Friday 27 November 2015

Acah2 Susun Atur

Baru ni ofis tutup 2 hari sebab ada company trip ke krabi..saya tak join sebab dah pernah pergi last year..so 2 hari tu boleh la kemas2 apa yang patut..anak2 mmg hantar pergi nursery dan pengasuh..sbb mama byk agenda nak kena settle..

Antara agenda nya adalah nak kemas2 dan susun atur apa yang patut..acah2 la konon susun atur..padahal tak kreatif pun ..bukan orang seni..asalkan nampak kemas sudah la..hee.

Dah nampak lapang atas rak kasut ni..kalau tak mcm2 ada resit la ..syiling la..mcm2 ..sakit mata tgk..


Port letak mainan anak2..sbb sini la tmp dorang main  dan sepahkan mainan..heee..letak je dlm tong ikea tu..campak2 je kalau nak cpt nmpak kemas ..


Ni pulak view bawah dapur..pekakas  warna pink belah atas tu letak segala stok rempah kari pack kecik2, santan kotak etc..kebanyakan beli kedai 2 ringgit je..pekakas bawah tu beli kat mr diy..


Alas tampal kat diding sebelum ni dah teruk bebenor..jln2 mr diy jumpa yg ada corak macam ni..terus rembat..


Ni pulak bilik anak bujang..dulu letak tent tu..tp baru ni masa cuti tu lipat balik tent tu letak meja ikea ni..nampak la luas sikit ruang ni sbb bilik ni kecik je...

budget2 nak buat aktiviti homeschooling dgn aisy kat sini la..walaupun..


Dah rasmi pun..happy dia tgk ada meja dan kerusi baru..tak habis2 peluk cakap terima kasih mama...aisy aisy..baru semangat nak belajar kan..heee..

Tu la serba sikit agenda yg mama aisy dpt settle kan..tu pun ada lagi yg tak dpt buat..nama je 2 hari cuti..tapi tak cukup oii..

Wednesday 18 November 2015

Trip 2 hari 1 malam ke Melaka

Kali ke 2 jalan2 ke melaka untuk tahun ni..sebab utama nak bawa aisy ke zoo melaka n ofcos jalan2 cari makan la benda wajib kalau datang melaka. Bertolak 9 pagi dari kajang...sejam setengah dah sampai melaka...

Aisy paling excited sebab dah cakap awal2 nak pergi zoo...

Muhammad aisy iskandar 3y3m
Nur zara alisya 10m

Sampai je zoo tgk dah ramai padahal awal lagi maybe sbb weekend dan byk rombongan sekolah..mula2 kitorang tak bawa stroller sebab ingat nak naik train je dlm tu..tp masa masuk tu xde lg train tu dan mood aisy mula2 masuk tu kelaut sikit sebab tak puas tidur..last en.suami kena keluar balik ambil stroller...

Seronok kali ni bawa aisy sebab dia dah excited nak tgk binatang..n kebanyakan binatang2 aisy dah kenal.yg lawaknya dari la awal masuk asyik dok cari elephant..dah la part gajah paling hujung...letih bab nak menjawab..setiap saat dia cari gajah..


Lepas keluar  dari zoo ..perut dah lapar sgt..kitorang tapau coconut shake klebang dan makan laksa di kuih keria antarabangsa hj jalil..kali ni tapau 20 biji terus..makan sampai muntah..haha..2 tempat nie mmg wajib singgah kalau datang melaka..
  
Dah kenyang baru la check in hotel..kitorang stay di hotel sentral melaka...overall stay kat sini ok ..sbb ada swimming pool ...n breakfast pun ok..cuma cadar kotor n meja bergetah masa kitorg masuk tu..grr...


Lepas dah check in ..rehat kejab, solat dan mandi..kami keluar balik utk dinner di ikan bakar muara sg duyong melaka..ramai yg recommend makan kat sini..tp bila dah rasa ..saya lebih prefer makan di ikan bakar umbai...lagi kena dengan tekak masakannya...gitu..


Esoknya lepas breakfast kami bawa aisy mandi swimming pool..n lepas check out kami lunch di restoran asam pedas selera kampung...kali kedua makan kat sini..sedap..kemudian sebelum balik tapau lagi sekali coconut shake dan kuih keria hj jalil...tamat..

Puas dpt makan2 dan seronok tgk anak2 happy jalan2 walaupun 2 hari 1 malam je... 

Thursday 5 November 2015

Nur Zara Alisya 10 month

Sekejab je alisya dah 10 bulan...tup2 nanti dah setahun...cepatnya masa berlalu..macam entry sebelum ni alisya mula duduk dengan pengasuh start november ni...masa hari pertama tu alisya ok je masa hantar. Abang long aisy yang nangis2 nak adik..huhu...tp hari ke 2 dan 3 masa nak pass kat mummy (pengasuh) dia kuat je pegang mama tak nak lepas..bila dah pass nangis..adoi...1st time alisya nangis sepanjang anta dia tiap2 pagi..sedih mama nak..


Masuk 10 bulan ni alisya dah boleh dari meniarap duduk sendiri..dan suka sangat angkak buntut meninggi tu..posisi apa pun mama tak tau..


Gambar semalam..
Masa ambil alisya semalam tengok dia tgh minum susu depan tv sambil mata pejam..letih sangat kot...bila panggil dia nampak mama terus meniarap mintak dukung padahal masa tu nak tidur dah tu...


Aksi angkat montot..

So far Selera makan alisya sangat2 ok..bubur n susu n biskut baby yang dibekalkan semua habis..alhamdulillah..

Monday 2 November 2015

Last day alisya di nursery

Jumaat last week hari terakhir alisya kat taska...cukup 7 bulan alisya di taska sejak alisya 3 bulan..sebabnya dah dapat pengasuh kat area rumah .sejak daftar aisy untuk tadika next year mmg bercadang nak cari pengasuh area rumah...dalam dok pk2 tu tiba2 muncul kakak ila yang mana kami cuma berselisih di lif je..saja tanya dia..rupanya mmg dia babysitter..memang rezeki ...lepas dah pergi rumah borak2 terus decide nak hantar alisya kat dia..


Last day tu order kek untuk teacher2 alisya tanda terima kasih....


Ni la teacher jah yang jaga alisya..nangis2 dia masa last day tu..saya pun terjebak sebak pulak rasa...baik teacher jah ni..peramah dan selalu wassap gambar alisya masa kat nursery..


Dress ni alisya pakai last day..teacher bg hadiah..tq tcer2 ..banyak alisya dapat hadiah..headband, klip rambut n baju2...


Bye2 teacher...nanti alisya datang jumpa tcer jah yer...tak mau sedih2...terima kasih jaga alisya yer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015