Thursday, 3 December 2015

Ke Ikea Cheras

 Kisah cuti free tak habis lagi..Masa cuti company trip tu lepas hantar anak, mulanya terus nak balik rumah..Lepas tu teringat nak beli kerusi untuk bilik aisy..ala kerusi kecik untuk aisy je..Terusla ke ikea Cheras sorang2 berpandukan Waze..1st time dalam sejarah weh...Gelabah gabra semua ada..Takut pergi tempat lain je..alhamdulillah selamat sampai walaupun banyak kali u-turn salah jalan..1st time guna waze katakan..haha..Tak dela jauh sangat dengan rumah..

Dalam pukul 10am sampai..Best je orang tak ramai..pusing2 dulu window shopping..aim nak beli kerusi je..tapi bila dah sampai faham2 la rambang mata..heee..Lepas dah pusing-pusing wajib la singgah makan kat foodcourt ikea ni..

 

Menu pilihan..Tamak tak?? Macam nak order semua menu..haha..
Tapi haritu salmon fish tak de..
Keciwa mak!!

Lepas makan sambung jalan2 window shopping lagi..
Jom tengok wishlist yang saya aim nak beli  bila ada budget nanti..

 
Meja dan kerusi merah ni..murah je RM49.90..
Tergoda betul tengok warna merah..


Set pinggan putih..Sukanya..Dapat bonus ni kena rembat ni tak kira..!!
RM119 tak silap..
 

Cantik tak..?colourfull ..
 

Katil untuk anak2...Rm199 je..
 

Wordrobe Rm199.00..

Dah puas cuci mata terus gerak balik.. Best jugak IKEA Cherass ni..luas dan tersusun je barang..Kalau tak silap pernah baca yang  ikea cheras ni lagi besar 20% dari ikea damansara..Foodcourt pun besar dan banyak tempat duduk compare kat damansara..Lepas ni harus terjah lagi ajak en.suami dan anak2..

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

oh belum ke ikea cheras lagi...nak kena jejak nih....

aryan azra said...

dah lama tak ke ikea, ikea cheras ni apatah lagi entah bila la akak dapat jejak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015