Friday, 15 December 2017

August 2017: Aisy Turns 5

Alhamdulillah, sempat jugak sambut bday aisy sebelum bersalin.
Next year celebrate sekali je semua senang.
Aisy-Aryan-Mama. (August baby. hihi)


Kali ni aisy nak kek power rangers. Mama order cupcake choclate untuk aisy.
Sebab aisy suka kek coklat.


Nak celebrate birthday abang aisy. Tapi hadiah kena untuk dua2 ok. hihi. 
Muka excited nak dapat hadiah. Tapi mama paksa amik gambar dulu.


Happy face. Love u both.


Birthday boy 5 tahun. Dah boleh diharap. Abang long sangat tau.


Manja mama. Kejab je dia layan princess tu lepas tu berebut mainan abang dia. haha.


Kesayangan. My number one.

 Demam power rangers. 


Mama  masak nasi tomato. Masa ni jemput acu dan long sekali join.
Happy la aisy.


Happy birthday aisy. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan, dan mama doakan aisy jadi anak yang soleh, penyejuk hati mama papa dan tunjuk contoh  yang baik-baik untuk adik-adik nanti. LOVE.

August 2017 : My Birthday

Sebelum masuk 2018. Nak throwback birthday 2017 dulu. hihi.
Sebenarnya hari tu nak sambut birthday Aisy. 
Sambut awal, takut tak sempat sebab dah nak due bersalin masa tu.
Kesian pulak aisy. Tiba-tiba en.suami belikan mamanya sekali kek.
Terharu iolss. haha. *hati munger-munger*. Siap wish selamat berpantang tu..Haha.

 

Mama dapat kek je dah happy tau. 
SR Carrot cake. My favourite ever!
Tapi kalau dapat hadiah sekali bagus jugak kan!


Cupcake birthday aisy pun ada. TQ papa.

31 tahun.  Bertambah usia setahun lagi. 
Alhamdulillah diatas segala rahmat dan kasihmu. 
Nanti kita throwback kisah birthday Aisy pulak. 
Gigih mak buyung masak nasi tomato. Stay tune!
 

Wednesday, 6 December 2017

December 2016 : Suprise Dinner for Anniversary at Floral Kafe Kuala Lumpur

Major throwback la sebab cerita setahun yang lalu. hahaha.
Baru nak update sebab tengah counting for our 7 year anniversary. Cewah.

Last year en.suami buat suprise dinner for the 1st time kat luar.
Memang betul-betul suprise.haha.
Selalu bininya yang terror bab2 suprise ni. haha.
Tapi last year sebab tengah mabuk kepayang sebab nak dapat adik baby kan.
So tak da mood nak suprise bagai.
Tapi petang tu en.suami suruh siap nak ajak kelaur makan.
Masa ni aisy kat kampung. So alisya je ada. 
Bila tanya nak makan mana? Dia kata pusing-pusing KL ja dulu. cis! 

Rupanya ke FLORAL KAFE. Dari luar pun dah cantik restorannya.
Masuk dalam lagi lah cantik.
TQ en.suami. I is terharu. haha. Entah bila dia tempah semua tu.

 

Candle light dinner with seketul budak busuk yang sangat behave selama 10 minit jew. Haha.


Alisya duduk sebelah papa. Papa bagi chance mama melantak puas-puas dulu.
Makanan semua sedap-sedap. Dari western food dia sampai la ke desert. PUAS HATI!!
En suami order western food kombo ke apa tak tau la.
Yang pasti dalam plate tu ada chicken chop, ada lamb chop, fish n chip, spagethi etc.
 Semua ada dlm satu plate. Semua sedap!
Desert puding karamel pun sedap.


Kek anniversary pun ada. Terbaik! Masa ni dah tak larat makan.
Lepas tiup lilin mintak tapaukan.hihi.



Nice deco. Romantik!



Staff floral kafe siap snap gambar dan masuk kat FB untuk kenang-kenangan. 
Siap suruh posing lagi uols.haha.
Korang yang nak tau pakej apa yang ada boleh la ke facebook  floral kafe.




TQ en.suami.
Counting for our 7 year Anniversary. L.O.V.E.

Friday, 1 December 2017

May 2017: Port Dickson & Melaka

Kisah throwback. 

Sebenarnya percutian kali ni khas untuk bawa anak-anak main air.
Plan dah lama. Cuma tunggu diorang besar sikit la. 
So sebelum mak buyung meletops eloklah bawa aisy dan alisya mandi-manda dulu hihi..
En suami pilih Primaland Port Dickson.

Pergi 2 hari 1 malam je.Sabtu gerak dari kajang. 
Sampai PD singgah makan tengah hari dekat nasi ayam pasu . 
Ayam masak dalam pasu. Unik.
Not bad. Sedap juga dan ramai sangat orang.
Lepas lunch kitorang terus ke Primaland untuk check in.

Selesai je check in terus bawa anak-anak mandi. 
Masa ni tengah hari. Panas terik. Tak ramai pun orang.



Gigih mak buyung. Masa ni 6 bulan .


Happy sangat anak-anak dapat berendam 2 hari.
Baju mandi tu beli kat Mr DIY.  Murah.


Alisya pun kemain dia. tak tau takut pun. Enjoy je.







Gambar-gambar ni banyak ambil 1st day je. 
Hari ke 2 mama kuasa nak pegang HP. Mama nak enjoy swimming.haha.



Lepas dah puas mandi . En.suami tanya nak pergi melaka ke. 
Eh jangan ditanya. Harusla nak. Boleh JJCM sekali.



Dah siap bersihkan diri. Terus gerak ke Melaka.
Tak jauh sangat PD-Melaka. Sampai je terus ke Klebang.
Pekena coconut milk shake, putu buluh dan keropok lekor. 
Semua beli kat situ je.

Lepas tu pusing-pusing Melaka naik beca.
Saja nak bawa alisya naik. Dia belum pernah merasa naik beca. 



Sebelum balik singgah beli asam pedas untuk dinner. 

Hari ke-2 sambung mandi dekat water park. 
lepas check out , kitorang lunch dekat nasi ayam koboi sebelum balik.
Tamat sudah cuti-cuti PD-Melaka.
Tiap-tiap tahun mesti nak pergi. Dah mcm acara tahunan.
Sebab tu je paling dekat dengan rumah.hihi.
Misi berjaya buat anak-anak happy.


Wednesday, 29 November 2017

May 2017: Hari Sukan LC (Aisy)

Throwback. Masa ni tengah mengandungkan baby Aryan 6 bulan. 
Setiap kali event sekolah anak. Mesti wajibkan diri pergi.
Untuk kenang-kenangan di masa anak masih kecil. Gituw.

Tahun ni tahun ke-2 aisy kat LC. Dan yang penting dapat 3 medal.
Tahun lepas masa 4 tahun pun malu-malu lagi nak bersukan pun. Dapat 1 medal jew.
Tahun ni aisy bersemangat betul nak main semua game. 




Game naik "kuda henjut" tu. Apa kenamanya eh? Patutla kat rumah kemain laju lagi dia naik "kuda henjut" tu. Rupanya ada game untuk hari sukan. Dapat EMAS uols..hahaha.


Kepenatan. Lebih kepada penat berlari dengan kawan-kawan dari main games sukan. 


Dah besar anak mama.
 


Tahun ni aisy wakil rumah sukan baca ikrar  lagi. Diam-diam je dia tak bagitau. Sekali masa baca ikrar nama dia kena panggil. Tanjat mama papa.hihi.


Good job anak mama . L.O.V.E

 

Wednesday, 15 November 2017

April 2017: Kenduri Acu @ Jitra Kedah

Moh ler saya cerita kisah throwback semuanya sepanjang tahun ni. 
Harus simpan dalam blog sebagai kenang-kenangan.
Throwback pertama kisah  Kenduri Acu di Kedah.

Kenduri di sebelah perempuan bulan 3 di Serawak.
Sebulan lepas tu majlis di kedah pulak.
Tema : Biru Turqoise + Hijau :)

 
Canopy pun nak dondon jugak ikut warna tema.

Pengantin. Adik kesayangan Acu & Mak Su. 



Meja santapan pengantin. Lembut je warna. I loike.

 
Pelamin. Love it.


Bilik Pengantin ni adik deko sendiri je. Simple but nice.
 

 Goodies



Ni je gambar yang ada dalam simpanan cik t. Dalam gambar ni aisy tak de. Sebab merajuk berebut handphone. Adoi la nak!

 Gambar sisi tepi. Mak buyung mengandung 5 bulan masa ni. hihi


Baju dondon dengan dewasa semua beli khas untuk wedding acu. 
Dan pakailah sekali dengan raya ..hahaha.. 

Serba ringkas throwback kisah kahwin acu. Lepas dah adik sorang tu kahwin. Lepas ni tunggu adik2 ipar pulak la kahwin. hihi.

Thursday, 2 November 2017

August 2017: Pengalaman bersalin anak ketiga




15/8/2017 3:06 PM
 Saya selamat melahirkan anak ketiga. It's a boy!
Sebab tu la blog lama menyepi sendu je ..hihi..
Seperti biasa, mood kelautan dalam nak berblog sepanjang mengandung.huhu.

Alhamdulillah baby sihat dan sador seberat 3.8kg.
Paling semangat antara abang dan kakak.
Nasib baik mama dah prepare mental dan fizikal. Gitewww!
 Tapi nervous tetap hadorrr la bersalin keberapa kali pun.
Ada lagi ke tue??haha. Fullstop.

Tarikh 15/8/2017 tu genap 40 minggu.
Ikutkan hari tu nak pergi check up ja sebab tak de langsung keluar tanda dan rasa contraction..
Siap cakap dekat en.suami lepas check up nak pergi IKEA jab.hihi.
Lambat pulak rasa kali ni.
Aisy dulu 38w++ . Alisya 39w++.
Puas juga la saya try tips2 nak cepatkan bersalin.
Antaranya jalan itik, naik turun tangga, mencagkung, banyak berjalan, dll.

9.00 AM 
Sampai KPMC terus buat CTG. Masa ni macam ada dua kali
mild contraction kat graf tu tapi tak de rasa sakit pun.

9.30 AM 
Jumpa Dr Mimi scan baby dulu. Berat baby dah 3.8kg. OMG.
 Lepas tu dr buat VE pulak. Rupanya dah 3cm. Jadi confirmlah
bersalin hari ni jugak. Memang baby nak tunggu tarikh due
 betul2 baru nak keluar. Maka dr terus suruh admit wad.
 Musnahlah angan-angan mama nak p IKEA. hihi.

10.00 AM 
 Terus masuk labour  room sebab masa ni ward penuh.
Masa ni memang tak de rasa sakit sangat. En suami tengok
 atas bawah atas bawah tanya" betul ke nak bersalin ni?". Adoi.

10.15 AM  
Masuk ubat untuk buang air besar. Alhamdulillah lawas
habis semuanya.

10.30 AM 
Nurse datang pasang CTG. Masa dah pasang CTG ni
susah dah nak gerak mana2. Baring jela atas katil.

11.30 AM
Sejam berlalu. Belum ada rasa contraction.
Dr mimi datang buat VE. 4cm. Dr terus pecahkan air ketuban.

12.00-1230 PM
Bermula pukul 12 tu lepas pecah air ketuban dah
mula rasa mild contraction. Sakit macam sengugut tu
datang bila time contraction.


1.30 PM
Masa ni nurse offer ubat tahan sakit. Inject.
Waktu ni selawat baca apa yang patut. Borak-borak dengan
peneman setia en suami. Masa n jugak dah rasa contraction makin kuat.

2.30 PM
Nurse datang buang air kencing. Masa ni dia tekan-tekan
pundi kencing.Adoi sengal rasa dan  lagi kuat contraction tu.

2.45 PM
Nurse check VE dah 7cm. Sebenarnya asa ni dah ada
 rasa nak meneran tapi cuba kawal sebab fikirkan masih
7cm dan masa ni jugak en.suami pergi solat kat surau.
Fikirkan takkan nak Push sorang-sorang.haha.

3.00 PM
 Dah rasa nak meneran sangat. En.suami pun dah balik solat.
Terus suruh en suami  bagitau nurse.
Tengok-tengok kejab je dr mimi dah sampai.

3.06 PM
 Dengan 3x push selamat baby BOYdilahirkan. Alhamdulillah.





Dr ada gunting sikit je sebab baby besar takut terkoyak lagi besar. Bab menjahit ni ngeri sikit pada mulanya. Tapi alhamdulilah syukur Jahit pun sekejab je. Lepas dah bersih baby diorang hantar untuk breastfeeding. Dah selesai menyusu, nurse mintak nak mandikan baby. Saya pun transfer ke wad. Petang tu jugak Aisy dan alisya datang tengok baby. Lepas tengok baby diorang ikut tok dan wan balik tidur di rumah. Excited habis diorang dapat baby baru. Malam tu bermula la episod berjaga malam menyusukan baby.hihi.. Esoknya lepas lunch dah boleh balik. Syukur dipermudahkan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015