Sunday 27 December 2015

Our 5th years anniversary

Throwback 5 year anniversary..sekejab je masa berlalu..sempena anniversary tahun ni kami diuji dengan sakit demam satu family..bermula dengan en.suami ..saya dan anak2..tp demam pun wajib order kek nak celebrate..kebetulan masa tu mama n ayah datang sebab tgk anak cucu demam..tekak masa tu mmg x lalu nak makan..order pizza je...


Weekend tu pulak en.suami bawa ke mitsui outlat cari hadiah...sweet pulak dah 5 tahun ni..haha..kalau tak pospone je hadiahnya..semoga berbahagia sampai syurga..amin...jauh lagi perjalanan onak duri nak kena tempuh di alam rumah tangga ni..yg penting..sabar sabar sabar...


Kek Butterscotch dari kedaikekbangi..Dah berapa kali repeat order..Sedap sangat... 

Thursday 17 December 2015

Siblings day out


Cerita bulan lepas ni...masa weekend tu adik datang rumah..kebetulan memang dah lama tak jumpa kak padahal duduk kat selangor je semua..Masing-masing bz..So kitorang decide nak jumpa ..En.suami tak join sebab dia kerja.. Adik drive ke Shah Alam nun..Angkut 2 orang askar2 itu..si aisy dan alisya..Nasib baik baik behave je 2 beradik tu..Masa dalam kereta tu tidur je diorang.

Sampai je..kakak terus ajak makan..Lepas makan kami ke bengkel husband kakak melawat kawasan..Husband akak (abg mie) buka bengkel buat furniture guna kayu pallet tu..

 
  3 beradik je kami..
 
  
Bergambar di depan bengkel abang mie..Muka aisy dan alisya muka mengantuk..hihi..
Ala anak2 mama..
 
 Lepas ke bengkel, kami terus ke rumah kak..Dekat2 situ je..lepak kat sana borak-borak sampai petang..Aisy paling happy sekali sepahkan rumah long..hihi..Best sesekali dapat jumpa dan gosip.... 

Thursday 10 December 2015

Aktiviti aisy di taska

Bulan ni last aisy di taska ni..
Bermula dari habis pantang sampai dah umur 3 tahun aisy membesar kat sini.. 
Walaupun teacher2 silih bertukar ganti..tapi aisy tetap setia kat sana sampai 3 tahun..hihi..

Kat bawah ni antara aktiviti aisy kat sini..Untuk 3 tahun ni aisy ditempatkan di playschool..
So banyak la aktiviti yang taska buat..

 

Aisy dah best friend dari baby..Syuhada...Next year syuhada pun dah pergi tadika lain..

  
Khusyuknya aisy...hihi..
 
Ok dah nak mula..Kenal bentuk..
 
Bijaknya dia..hihi..padahal kat rumah dah selalu main benda ni..haha..  

Thursday 3 December 2015

Ke Ikea Cheras

 Kisah cuti free tak habis lagi..Masa cuti company trip tu lepas hantar anak, mulanya terus nak balik rumah..Lepas tu teringat nak beli kerusi untuk bilik aisy..ala kerusi kecik untuk aisy je..Terusla ke ikea Cheras sorang2 berpandukan Waze..1st time dalam sejarah weh...Gelabah gabra semua ada..Takut pergi tempat lain je..alhamdulillah selamat sampai walaupun banyak kali u-turn salah jalan..1st time guna waze katakan..haha..Tak dela jauh sangat dengan rumah..

Dalam pukul 10am sampai..Best je orang tak ramai..pusing2 dulu window shopping..aim nak beli kerusi je..tapi bila dah sampai faham2 la rambang mata..heee..Lepas dah pusing-pusing wajib la singgah makan kat foodcourt ikea ni..

 

Menu pilihan..Tamak tak?? Macam nak order semua menu..haha..
Tapi haritu salmon fish tak de..
Keciwa mak!!

Lepas makan sambung jalan2 window shopping lagi..
Jom tengok wishlist yang saya aim nak beli  bila ada budget nanti..

 
Meja dan kerusi merah ni..murah je RM49.90..
Tergoda betul tengok warna merah..


Set pinggan putih..Sukanya..Dapat bonus ni kena rembat ni tak kira..!!
RM119 tak silap..
 

Cantik tak..?colourfull ..
 

Katil untuk anak2...Rm199 je..
 

Wordrobe Rm199.00..

Dah puas cuci mata terus gerak balik.. Best jugak IKEA Cherass ni..luas dan tersusun je barang..Kalau tak silap pernah baca yang  ikea cheras ni lagi besar 20% dari ikea damansara..Foodcourt pun besar dan banyak tempat duduk compare kat damansara..Lepas ni harus terjah lagi ajak en.suami dan anak2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015