Thursday 29 November 2012

Rindu Anak Mama


Rindu sangat kat Muhammad Aisy Iskandar ni..Rindu kat ketawa terbahak-bahak dia tu..haha..Semalam sempat main sekejab je dengan Aisy..lepas kerja bawa Aisy pergi Tesco sebab mama nak cari barang buat spagethi..Balik dari Tesco Aisy dah tidur..Pagi ni pulak Aisy pergi Nursery awal dengan papa..Rindunya mama kat Aisy!!!!Balik ni mama gomol-gomol k..Can't wait!! Love u..

Nak Tengok Filem Istanbul Aku Datang

Nak sangat tengok cerita ni *SERIUS!*.. Ramai review cakap best .. Lagila berkobar-kobar nak tengok..Tak sabar nak tunggu VCD keluar....Nak harapkan tengok wayang memang tak lah dengan Aisy kan..Aisy kecil lagi..Nanti dah besar boleh la.. Berbalik pada filem ni, saya ada tengok 'the making"..serius lagi teruja nak tengok..Lagipun saya suka filem/drama hasil dari Redfilms .Dulu memang  layan sangat cerita gol & gincu dan kami..*terbaiklah*..


Korang dah tengok ke filem ni..Review sikit???

Wednesday 28 November 2012

Cara Menghadapi Stress



 "Allah tidak akan membebani sesorang sesuai dengan kesanggupannya"
(Surah al-baqarah 2:286)

Credit : Facebook: Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim

Muhammad Aisy Iskandar : Meniarap


Alhamdulillah..Anak mama dah berjaya meniarap..Dah lama anak mama cuba dan cuba ..Akhirnya berjaya jugak di usia 3 bulan 3 minggu!!..*Syukur* Mama yang excited lebih..Bila tengok anak berkembang dengan sihat..Proud of u son!

Tuesday 27 November 2012

Red Velvet Cake Starbucks

Dah lama tekak teringin nak makan Red velvet kek kat starbucks ni..Selalu bila nampak ada jual..tak teringin plak..bila dah teringin, sold out pulak..Semalam memang rezeki..dapat gak rembat one slice..


 Rupa sangat cantik ..orang yang tak teringin pun rasa nak nak nak....Rasa Ok la..Sangat moist...Ada macam kismis kot dalam tu..tapi tapi tapi *ada ja tapinya* Tak faham kenapa dianya aising tak rasa cheese..rasa manis macam whipping krim tu je..huhu..kecewa..tapi habis juga ku telan semua..hehe..


Friday 23 November 2012

Puasa Sunat Hari 'Asyura'




9 Muharram 1434 Hijrah: Terkilan sangat sebab tak  puasa sunat hari ni..Sebab: tak ingat..tengok-tengok kalender dah 9 muharram *tepuk dahi* ..Jumpa note diatas kat Facebook: Mencari dan Terus Mencari redha Illahi yang mengatakan Jika tidak berpuasa pada hari ni iaitu 9 Muharram, maka disunatkan Berpuasa 10 dan 11 Muharram. *Syukur, Masih berkesempatan mengejar pahala puasa sunat*

Durian Crepe Sweetchat

Adalah *heaven* dikala bukan musim durian, DAPAT makan Durian! Macam mana? Meh la terjah Sweetchat, The Mines. Ada macam-macam menu lagi kat sini. Tapi saya cuma tertarik pada crepe durian . Memang rasa durian pure dicampur pulak dengan krim..Memang sedap!! Ada 3pcs/pax..Harga RM9++..*Promote*


Abaikan muka yang *penuh perasaan* bila makan doryann!
Nyum Nyum Nyum.
Jemput makan.. 

Wednesday 21 November 2012

Setia City Mall

Pernah baca di Blog Erina pasal Setia City Mall. Bila tau-tau tu terus ajak en.suami terjah.Memandangkan en.suami bz, saya pendamkan hasrat hati *ewah!* ..Last week, en suami ajak pergi sana lepas pergi kenduri kawan dia..Akhirnya sampai jugak di SCM ni..Syok la berjalan sebab dah ada stroller untuk Aisy..Best la tempat ni..besar sangat..kitorang jalan tak habis..sebab masa tak mengizinkan..dan kepenatan melanda..


Ni tempat muat Aisy ke tempat muat barang mama..Haishh!!!


Singgah makan di Fish Market..Masa ni tengah tengokkan Aisy..Dia dah super ngantuk..


Air apa tah ni..Albama? ok la..rasa coklet + hazelnut


Set untuk 2 orang..tapi kami makan 3 orang..kalau makan 2 orang confirm tak habis..sedap!!


Kesian anak mama sampai trtidur-tidur..pukul 930 malam baru bergerak pulang..tu pun tak puas lagi jalan..

Si isteri yang syok sendiri..En.suami pandang mana tah..geram! *bam bam nya MAMA Aisy*

Tuesday 20 November 2012

Stroller pilihan

Rupanya pening jugakkan kepala nak pilih stroller ni..Kalau ikutkan nak beli stroller masa mengandung dulu..masa tu memang dah nak beli sangat dah stroller sweet cherry yang roda 3 tu..tapi bila tengok ramai review yang mengatakan stroller tu berat dah susah nak handle..saya dan en.suami pun batalkan hasrat..sekarang Aisy dah 3 bulan lebih..mamanya pulak kerja nak berjalan ja..Kesian pulak Aisy duduk dalam baby carrier lama-lama..Aisy pun macam tak selesa..Jadi beli stroller la jalan penyelesaiannya..


Stroller pilihan kami : HALFORD FLIPLITE
Warna Merah (Warna feveret husband)

Product Descriptions :-

  • Recommended from birth and up
  • Holds up to 18kgs
  • Five-point safety harness for maximum security
  • Umbrella fold *yang penting, muat kereta myvi*
  • Carry handle for easy portability
  • Height adjustable shoulder straps
  • Lockable, front swivel wheels
  • Shopping basket hold up to 3.5kgs
  • 4-position seat recline *baby boleh tidur*
  • Stroller Weight: 7.2kgs *boleh dikira ringan la*

ECE 44.04 Approved Standard
ISO9001:2000 CertifiedSpecifications:-

Product Weight: 7.20kg
Packaging Dimension: 27cm (L) x 20cm (W) x 109cm (H)
Packaging Weight: 8.30kg

Kereta persona lagi muatlah..kereta myvi ngam-ngam ja muat..still ada space separuh..sebab boleh lipat macam payung kan..i like..


muka "weird" sambil berkata :: atas apa saya duduk ni..cam best ja..!!hehe..


Test dulu dalam rumah..Alhamdulillah ok ja ..
Satu ja kurangnya stroller ni..dia punya material kasar sket..so kena beli alas lapik stroller tu..brand bumble bee ada jual..macam dalam gambar kat atas tu..

Malam tu jugak bawa Aisy keluar makan..Nyenyak ja dia tidur dalam stroller tu..hehe..

D'One Steak Restaurant

Minggu lepas tok dan wan Aisy datang kajang..Ayah saya ajak makan di D'One Steak Restaurant ni sebab dia ada terbaca dalam paper..siap bawa keratan surat khabar tu lagi..punyala nak makan kat sana..hehehe.... Saya memang dah lama perasan tempat ni..tapi tak pernah pun nak singgah..So dah ayah ajak..meh la kita terjah..


Menu yang ada..jom order!


Aisy nak posing dengan tok..


Ni saya punya..steak combo..RM15.90..Sos dia sedap..udang ok..cuma steak liat skit..nak cepat kot dorang masak..ramai sangat orang..


Ni mama punya..Grilled Fish RM8.90..Sedap..tapi biasalah..ikan tu ada bau skit..mungkin tulah fungsi limau dalam hidangan ni kot..


Chicken cordon bleu RM9.90..Ni en.suami dengan adik order..En.suami kata sos dia kurang kick..tapi adik belasah makan licin je..hehe..

Ayah saya order spagethi tomyam & blackpaper steak..

Pada saya harga sangat berpatutan..service pun ok..cepat!.cuma daging steak kalau tak liat sangat mungkin terbaik..Kalau korang nak datang sini roger la saya..dekat je pun dengan rumah...hehehe..

Monday 19 November 2012

3 month: Injection

Hari Khamis lepas bawa Aisy cucuk ..Sebenarnya dah lewat seminggu dari waktu appointment tu..kalau ikutkan nak bawa Aisy cucuk di KPJ..Dr. kat situ BEST..tapi memandangkan public holiday ..Dr. off jugak la bercuti...Terpaksa bawa jugakla Aisy pergi cucuk kat KPMC..macam sebelum-sebelum ni jugak..Dr. kat situ cek macam tak nak cek ja..Kecewa sangat..anak dah 2 bulan batuk kahak tak baik-baik..bila kita mengadu..boleh dia pegang-pegang sikit..ok sudah..hoi hoi hoi!!!!! *sabaqq ja la* ..Nasib fikirkan anak nak kena cucuk ja ..So far, cucuk kali ni macam sebelum ni jugak..nangis seminit ..lepas tu ok balik..*Good Boy*


Sekarang asyik nak duduk menegak ja..kalau saya baringkan sikit..mengeras ja badan dia nak menegak..Amboi! Dalam usaha nak meniarap..tapi belum berjaya lagi..Good luck anak mama!! 
Sekarang suka sangat masukkan jari dalam mulut..bukan ibu jari ja tau,..semua jari ok..hurm!..Dah pandai nak borak..ramah betul..kalau masuk kat kedai mana-mana time mama shopping..suara dia la yang paling ramah kat dalam tu...hehehe..


Mama, i'm ready for 3 month injection *Sensored*

Sayur Campur Grill

Dikala tekak kepingin makanan sihat. Inilah hasilnya..bahan-bahan: apa sahaja jenis sayuran kegemaran kalian.. olive oil..blackpaper..garam secukup rasa..tidak dilupa, tempat men'grill'..nak tambah sosej pun boleh..

Jemput makan yaaa...

Friday 16 November 2012

Doa awal tahun hijrah

Doa awal tahun hendaklah dibaca 3x selepas magrib pada 1 Muharam

Dikesempatan ini saya nak ucapkan Salam Maal hijrah pada semua kaum muslimin dan muslimat..Semoga tahun baru ini memberi 1001 kebaikan buat semua..Buang yang keruh dan  ambil yang jernih..

Online Shopping

Sejak dua menjak ni tangan laju je nak klik klik shopping online..Tapi best jugak kan ..tak perlu nak ke kedai..klik klik je ..2,3 hari barang sampai..Harga online pun kadang-kadang jauh lebih murah dari kat kedai..tapi charge nak pos tu harus ada dan umpama duit minyak la..tapi berbaloi-baloi..hehehe..


Ni yang latest saya order..Sekali sampai dua parcel gitu..*tamak*.. Sampai pulak kat alamat office en.suami..Pengsan dia tengok isteri dia shopping tak ingat..Nasib baik duit isteri yang keluar..kalau en.suami yang keluar..mau mengaummm manja dia..hehehe..


Yang dalam kotak tu shopping untuk anak je..Borong botol dan storage bag untuk buat stok susu..

**Busy sangat hari ni..nak siapkan report..nak prepare data untuk audit ..dah nak hujung tahun..huhu..tapi sempat plak update blog.Amboi! **

Tuesday 13 November 2012

Adventures in Chocolate

Kisah pasal coklat tak habis lagi..Kalau pergi Langkawi, wajib beli coklat ni..sebab dalam satu pack macam-macam perasa ada..dengan saiz yang kecil ..comel ja..nak makan pun sayang*Over!*


Inilah antara coklat yang ada kat dalam tu..Macam perfume plak kan coklat ..siap ada miniature..


Monday 12 November 2012

Burger Bakar Sungai Ramal

Baru-baru ni tengok kat facebook cousin upload gambar burger bakar sungai ramal kan..Terbakar la hati ni nak merasa..sedap ke tidokkkkkk?haha..Terus ajak en.suami pergi..sanggup tu redah hujan semata-mata nak beli burger ni.. Saya order burger daging cheesy..Harga RM10.50..
*Gulp!! Makan hari-hari ni mau bankrup*


Inilah dia burger bakar itu...Memang sedap..banyak sos dia..yang paling penting sangat cheesy..melimpah-limpah uols! *Sila terliur* Daging agak tebal CUMA..CUMA.. Daging tu kalau bakar lama skit lagi OK kot sebab bila makan macam ada biji-biji daging tak berapa masak..yang lain semua perfectoo!


Jemput makan..

Cara nak handle stok EBM ketika travel atau tiada elektrik

Nak dijadikan cerita, saya ada baca notis mengatakan satu apartment ketiadaan elektrik satu hari bermula 11 pagi sehingga 4 petang.*Stress* Kebetulan minggu tu en.suami outstation. *Triple Stress*.. Jadi puas saya google tentang cara nak handle EBM beku ni..Tapi tak jumpa pula cara nak handle bila tiada elektrik kan..Google punya google jumpa la Cara nak handle stok EBM beku ketika perjalanan jauh..

Bahan-bahan *macam nak masak pulak*
  • Ais 10kg bergantung pada kuantiti susu
  • Garam Kasar
  • Tuala
  • Surat Khabar
  • Tape
  • Kotak polistrin putih yang orang isi ikan@ org berniaga guna
Cara-cara

  1. Lapik kotak polistrin dengan surat khabar dibahagian bawah
  2. Masukkan Ais dengan ketebalan 3-4 inci *pandai-pandai agaklah*
  3. Tabur garam kasar diatas ais
  4. Susun susu diatas ais tersebut



  5. Masukkan ais satu lapisan diatas susu.
  6.Tabur garam kasar * untuk melambatkan ais cair*
  7. Ulang step 4 hingga 6


  8.Selepas dah selesai letakkan surat khabar diatas susunan susu dan ais tersebut
  9. Letakkan tuala lembab di lapisan paling atas



10. Tutup kotak *ni pun nak ajar ke?ceit!*
11. Letakkan tape disekeliling untuk menghalang udara dari masuk.


Alhamdulillah..
Dengan izin Allah, EBM@susu beku saya bertahan tanpa seditkit pun cair selama  7 jam..
Syukur Alhamdulillah..
Cara ni juga boleh praktikkan untuk perjalanan jauh yer..
Selamat Mencuba..

Friday 9 November 2012

My Favourite


Inilah *BUAH TANGAN* dari en.suami untuk saya dari pulau langkawi..*Terima Kasih Abang*.Macam tau-tau je kan si isteri punya favourite..*Hati bunga-bunga*..Sungguh sweet en.husband belikan coklet yang sweet itu..Meh la melantak coklet sweet itu *Hancur DIET ek?*

Thursday 8 November 2012

Carseat Sweet Cherry untuk Anak

Carseat ni kami beli 3 hari sebelum saya bersalin..Nasib baik sempat. Carseat pilihan kami adalah 
Sweet Cherry -Eternal Carseat (Red)..
Net weight : 6.4kg
Features:
  • Combination seats which suitable for newborn to 4 years old 
  • Rear facing position only for newborn to 13kg (approx. up to 12 months). (Please refers to product manual for safety alert and installation). 
  • Forward facing for child whose weight from 13kg to 18kg (approx. 1 to 4 years). 
  • 3-height reclining backrest. 
  • Extra infant head support is provided.

Masa beli ni dapat diskaun 20% kat Manjaku Bangi..*berbaloi-baloi*. Mula pakai carseat ni masa Aisy berumur 50 hari...kira newborn la kan?? Salah satu sebab beli SC ni sebab boleh pakai mula dari newborn sampai 4 tahun..Selain itu, mama nak bawa Aisy jalan-jalan dan lebih terjamin keselamatan anak mama dengan carseat ni..Selain tu harga berpatutan dan mampu milik.Material selesa untuk baby..So far, Aisy behave sangat kat dalam tu..siap tidur lagi..*lega mama*..

Setakat hari ni memang berpuas hati dengan carseat ni...Sangat berguna bila hantar Aisy pergi nursery dan jalan-jalan..Kadang-kadang sampai tertidur-tidur dalam tu..Cuma kadang-kadang je bila Aisy lapar.Dia akan gigihkan diri nak keluar dari seatbelt tu..hoho! Kesimpulannya, pastikan anak-anak kalian kenyang sewaktu nak letak atas carseat itu..Sekian.

Menanti KepulanganMu

Menanti kepulangan teman sehidup semati dari outstation. Dah seminggu berdua sahaja dengan Aisy ditemani adik dan sepupu..Aisy rindu papa dah..Mama Aisy pun rindu..Dijangka tiba pada petang ni. 
Can't Wait!!
"Abang bawa balik buah tangan kan?? eh!!

Wednesday 7 November 2012

3 Month: Muhammad Aisy Iskandar

 Hari ni genap 3 bulan anak mama..Cepat sangat masa berlalu..Sekarang anak mama dalam percubaan nak meniarap..sebab kepala asyik nak berangkat ja kalau mama baringkan..Tidur pun dah lasak..Sebelum tidur letak elok ja atas bantal, bila bangun tidur ,mama tengok kepala dah turun ke bawah bantal dah..Dah pandai ketawa bila main dengan dia.. Kalau time nak tidur, dah pandai nak merengek-rengek dah. Kalau mama letak ja nangis, kalau mama dukung elok ja anak mama senyum sampai telinga..Dah pandai nak pegang botol sendiri..Dah pandai nak main dan tengok tv.. kalau tengok mama tak da, mulalah tercari-cari.

Syukur sangat, senang nak jaga anak mama ni. Alhamdulillah.. Mama doakan semoga anak mama membesar dengan sihat. Dah hampir sebulan jugak batuk dan kahak tak baik-baik lagi..*Risau*

Tuesday 6 November 2012

Permainan Bayi


A soft Lamaze friend for baby to grow with..
High-quality velour fabric. Underside measures baby up to 24". 
Fun rattles, squeaks, crinkles and jingles with interesting textures to touch and chew. 
Plays a music when the inchworm's head is hugged..

Interested??
Email at izzatiasyraf78@gmail.com

Price: RM 25.00
Exclude Postage

C.O.D within Area: Bangi and Kajang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015