (LAPISAN PALING BAWAH-LAPISAN KEK)

·         Swiss roll secukupnya

·         Air dari jus koktel * tak letak pun

CARA-CARA:

1.       Swiss roll dipotong setebal 1cm.Masukkan ke dasar mangkuk.Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.Tekan2 sket supaya padat.

2.       Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.Tujuan supaya lapisan kek agak moist.Ketepikan

BAHAN B (LAPISAN TENGAH-KASTAD)

·         1 cawan rata tepung kastad

·         1/2 cawan gula 

·         1 tin susu cair

·         1 tin air (sukat guna tin susu cair)

·         1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)

CARA-CARA:

1.       Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.Tutup api.

2.       Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A).Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung. *saya guna buah peach tapi bila nak makan baru letak buah..hihi..

3.       Sejukkan sebentar.

BAHAN C (LAPISAN ATAS - JELLY)

·         Serbuk jelly brand nona/first choise

·         400ml air

*Follow arahan dekat kota jelly jer..

 

CARA-CARA

 

Campurkan serbuk jelly dengan 400ml air.

Dan masak atas dapur hingga hancur.Kemudian curahkan adunan ke atas lapisan kastad


Mama aisy da try guna resepi ni mmg confirm sedap..selamat mencuba..

 

Friday 24 April 2015

Nur Zara Alisya 3 month


Alhamdulillah, dah sunatkan alisya masa 3 bulan haritu..
Pergi sekali untuk cucuk 3 bulan dan vaksin tambahan rota-virus..
Buat 3 benda sekali..masa cucuk tu alisy bunyi sikit je..
Masa sunat tak nangis langsung..lega mama..
Mama ni semalam tak boleh tidur risau anak dara nak sunat..



Untuk vaksin rota virus pulak kena minum ubat..
Tapi macam alisya luah balik je semua..sebab tak sedap..
Tawakkal je la..

Masa cucuk 3 bulan tu berat alisya 5.7kg.
Alhamdulillah semua sihat dokter kata..
Masih lagi menyusu badan...jauh lagi perjalanan..



Sekarang alisya dah pandai senyum kalau kena agah..
dah pandai repond senyum bila sembang2 dengan dia
Alisya paling suka kalau tengok cermin..
Kalau tengok cermin lama2.. Sengih2 dia suka..



Nampak macam dah meniarap..tapi tak berjaya lagi..
sebab alisya bam bam kot susah mak pusing..hihi
Selalu angkat badan macam nak bangun tu..
Kepala pun dah kuat boleh menengak kalau tiarapkan dia..
Kalau letak elok atas bantal tak sampai bapa minit 
dah kepala dia jatuh dari bantal..


Gigih berusaha nak meniarap..tapi belum sucess lagi..




Thursday 23 April 2015

Muhammad Aisy Iskandar 2 tahun 8 bulan

Aisy sekarang cakap mengalah kan orang tua2…
padahal baru 2 tahun lebih...tak tau mana dia belajar..
mungkin pengaruh cerita upin ipin..
atau terikut2 orang sekeliling cakap..
Dalam kereta suruh aisy cepat2 pakai kasut dan 
galas beg nak naik rumah sebab nampak macam nak hujan..
"Aisy cepat la pakai kasut tu"..
aisy akan jawab sambil kerut dahi “SABARLAHHH”..
Grrrrr..mama terdiam kejab..



Sekarang perangai aisy memang kadang2 menguji kesabaran mama ni..
Bila mama marah ja aisy akan cakap 
“MAMA JANGAN MAQAHHH ABANG LONG PANDAI”..
ataupun aisy akan Tanya balik “MAMA MAQAH KE?...
Agak2 mama ni jadi tak nak marah kalau anak tanya
 dan nasihat suruh jangan marah cenggitu...?

cair jugak la kenkadang  tak jadi marah..
Selalu memang suka puji aisy cakap "ABANG LONG PANDAI"..
tu yang ayat dia terus sambung abg long pandai tu..haha..
Kalau puji aisy contohnya cakap wow cantiknya baju aisy..
Dengan selambernya dia jawab.. "BIASALAHHHH"..
sambil angkat kening..haha..serius lawakk..berlagak sangat..

Sekarang kalau terang apa2 kat dia..
mesti dia akan cakap OOOOOOOOOOOOOO" ..
Lepas tu ulang balik apa yang kita terang kat dia…
Kalau time ambik dari nursery..aisy akan jerit kat kawan n teacher..
"YEAY MAMA DAH DATANG..BYE AISY NAK ALIK UMAH DAH..
JUMPA MAMA, PAPA, ADIK"
Lepas tu sibuk tunjuk adik dia sebab ambil adik dulu baru ambil aisy...
Macam tula hari-hari..




Setengah Barang-barang Aisy masa kecik dulu 
ada jugak gunakan balik untuk Alisya..
Macam baju, stoking, kain lapik/bedung..Kalau baju aisy mmg tak perasan..
Tapi kalau stokin dan kain lapik/bedung tu jangan la guna dia punya..
waktu tu jugak dia suruh buka bagi balik..
walaupun dua2 tu aisy pki masa kecik2 lagi..
ntah macam mana dia boleh ingat dia punya...

Selalu kalau suruh apa-apa..
"Aisy tolong ambil pampers".."Aisy jom mandi"..
Aisy akan jawab "BAIK MAMA"..Nampak gud-gud sangat kan..
*sejuk perut mama mengandungkan aisy..
padahal terbawa-bawa cerita upin ipin kan selalu cakap..
"baik opah".."baik atok"..
Tapi bagus juga la dia ambil part2 bagus dalam cerita upin ipin tu..
tu belum lagi terbawa-bawa filem car macquin tu..
Maunya dia baling-balik kereta mainan
 sebab kan cerita tu RACING je semedang..



Macam haritu banyak sangat suruh aisy..
Mula-mula suruh ambil bantal adik masuk bilik sebab nak tidurkan adik.
Lepas tu dia baru keluar dari bilik..
Saya panggil lagi nak mintak tolong ambil handphone pulak..
Masa aisy pusing balik tu aisy kerut dahi sambil tanya "APA LAGIIII??"..
haaa kau..terus insap jab mamanya nak suruh..haha..
Yang ni sebijik perangai papa dia.. 

Banyak jugak ayat-ayat dan perkataan
yang keluar dari mulut aisy boleh pecah perut mama dan papa bila dengar..
Sebab cara cakap tu macam big boy sangat dah..




Love u aisy..

Sunday 19 April 2015

Trip 2D1N JJCM di Melaka (Restoran Asam Pedas Selera Kampung, KuihKeria Antarabangsa Haji Jalil, Coconut Shake Alai)

Hari ke-2 dimulakan dengan breakfast kat hotel je..Kemudian bawa aisy mandi swimming pool dekat hotel..Aisy macam biasa tak nak orang pegang dia dalam swimming pool budget2 pandai berenang..Lama juga dia mandi sampai biru bibir..hihi..





Pukul 11 pagi kami checkout hotel untuk terus jalan-jalan cari makan di Melaka..Destinasi pilihan adalah Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Menu pilihan semestinya asam pedas..

Lauk pilihan untuk lunch..
Makanan memang sedap..Masa makan tu tak rasa sangat pedas..dah selesai baru berdesing telinga panas..Kami sampai dalam 1130 pagi ingat tak ramai orang..Tapi bila dah sampai  tengok dah ramai dalam tu..nasib baik ada tempat duduk..Sistem dia macam biasa kena dapat meja dulu baru boleh ambil lauk..
Berdepan dengan restoran tu ada gerai jual makanan dan t-shirt Melaka..Macam keropok2, cencalok, belacan, key chain n macam2 lagi..Sempat la cuci2 mata..Kat sana saya beli pes asam pedas dan keropok je..
Destinasi JJCM seterusnya adalah Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil..Ni sebenarnya 1stwishlist nak datang Melaka..awal pagi tu siap call dulu untuk tempah kuih keria ni dengan zura..punya la teringin nak rasa mengalahkan orang mengidam.. Kedai ni satu jalan nak ke coconut shake klebang..Kalau dari Bdr Hilir Melaka..Kedai ni sebelah kanan jalan & betul2 sebelah masjid....




Kuih ni sebiji 50 sen..Terus beli RM8..Tu pun tak cukup je rasa..hihi..Dasar perut tong kan..bila gigit Rasa rangup gula Melaka kat luar..tapi lembut kat dalam..sedap sangat..teringat-ingat oh..makan pulak panas3 lagi sedap..
Lepas dah dpt kuih keria..Kami JJCM pulak ke Coconut Shake Alai…Selain coconut shake klebang ..CS alai ni disebut-sebut antara yang sedap kat Melaka..Memang betul sedap sangat..tak rugi try..Satu RM2.50 kalau special..

Berakhirlah JJCM Melaka kali ni..Pukul 230 petang kami bertolak balik kajang..Puas sebab dapat rasa kebanyakkannya dalam list..Alhamdulillah…Cuti pertama untuk tahun 2015 berempat..

Saturday 18 April 2015

Trip 2D1N JJCM di Melaka (Restoran Ee Ji Ban)

Malam tu mula2 decide nak makan di Medan Ikan makan sungai duyung melaka.. Sampai je sana tengok panjang sangat orang beratur..masa tu pulak hujan renyai-renyai turun..Terus cancel tak jadi makan kat sana..Frust la jugak…Nasib baik ada wishlist panjang restoran best kat melaka tu..So kami decide nak try nasi ayam bebola di Restoran Ee Ji Ban di Melaka Raya.. Sampai 2 je nampak banner besar depan restoran muka iqram dinzly jalan-jalan cari makan tv3 tu.. Kalau tengok dalam memang tulisan cina je..tapi jangan risau..restoran tu  ada sijil halal


Kami order nasi ayam bebola, rosted chicken, ayam stim, sambal udang petai dan sayur..Servis cepat sangat..macam tau2 je kami dah kebulur waktu ni..Yang uniknya kat sini of cos nasi ayam bebola dia..Rasa lebih kurang nasi impit perisa ayam..sebab rasa nasi tu lembik2..






Nasi & ayam tu memang terbaik.Sedap..Sayur tu pun sedap ..Cuma sambal udang petai kureng sikit rasa dia.udang tak fresh...Portion pun sikit je..Recommended untuk makan nasi ayam je..Kalau nak order side dish macam tak berbaloi.. huhu..Tapi terpulang pada selera masing2…hihi…Semua sekali total RM52++..
Lepas perut dah kenyang kami ronda-ronda Melaka kejab..lepas tu terus balik hotel..Letih sangat seharian berjalan..Aisy dan Alisya dah sedap tidur dalam kereta..Angkat masuk bilik pun dah tak sedar..
Stay Tuned untuk hari ke-2  JJCM di Melaka..
Bersambung..

Monday 6 April 2015

Trip 2D1N JJCM di Melaka (PD, Coconut Shake Klebang, putu Bambu Durian & Bustel)


Last weekend en.suami ajak jalan-jalan..Sebab dia cuti masa weekend tu..Pk punya pk last2 decide nak pergi Melaka je..Mula-mula nak pergi Cameron..tapi tak jadi pulak memandangkan alisya kecil lagi..Sejuk & takut hujan kat sana..So kita ke Melaka jer la..
En.suami suruh search tempat makan best dan femes kat Melaka.. Walaupun dah pernah pergi..Tapi dulu pergi tak habis khatam lagi makanan sedap2 kat sana..So kali ni boleh la pergi..

 Bangun awal pagi tu en.suami ajak singgah Port Dickson dulu bawa aisy mandi pandai..Pukul 9 gerak dari rumah singgah beli nasi lemak dulu tapau..Pukul 1015 pagi sampai PD..


Sampai je aisy excited sangat tak sempat2 nak ajak mandi dah..Walaupun ni 1st time bawa aisy mandi pantai..Dia memang enjoy sangat..Tak takut langsung..


Siap suruh mintak lepas dia dalam laut..”papa jangan pegang”..Amboi nakkkk..macam pandai berenang dia tu..


Lepas mandi tu sempat tapau Coconut Shake Port Dickson sebelum bertolak ke Melaka..Sedap!
Pukul 130 kami gerak ke Melaka..On the way tu singgah beli dodol panas-panas tepi jalan..Sedap..Fresf makan panas dari kawah lagi..Sebekas kecil ni RM10..Macam agak mahal..tp dapat panas2 kan..kira ok la kot..

Destinasi pertama adalah coconut shake klebeng..Memang tiap2 kali datang mesti repeat cs klebang ni..tapi hari tu memang ramai sangat orang..sampai jem..Kali ni beratur tapau kat luar je..Malas nak makan dalam..confirm2 pack ramai orang..Aisy dan alisya pulak tengah sedap tidur..Kesian plak nak kejutkan..

Bersebelahan dengan coconut shake klebang ada jual kropok leko cheese dan putu buluh durian..rare sangat! Pun ramai orang beratur tunggu..Kami pun tak terkecuali..hihi..sanggup tunggu..



Leko cheese tu sedap..rasa ikan lebih dari tepung..dilimpahi pulak dengan sos, mayonis dan cheese..makan panas2 memang sedap..Putu buluh durian tu pun sedap..selalunya perasa pandan kan..tapi kat sini perasa durian..sedap! inti tetap gula merah tu..Cuma perasa tepung tu ada rasa durian..


Kemudian destinasi seterusnya adalah ke Bustel..Kat sini bas-bas diorng jadikan hotel dan restoran..Memang rare sangat...Kami try jugak makan dalam bas..Masa ni dah kenyang sangat..just order ais krim pasu, satar dan air je..Saja nak bagi aisy rasa naik bas..walaupun dah bertukar jadi restoran..hihi.. Berdepan dengan bustel tu ada kawasan lapang boleh main layang-layang.. Dan banyak gerai-gerai bas kat sana..





Dari bustle kami terus ke bandaraya Melaka untuk check in hotel.Kami duduk di Hotel Emperor Melaka..Hotel lama tapi ok la..lengkap dengan peti ais dan bath tab....Peti ais penting untuk simpan susu yang dah pump untuk alisya.. ada swimming pool jugak..best3..Dah check in solat mandi semua ..kami bersiap2 pulak untuk dinner JJCM..Kat mana destinasi seterusnya..? Stay tuned..
To be continue..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015