Monday 3 June 2013

Resepi Nasi Ayam Mudah & Sedap

1st time ni masak Nasi Ayam..En.suami dan adik puji sedap! Kembang montot!



Credit: Blog Azie

Bahan-bahan ( 2-4 orang )

Untuk rebus
  1. 1/2 ekor ayam dipotong 
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 2 cm halia yg diketuk

Untuk perap
  1. 1 sudu besar kicap pekat
  2. 1 sudu besar sos tiram
  3. 1 cm halia
  4. 2 ulas bawang putih
  5. Sedikit kicap cair
  6. Sedikit minyak bijan

Ayam dipotong dan bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2 cm halia yg diketuk. Rebus sehingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti ais selama 15 - 20 minit. Lumurkan sedikit madu. Goreng hingga keperangan. Angkat ayam dan diketuk sedikit sebelum dihidangkan.

Tips: ayam digoreng sekejap sahaja iaitu secara "Touch N Go", barulah ayam lembut.

Untuk nasi
  1. 5 cawan beras
  2. 3 sudu besar butter
  3. 1 cm halia - ditumbuk
  4. 4 ulas bawang putih – ditumbuk
  5. Air rebusan ayam secukupnya
  6. Sedikit garam
  7. 1 bunga lawang
  8. 2 buah pelaga
  9. 1 kayu manis
  10. 1 batang serai – ketuk
  11. 2 helai daun pandan
  12. Pewarna kuning

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis bahan penumis, daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit bau. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masukkan sedikit pewarna. Masak seperti biasa.

Untuk sos
  1. 5 biji cili merah
  2. 5 ulas bawang putih
  3. 2 cm halia
  4. 1 sudu teh cuka
  5. 1 sudu teh garam 
  6. 1 sudu teh gula
  7. 1/2 cawan air rebusan ayam

Blendkan semua bahan di atas. Boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

Untuk sup
  1. Air rebusan ayam
  2. 1 biji bawang besar kisar
  3. Rempah sup
  4. Garam
  5. Daun sup yg dihiris.

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi. Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan.

Untuk kicap
  1. Kicap manis cap kipas udang
  2. Gula
  3. 3 biji cili api (jangan banyak takut pedas)
  4. Air rebusan ayam

Masukkan kicap manis, gula dan cili api ke dalam blender dan kisar sampai jadi pekat.

Bolehlah dihidangkan dengan sayur sayuran. 
 Selamat Mencuba

8 comments:

Farah Waheda Wahid said...

yummylicious kak...lama dah saya x masak nasi ayam... hu hu hu...cam sedap la pulak tengok...tapi sekarang ni tengah berpantang dari nasik... hu hu hu...sedey...

diary_ciknaa said...

ciknaa print tau resepi ni.. hihi..thanks sayang..

Unknown said...

diet ker dear?? teringin nak diet ni..tapi nafsu makan semata..huhu

Unknown said...

sila-sila..

Chekgu Azrine said...

Lama xmasak ns ayam..hehe..sbb hubs xmkn ayam..but 1 day nk msk utk ank2 la..blhla pakai resepi sis..tq for sharing

rossi rossa said...

Salam kenal...tgh cari resepi nasi ayam yg simple....blh try ni...
Jom singgah

Unknown said...

wallaa..sedapnyer..thanx for sharing resepi..

**e-vitamin

fatimah said...

Assalamualaikum .. Lama dah nak cuba masak sendiri sebab kat kedai macam sedap je.. Thanks yer.. Hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015