Monday 13 January 2014

Makanan best di melaka


Last weekend saya dan family ke melaka..tujuan utama nak bawa aisy ke safari park di a famosa resort melaka..nak bawa aisy tengok binatang katanya.. Sebab aisy sekarang nampak binatang 4 kaki ja dia ingat "cat".. Pitam papa n mama..hihi..

Tujuan ke-2, semestinya nak jalan2 cari makan..tu acara wajib klu gi jenjaln..mama aisy punya peel ku dah listkan nak pergi makan mana yang best2.. Best ke tidokkkkk? Lets check it out..amboi speaking london..ko mampu???..haha..

1) Coconut Shake Klebang


Nak take away..sila beratur sebelah luar..iaitu tepi jalan..nak makan sila masuk ke dalam pimtu gerbang nun..amik makanan n order minum , bayar..baru cari tempat duduk..coconut shake dorang akan hantar pergi mej?.klo nasib baik korang dapat la awal..kalo tak berjngut la tunggu..nasib kitorang baik masa tu baru duduk terus sampai alhamdulillah.. 


Coconut shake special itu..yummy..


Ada macam-macam jenis kuih jugak...nasi lemak dia pun best..


Total makan kat sini rm9.80...
coconut shake special 2 , nasi lemak 3 bungkus dan kuih macam dalam gambar tu..


Aisy pun suka sangat..


Lepas dah makan kat dalam..kitorang tapau lagi kat luar..sanggup beratur 2 kali..hihihi..

2) Ikan bakar Umbai

Kali ke-2 datang sini...sebelum ni datang aisy tak de lagi...hihi.
.jom tengok menu menarik kat umbai yang kami order..


Butter prawn..


Udang goreng tepung


Kangkung goreng belacan


Ikan kerapu bakar sambal..

Total RM65..


Rasa berbaloi sebab udang besar2.. Sotong ada telur...dan yang paling penting rasa sedap..cuma ikan tu tak berapa nak masak..mungkin kalau bakar lama sikit lagi best..

3) Cendol depan jam besar melaka


Saya order cendol durian, en suami cendol biasa..
Total rm 5.50..
Sedap lemak berkrim...

Gerai ni tepi jalan je..betul2 berdepan dengan jam besar melaka..bangunan merah tu..

4) restaurant jonker 88 melaka


Beratur dan bayar order makan dulu kat luar..baru masuk cari tempat kat dalam..
Kitorang pergi pukul 1 lebih..memang full house..ramai sangat orang..
Apa yang best kat sini??


Semestinya Asam laksa & cendol..asam laksa sangat sedap..masam2 pedas..memang cukup rasa..cendol pulak sedap rasa lebih gula melaka..en.suami order sagu melaka..licin dia makan..hihi..saya order meehon fish ball kot nama dia untuk aisy..laju je dia makan..

5) coconut shake batu berendam


Lagi sekali gigih beratur.. 


Perbezaan coconut shake batu berendam dengan coconut shake klebang..CS batu berendam ada add on coklat rice ..menarik..and of cos la dari segi rasa...masing2 ada rasa tersendiri..vote for coconut shake batu berendam!!!! Eh!!! Larikkk..

4 comments:

Chekgu Azrine said...

Pegi melaka tahun lps 2x..blm ada rezki nk cuba mknn2 tu semua..huhu

Unknown said...

Salam..
info menarik tentang Melaka..

Tp jika ke Melaka,
boleh cuba utk menginap di homestay hamba..

Ada pelbagai koleksi, dari yg setingkat biasa,exclusif, Villa hingga ke Banglo sebuah 5 bilik.
ada juga unit yg telah dijadikan lokasi pengambaran dan tersiar di RTM & Tv-AlHijrah..

berminat boleh layari..
www.AnugerahHomestay.com

atau click pada ID saya di atas tu..


**coconut Shake sekarang yang tgah top kalangan org2 Melaka pula adalah Coconut Shake Alai.. kualiti air kelapanya saya lihat betul2 diambil berat..
sbnrnya yg pentingckematangan kepala tersebut.. kdg2 bila guna kelapa yg muda ni, menyebabkan rasa coconut shake tu kureng sikit..

Anonymous said...

Sedapnya nampak makanan-makanan ni.. boleh try nanti.. :)

Anyway, jemput ke entry saya untuk mencuba nasi ganja pula..

http://miaqaisarah.com/2015/04/15/nasi-ganja-perlis/

Anonymous said...

Sedapnya nampak makanan ni.. boleh try nanti.. :)

Anyway, jemput ke entry saya untuk mencuba nasi ganja pula..

http://miaqaisarah.com/2015/04/15/nasi-ganja-perlis/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015