Wednesday, 7 November 2012

3 Month: Muhammad Aisy Iskandar

 Hari ni genap 3 bulan anak mama..Cepat sangat masa berlalu..Sekarang anak mama dalam percubaan nak meniarap..sebab kepala asyik nak berangkat ja kalau mama baringkan..Tidur pun dah lasak..Sebelum tidur letak elok ja atas bantal, bila bangun tidur ,mama tengok kepala dah turun ke bawah bantal dah..Dah pandai ketawa bila main dengan dia.. Kalau time nak tidur, dah pandai nak merengek-rengek dah. Kalau mama letak ja nangis, kalau mama dukung elok ja anak mama senyum sampai telinga..Dah pandai nak pegang botol sendiri..Dah pandai nak main dan tengok tv.. kalau tengok mama tak da, mulalah tercari-cari.

Syukur sangat, senang nak jaga anak mama ni. Alhamdulillah.. Mama doakan semoga anak mama membesar dengan sihat. Dah hampir sebulan jugak batuk dan kahak tak baik-baik lagi..*Risau*

2 comments:

Hani Syahani said...

ya robbi...cutenye dia..

mdh2an cepat sembuh batuk tu ye,sian mama awk, risau dia..:))

Izzati Asyraf said...

Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015