Monday 12 November 2012

Cara nak handle stok EBM ketika travel atau tiada elektrik

Nak dijadikan cerita, saya ada baca notis mengatakan satu apartment ketiadaan elektrik satu hari bermula 11 pagi sehingga 4 petang.*Stress* Kebetulan minggu tu en.suami outstation. *Triple Stress*.. Jadi puas saya google tentang cara nak handle EBM beku ni..Tapi tak jumpa pula cara nak handle bila tiada elektrik kan..Google punya google jumpa la Cara nak handle stok EBM beku ketika perjalanan jauh..

Bahan-bahan *macam nak masak pulak*
  • Ais 10kg bergantung pada kuantiti susu
  • Garam Kasar
  • Tuala
  • Surat Khabar
  • Tape
  • Kotak polistrin putih yang orang isi ikan@ org berniaga guna
Cara-cara

  1. Lapik kotak polistrin dengan surat khabar dibahagian bawah
  2. Masukkan Ais dengan ketebalan 3-4 inci *pandai-pandai agaklah*
  3. Tabur garam kasar diatas ais
  4. Susun susu diatas ais tersebut



  5. Masukkan ais satu lapisan diatas susu.
  6.Tabur garam kasar * untuk melambatkan ais cair*
  7. Ulang step 4 hingga 6


  8.Selepas dah selesai letakkan surat khabar diatas susunan susu dan ais tersebut
  9. Letakkan tuala lembab di lapisan paling atas



10. Tutup kotak *ni pun nak ajar ke?ceit!*
11. Letakkan tape disekeliling untuk menghalang udara dari masuk.


Alhamdulillah..
Dengan izin Allah, EBM@susu beku saya bertahan tanpa seditkit pun cair selama  7 jam..
Syukur Alhamdulillah..
Cara ni juga boleh praktikkan untuk perjalanan jauh yer..
Selamat Mencuba..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015