Friday 30 December 2016

December 2016 : Suprise Dinner for Anniversary at Floral Kafe Kuala Lumpur

Major throwback la sebab cerita setahun yang lalu. hahaha.
Baru nak update sebab tengah counting for our 7 year anniversary. Cewah.

Last year en.suami buat suprise dinner for the 1st time kat luar.
Memang betul-betul suprise.haha.
Selalu bininya yang terror bab2 suprise ni. haha.
Tapi last year sebab tengah mabuk kepayang sebab nak dapat adik baby kan.
So tak da mood nak suprise bagai.
Tapi petang tu en.suami suruh siap nak ajak kelaur makan.
Masa ni aisy kat kampung. So alisya je ada. 
Bila tanya nak makan mana? Dia kata pusing-pusing KL ja dulu. cis! 

Rupanya ke FLORAL KAFE. Dari luar pun dah cantik restorannya.
Masuk dalam lagi lah cantik.
TQ en.suami. I is terharu. haha. Entah bila dia tempah semua tu.

 

Candle light dinner with seketul budak busuk yang sangat behave selama 10 minit jew. Haha.


Alisya duduk sebelah papa. Papa bagi chance mama melantak puas-puas dulu.
Makanan semua sedap-sedap. Dari western food dia sampai la ke desert. PUAS HATI!!
En suami order western food kombo ke apa tak tau la.
Yang pasti dalam plate tu ada chicken chop, ada lamb chop, fish n chip, spagethi etc.
 Semua ada dlm satu plate. Semua sedap!
Desert puding karamel pun sedap.


Kek anniversary pun ada. Terbaik! Masa ni dah tak larat makan.
Lepas tiup lilin mintak tapaukan.hihi.



Nice deco. Romantik!



Staff floral kafe siap snap gambar dan masuk kat FB untuk kenang-kenangan. 
Siap suruh posing lagi uols.haha.
Korang yang nak tau pakej apa yang ada boleh la ke facebook  floral kafe.




TQ en.suami.
Counting for our 7 year Anniversary. L.O.V.E.

Monday 19 December 2016

Mee Udang Sg Dua

August 2016: Celebration Aisy 4th Birthday at School





Thursday 8 December 2016

Pisang cheese sedap di Bangi - The Pisang Cheese

Sebenarnya Pisang cheese ni memang favourite cik tie. Memang alergic kalau nampak harus nak terjah pergi beli. Kebanyakkan pisang cheese yang ada area bangi ni semua dah try. Dan baru ni tengok kat IG ada  pisang cheese baru buka..Iaitu The Pisang Cheese ni .  Terus cik tie terjah. The Pisang Cheese ni dekat Restoran Barra di Bangi. Landmark. Berdepan tasik cempaka bangi..



Menu yang ada. Favourite Cik Tie Salted Caramel n Choclate Cheese.
So far memang memenuhi citarasa sebab cheese dan topping  dia banyak. Tak kedekut.
Selalu kalau beli mesti ciput jer letak . Tapi the pisang ni punya topping n cheese memang tutup habis goreng pisang tu. Nikmat betul makan..Cheese dia pulak sedap!


1st time order waktu ni. Order dua perisa terus..Sebab nak rasa..
Lepas dah rasa asyik muka cik tie je hari-hari kat gerai ni.hihi


Ni paling favourite.. Salted Caramel Cheese..

Uols yang area bangi boleh la try.. Confirm repeat datang lagi.
Cik tie tak de komisyen pun iklan ni tau..Tapi sebab sedap harus letak kat blog.
THE PISANG CHEESE terbaik
Cik tie bagi 5 bintang! :)
 

Wednesday 16 November 2016

Trip ke Cameron Highland - Day 2 (Last)

 Hari ke-2 bangun awal dan terus keluar breakfast kat area tanah rata... Nasi lemak apa tah. Famous jugak. Ramai orang. Lepas breakfast , kitorang terus ke Kea Farm.. Nak borong sayur.hihi..


Little princess mama dah boleh jadi geng SELFIE mama..hihi..


Familia
 

Pusing-pusing kejab tengok apa yang berkenan..Geram tengok sayur segar-segar..Murah pulak tu..
Beli jagung madu jugak..Sedap

Masa kat Kea Faram ni aisy ajak singgah kat Kea Garden ni..Macam menarik je..
Singgah kejab ambil gambar .

Alisya tu kemain nak PEACE!hihi..


Lepas ke Kea Faram, balik ke hotel kemas semua barang dan check out..Dah selesai check out kitorang singgah kat taman area Tanah Rata tu..Tak ingat lagi nama tempat tu..haha..Kat sini ada playgound dan replika "giant" sayur dan buah kat sini..


Aisy request nak posing kat sini..
 

Adik & Abang=Sibling

  
Bawa anak-anak main sekejab kat playground. Lepas tu nak repeat sekali lagi pergi The Big Red Strawbery Farm..Kalau 5 hari kat sini..Kelima-lima hari pun mesti nak datang lagi..nasib baik 2 hari je..haha..

 Repeat 3 menu ni je..Sebab masih kekenyangan breakfast pagi tadi..
Nyummy!
 
 Kat sini beli salad jugak..Murah!
 

Gambar kenangan kat sini..Dah puas lepak-lepak kat sini..Kitorang bertolak balik..


On the way tu singgah makan tengah hari di Nasi Bamboo Sungai Klah..
Sedapnya..Restoran ni dah tukar ke lokasi baru yang lebih luas ..Memang full house!
Tapi tersusun..Tak puas makan Tapau bawa balik sekali..haha..Memang dasar!

Thursday 10 November 2016

Trip ke Cameron Highland - Day 1


 Bulan lepas ada family day di Cameron Highland..
Mama dah aim nak makan strawberi dan borong sayur la apa lagi..
Pergi 2 hari 1 malam je..Memang dah aim tempat yang nak pergi je..
So tak rushing sangat..Santai-santai je ..


On the way nak ke Cameron tu kitorang singgah sekejab di Air Terjun Lata Iskandar..
Singgah amik gambar je pun..hihi..Last year datang tak singgah pun sebab ramai orang..



Sampai je terus tuju port wajib kalau datang Cameron Highland iaitu The big red strawbery farm berdekatan pekan berinchang.. Masa ni dalam pukul 12 dah start ramai orang..So terus beratur dan order..

Meyelerakan betoi masa ni sebab sejuk2 terus jadi lapar.
**bukan spesis sentiasa lapar ke?haha..

Waffer strawbery tu paling WIN..Salad pun sedap dan segar..Eh semua sedap la...
Kali ni rasa strawbery dia manis .Dulu datang masam nau2....
Terus beratur lagi sekali order Strawbery Coklat..hihi..
 
Dua beradik ni dah besar excited la kalau bawa jalan-jalan.


Strawbery Coklat..Sedapnya tengok gambar ni..


Alisya pun suka  makan strawbery.. 


Aisy kat belakang tu..Bukan main suruh ambil gambar dia..

Selesai isi perut kitorang check-in hotel...Rehat dan solat..
Petang sikit baru keluar ke Pasar Malam Berinchang..
Borong strawbery, coklat , udang goreng tepung, cucur ubi manis bulat2 tu , air jagung dll..
Makan sementara nak tunggu dinner family day malam tu..

Balik hotel rehat kejab dan bersiap-siap untuk dinner..Makan di restoran thai. 
Lepas dinner kitorang pergi lagi sekali Pasar Malam berinchang tu..
Sebab nak repeat beli cucur ubi bulat2 tu warna purple n oren..Lupa snap gambar..
Serius sedap sangat..


Kat pasar  ni Try rasa "sea coconut" ni..Tapi better la minum air dia..Sebab tak rasa apa pun bila makan buah camtu je..haha..Manis pun tak apa pun tak..haha..


Aisy makan jagung..Lemak manis..

Day 2..Bersambung..hihi..


Tuesday 8 November 2016

Roti Puri dan Jalan-jalan di IOI City Mall Putrajaya

 Suka datang sini IOI City Mall Putrajaya ni sebab dekat. 
Dan banyak kedai makan best2..haha..
Biasa kalau bawa anak-anak kalau jumpa mainan bawah ni mesti PAU nak naik..hihi..


Thomas n Friend.
 
Ni mama suka sebab dapat join sekali..haha
Train ni pusing-pusing tak sampai 5 minit pun dalam tu..
Tapi of cos buat anak-anak happy tak sangga orang kedah kata..haha
 

Sebelum ke IOI tu singgah breakfast roti puri kat kedai mamak kembar presint 9.
 Lupa nama..tapi femes kot restoran ni..haha.. 


Friday 4 November 2016

Riadah di Tasik Titiwangsa dan Nan Cheese RSMY

Cerita 2 bulan lepas kot..Ampun! haha.. Masa ni weekend en.suami bawa riadah disini..Cadangnya nak naik basikal kat sini. Tapi sampai pun dah lewat sebab susah bebenor nak dapat parking..Ramai sungguh umat manusia..Next time harus datang awal.. Best tengok macam-macam jenis basikal untuk disewa..Naik 4 orang pun ada..2 dewasa 2 budak2..Harus try nanti..

 

Sampai je...belikan aisy mainan buih2 ni..
Kalau tak beli asyik berzikir je la kat telinga mama n papa..


muka puas hati dapat apa yang dihajati..


Mama pulak tengah menikmati sengkuang calit .hihi..Dapat makanan duduk diam-diam..hihi..

Nak dekat magrib tu solat siap-siap kat tasik tu terus dinner kat RSMY House of Real Beriani di Medan Tuanku KL. Dah lama jugak ni pun berzikir kat en.suami nak makan nan cheese kat sini..Dapat jua akhirnya..Last makan time pragnant kat Alisya..hihi


Order nasi beriani ayam untuk anak-anak 
 

Dan semestinya The best Nan cheese in town..Makan dengan KEEMA..Sedap bangat..
Bila ntah boleh repeat lagi..Tunggu pregnant kot request apa semua dapat on time..haha..
 

Thursday 3 November 2016

Resepi Roti Titab

Ceritanya teringin nak jalan-jalan di Kelantan. Google la apa yang best kat sana..
Sekali ternampak roti titab kat kelantan ni..
Google punya goole jumpa resepi walaupun sap2 soi nak buat.Tetap mak google..haha.

Bahan-bahan
ROTI
KAYA
TELUR
MAJERIN

Cara-cara
1) Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih
2)Rendam telur selama 10 minit dan tutup periuk dengan penutup
3) Cukup 10 minit , buang air panas dan rendam telur dengan air biasa
4) Sapu majerin pada roti dan bakar
5)Pecahkan telur di tengah2 roti dan letaklah kaya dipenjuru
SIAP


 
 Roti Titab inspired by Kopitiam Kita..haha..

Makan pulak dengan kopi..Apa nak dikata..
 

Selamat mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015