Sunday 30 March 2014

Percutian di Krabi 4D/3N - Day 4 last day

Hari terakhir di krabi..excited  pun ada sebab nak balik jumpa aisy..rindu sangat dah..macam biasa brekfast kat gerai tepi jalan dulu makan nasi kerabu..lepas breakfast terus ke tempat spa hari tu sebab nak buat foot scrub..kata murah kan.hihi..masa pergi tu orang yang nak buat tu pun belum mandi..hihi..tapi paksa juga dia buat dulu memandangkan nak balik kl dah..hihi..lepas selesai kat spa..terus balik hotel untuk check out..untuk pergi ke airport kami ambil kat hotel je..bayar rm60 untuk satu taxi..ingat dapat taxi je..sekali yang datang van besar uols..dalam tu dah macam dalam kapal terbang dah..hihi..1st time naik..selesa sangat sampai tertidur iolsss.

 

Van itu


Hotel


Dalam van


Breakfast


Nasi kerabu


Nasi beriani ayam versi thai..

Berakhir sudah cuti-cuti 2014 ke krabi..happy sebab dapat tengok tempat orang..dapat jugak sampai dan tengok pulau- pulau cantik..dapat merasa naik gajah untuk pertama kalinya..walaupun masa ni fizikal tak berapa nak kuat sebab mengandungkn adik aisy..tapi tetap have fun kat sana..

Note kaki
--Range harga makanan lebih kurang sama je macam kat malaysia..
--Nak beli tshirt sila beli di pasar malam krabi sebab jauh lebih murah
--Rancang hari cuti anda ke krabi waktu ada pasar malam krabi iaitu jumaat sabtu atau ahad..
--sediakan pakaian yang bersesuai sebab banyak aktiviti air.
--mesti try nasi kerabu, pancake dan crispy gerai yaminlah, mee versi siam..




Saturday 22 March 2014

Percutian di Krabi 4D/3N - Day 3



Hari ke-3 dimulakan dengan aktiviti "Elephant Trekking".. RM40/ person..Perjalanan dari Hotel ke tempat ni dalam 40 minit...Free transport pergi dan balik...Driver Pick up dari hotel pukul 830 pagi..Kami orang 1st yang sampai sini. Sampai je kami dihidangkan dengan air mineral dan buah nenas sebelum tunggu gajah2 ni nak bersiap..hihi..


Bijak sungguh gajah kat sini.. Mendengar arahan..hihi


Ampun yer tak teredaya nak rotate gambar satu2..hihi..
Posing dulu sebelum naik..


Bukan main rapat lagi gajah tu datang masa ni..nervous i ols~


Ok kami dah ready..JOM!
Elephant trekking ni dalam 30 minit jugak kalau tak silap,,
Rasa lama je dalam hutan tu... Just dapat rasa naik gajah masuk hutan gitu,,
Dapat jugak menikmati keindahan alam semula jadi ciptaanNYA ..Subhanallah,,


Bijak betul gajah ni..Tuan dia pandai bagi arahan..Nasib la dapat tuan gajah yang sporting..
Kitorang nya kira ok jugak la cuma di tak suruh gajah tu posing2 macam atas ni.. nasib baik dia tolong juga ambil gambar..Tu pun lepas 2x suruh...hihi






Satu pengalaman baru.. 1st time merasa naik gajah..
We just enjoy the moment..hihi..Slow je gajah ni bawa..So jangan takut yer..
Padahal masa mula2 nak naik tu neves! hihi..


Lepas dah selesai aktiviti elepehant trekking tu , kami pergi SPA untuk massage..
Rate kat sana tersangat la murah..
Untuk Full Body Oil Massage RM20 ja..Mana nak dapat..hihi
Untuk Foot Massage RM20 juga..Full Body Thai Massage RM30..
Saya dan Ain buat Foot Massage (RM20) and Head & Shoulder Massage(RM20)..
En.suami dan ehsan buat full body oil massage..
Best sangat.. Hilang rasa sengal2..Saya request urut slow2 je sebab tengah pregnant kan..


Tempat pun besar dan selesa..

Lepas massage kami terus lunch dan balik rehat di hotel..

Sebelah malam pulak kami Pasar Malam di Pekan Krabi..30- 40 minit dari hotel..
Pasar Malam ni setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad..









Gambar sekitar pasar malam..Kat sini kami cuma beli t-shirt dan souvenir je.. 
T-shirt kat sini murah je RM10..Banyak juga makanan kat sini,,
Tapi kena pandai2 tengok dan yakin halal nya..Kami tak makan kat sini pun..
Kami balik ke Aonang dan dinner tempat yang sama dengan lunch..

Kami ke Pasar Malam Krabi ni naik van tuk-tuk RM40/van pergi dan balik..

Thursday 20 March 2014

Percutian ke Krabi 4D/3N - Day 2

Aktiviti yang dinantikan untuk hari ke-2 adalah 4 island by long tail..Sebelum buat island hopping..Kami breakfast dulu ..Kami makan di gerai berdekatan..Selesai breakfast kami balik semula ke lobby hotel untuk dijemput ke island hopping. Tuk-tuk jenis trak datang pukul 9 pagi..Kami orang pertama yang diambil..so pusing satu Aonang dulu untuk jemput orang lain..Dapat la free tour kan..haha..Masa tu masuk ceruk kampung mana tah alih-alih ada resort cantik kat sana,,Kebanyakkannya yang stay sana mat saleh ar..Kami di bawa ke pantai aonang untuk di bahagi mengikut aktiviti masing-masing..Akhirnya kami dipanggil untuk pergi ke long tail boat itu..Excited! Alhamdulillah sangat dapat boat besar..Memang smooth je boat ni..Cuma bingit bunyi enjin boat..hihi..


Permandangan pagi di pantai Aonang..


Menunggu untuk di pick-up


Trak yang kami naik..Abaikan model gemss itu!


Destinasi pertama kami adalah TUP ISLAND..30 mnit dari pantai aonang..


Long tail boat kami.


Di Pulau Tup ini, pengunjung boleh berjalan dari satu pulau ke pulau yang lain..Tapi dengan kudrat ibu berbadan dua masa ni memang tak arr nak meredah pantai untuk pergi pulau lagi satu..Kami dapat pergi suku pantai je,,Lepas tu i is semput uolsss!


Nampak ja macam dekat,,Tapi jauh juga nak meredah..Tak sampai separuh pun kami jalan-jalan..hihi..Lepas tu rehat je tunggu boat jalan..Kat sini kami diberi masa 1 jam..


Berganbar kenangan dengan kesayangan saya..


Destinasi ke-2 adalah Chicken Island..Kat sini adalah aktiviti untuk snorkling..


Sebab dinamakan "chicken island" adalah bentul pulau tu sendiri,,Macam kepala ayam kan..? Nampak ke tidok??En. suami je yang snorkling..Bukan main enjoy lagi dia kat tengah-tengah laut tu..


Banyak ikan-ikan kat sini..Tambah-tambah bila bagi makan..lagi laju je ikan-ikan ni datang..




Destinasi ke-3 adalah PODA ISLAND..Kat sini kami diberi makan tengah hari..Makan tepi pantai je..Makanan not bad..Masa ni tengah lapar..Apa pun boleh telan kan..hihi..


On the way ke Poda Island..Korang boleh nampak tak orang kat batu2 tu..Mat saleh memanjat oiii..
Seriau tengok..Tinggi bebenor!

Muka mak yong kelaparan..Eh korang tak payah la pandang mat salih badan tangan ketak2 tu..hihi..


Tenang tengok pemandangan kat sini..Indahnya ciptaanNYA..Subahanallah.


Kat sini je yang saya start enjoy mandi-mandi pantai memandangkan perut dan kenyang,,..Walaupun panasnya membahang kan.



Ni adalah speedboat..

Destinasi ke-4 iaitu destinasi terakhir adalah di Pranang Cave Island..Kat sini banyak boat-boat yang buat jualan..Saya beli pulut mangga..Sedap sangat! Berlemak ja rasa..Kat sini kami lepak-lepak je..saya memang tak terdaya nak berjalan dah..Kat hujung pulau ni ada gua kalau tak silap..Tapi tak pasti ada apa dalam tu..Cuaca memang panas terik waktu ni..




Dating bawah pokok ja..


Selesai island hopping untuk hari tu pukul 430 petang...Sampai je di pantai aonang, terus ajak en,suami pergi Yamila Pancake yang disebut-sebut oleh ramai blogger cakap sedap2..memang sedap pun compare dengan pancake lain ..nanti saya up satu entry makanan sedap kat krabi ni k..


Sepatutnya kami akan dihantar balik ..tapi sebab decide nak makan pancake..Jadi kami  naik tuk-tuk RM3/person untuk ke Yaminla Pancake ni..Lepas tu balik rehat di hotel...Sebelah malan pulak kami repeat order makan dengan abang atas motor jual mee siam tu dan jalan-jalan sekitar Aonang,,


Percutian di Krabi 4D/3N - Day 1

Dah lama teringin nak ke Krabi ni ..Kebetulan hari tu borak dengan BFF Ain dia ajak bercuti sama-sama..So apa lagi terus decide nak pergi Krabi..Bermula la dok search flight air asia yang murah-murah..Memang cadang nak pergi bulan 2 tahun ni..Harga tiket ke KLIA-Krabi RM340/ 2 orang pergi balik..Rasa macam murah dah waktu ni..hihi..

Lepas dah dapat tiket baru search hotel..Kalau nak pilih hotel ..sila pilih area Pantai AONANG yer... Senang nak island hopping..Dan banyak hotel, gerai-gerai, spa dan restoran...Jangan pilih area Pekan Krabi tau Hotel book guna Agoda je...  Kami pililh HARVEST HOUSE Hotel RM394 untuk 4 hari 3 malam 1 bilik..Rasa sangat berbaloi sebab bilik besar.Nanti saya up entry pasal hotel yer...

Sebelum ke Krabi jangan lupa untuk tukar siap-siap duit Thai.. Kami tukar RM1200 je untuk belanja kat sana..Rasa untung lagi tukar kat malaysia,,Sebab kawan tukar kat Thai jadi rugi balik..


Kawan en.suami tolong hantar ke KLIA..Flight pergi  tengah hari..Perjalanan Ambil masa dalam 1 jam 15 minit je..Sekejab je rasa dalam flight tu..


Kali ni order nasi lemak RM12..Berlemak betul nasi lemak ayam rendang dia..Memang sedap..Walaupun portion sikit tapi kenyang..Air mineral tu RM3..Beli jer la..tu je paling murah memandangkan air mineral tak boleh bawa naik flight..grrr!! 

Sampai di Krabi terus ambil teksi untuk ke AONANG..Harga  600batt=RM60..Perjalanan dari Airport Krabi ke Aonang ambil masa dalam 45 minit..Bas pun ada disediakan..150batt=RM 15person..Memandangkan kami pergi 4 orang ..So lagi untung ambil teksi...Sebab kalau naik bas ni faham-faham la mesti banyak tempat nak berhenti kan..

Masa perjalanan ke Aonang tu,,Teksi ni akan berhenti kat satu check point ni untuk driver tu buat report kot..Kat sini akan ada orang datang untuk ajak korang ke diorang punya travel agency untuk promote aktiviti kat krabi ni macam island hopping etc..Kami memang tak ambil kat situ sebab harga lebih mahal..

Sampai Aonang terus kami check in hotel..Masa tengah check in ada sorang amoi thai datang promote aktiviti kat Krabi ni..Dia tanya kita nak buat aktiviti apa...Rupa-rupanya amoi tu boss kat hotel tu.Saya ada inform yang saya mengandung 2 bulan waktu ni..dia tak sarankan pregnant women untuk buat aktiviti naik speedboat sebab bahayakan kandungan..So dia suggest naik long tail..Frust juga tak dapat pergi aktiviti island hopping di Phi-phi Island.Sebab Phi-Phi Island ni memang most recommeded kalau datang Krabi ni....Sebab untuk ke Phi-phi island hanya ada speedboat.Apa2 pun keselamatan baby harus diutamakan.So amoi tu cadangkan untuk ke 4 island by long tail..Sebab long tail ni slow je...

At least dapat juga buat aktiviti island hopping walaupun pregnant..Jadi terpisahlah saya dan ain..Sebab semestinya ain dan suami akan pergi Ph-Phi Island..Harga untuk Phi-Phi Island by speedboat RM100/person, 4 Island by long tail RM40/person.. Harga termasuk pick up hantar dan balik dari hotel, peralatan untuk snorkeling dan lunch..Rasa dah cukup berbaloi harga tu...

Dah selesai check in, kami pergi lunch di restoran berdekatan hotel..Masa ni main terjah je lunch..Tengok restoran tu halal terus masuk sebab perut dah lapar sangat masa ni..Malangnya rasa tak berbaloi dengan harga.Bayangkan nasi padprik ada udang seketol je lauk semata-mata.. Harga RM 60 untuk 3 orang makan termasuk air..Padahal yang makan  3 orang je waktu ni..

Lepas lunch kami balik hotel untuk solat dan rest sekejab..Sebelah petang kami keluar untuk jalan-jalan sekitar pantai Aonang..


Pemandangan petang di Pantai Aonang Krabi


Berdua dengan adik baby dalam perut je..Aisy kena tinggal..Kesian Aisy..


BFF forever..Dari Kiri: Ehsan(Husband Ain), Ain, Saya, Husband Saya..


Feeling-felling honeymoon kenkononnya..

Lepas jalan-jalan sepanjang pantai..Kami jalan-jalan di gerai-gerai sepanjng pantai tu..Banyak jual t-shirt, topi, slipper, beg, etc..Saya perasan kat sini banyak betul farmasi..hihi..Kemudian kami tapau mee tepi jalan jual atas motor je...Memang terbaikk..Sedap sangat..Lepas tapau kami dinner di Lemon Restaurant ..


Money exchange kat sana..


Hasil rembatan malam tu untuk island hopping esoknya..
Multi-purpose drybag  tu dapat RM35..slipper Rm19/sepasang.. Baju RM 15/pcs..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015