Monday 25 May 2015

Aisy bercuti dengan tok dan wan

Lepas balik dari melaka haritu..tok dan wan ajak aisy pergi melaka sekali lagi..
Kebetulan ayah saya ada kerja kat sana..so macam biasa mama ikut ayah sekali..
So mama decide nak bawa cucu dia sekali buat teman sementara ayah kerja..
Aisy bila nampak tok dan wan datang awal2  lagi cakap nak ikut..
Suka la aisy dapat jalan2..


Tok dan wan kata aisy behave baik2aja kat sana..
Lega mama dengar nak oii..rindu sangat walaupun aisy pergi 4 hari je..

Siap request kfc masa pergi shopping mall..
Suka dapat main playground..
Tok ajar potty training masa dalam hotel..
Elok je train tiba2.. dia mintak pakaikan pampers..rupany dia nak berak,.
Tok kata nasib baik pandai pula mintak pakai pampers..
Kalau tak habis berbau satu bilik..hihi..

Good boy aisy..nanti boleh ikut tok dan wan jalan2 lagi..heee

Wednesday 20 May 2015

Resepi makaroni goreng mudah



Bahan-bahan

1-makaroni
2.cili kisar
3.bawang putih
4.bawang holland
5. Daun bawang
6. Tomato
7. Sosej
8.ayam cincang
.9.garam n gula secukup rasa


Rebus macaroni dan letak tepi


Goreng sosej dan ayam cincang 
Masukkan bawang & cili kisar..
Bila dah naik minyak..masukkan makaroni dan bahan2 lain..
Kacau sebati dan biarkan masak seketika..





Siap makaroni goreng versi campak2..


Aisy suka sangat..aisy bagi 5 bintang...

Saturday 9 May 2015

1st time sign report card aisy


Last month untuk pertama kalinya ada perjumpaan dengan ibu bapa kat taska aisy...
masa teacher dia tanya kehadiran tu..memang confirm kami datang ..




Dua2 mama papa yang excited lebih..hihi..
Kitorang tak ambil cuti pun..mintak keluar office sekejab pukul 1230 tengah hari tu..


Masa sampai ni tunggu sekejab sebab ada waris yang dtg lagi awal..
Masa kami dtg ni semua murid tengah tidur..
Elok je semua tidur kat tempat tidur masing2..
Baru excited nak jumpa aisy..sekali tidur daaa.


Hasil kerja aisy..good job anak mama..


Ni la techer aisy..teacher gi dan teacher hana..
Dalam file tu la report segala aktiviti dan perkembangan aisy..
Alhamdulillah..aisy sangat bijak pandai...amin...kata2 tu doa..



Lepas tu terus lunch dengan en suami di sup urat keting bangi..lama sangat tak makan..
Sedapnya hirup sup tu...Dah selesai makan terus masuk office balik..
1st experience sign report card anak kat taska.
.ohsemmm sangat.walaupun anak baru taska.
.tapi excited macam nak amik spm mak nya pun..
mungkin time spm nanti tak tidur malam pkkan result...hihi..

Friday 8 May 2015

Lunch date di ioi mall putrajaya



Dah lama tak dating berdua je semenjak ada anak ni...Baru2 ni kebetulan sama2 cuti..
jadi anak2 hantar nursery kejab bagi peluang mama papa dating yer..hihi.
Pergi ioi mall putrajaya je..dekat dengan rumah..

Lepas zohor baru keluar..pagi tu kemas2 apa yang patut sebab 
baru balik dari kampung cuti hari pekerja dan wesak tu..
Sampai2 je terus cari tempat makan nak lunch..
Kami makan di tony romas..dah lama teringin nak try ribs dia..sedap katanya..


Muka happy dapat jalan2 cari makan



Menu pilihan..ribs tu memang lembut dan sedap..cukup rasa..
onion ring tu pun terbaik..sedap juga..
Yang lain2 biasa2 saja...portion memang banyak..
kitorang siap tapau bawa balik sebab tak habis..


Yang bestnya kat sini ada macam2 jenis sos..boleh request..




Roti ni free je mkn dgn butter..

Lepas makan jalan2 cuci mata window shopping..
Lepas tu teringat wondermilk cupcake dah ada kat ioi mall putrajaya..
Tanya dengan receptionist je kat mana..sebab mengah kot nak cari satu2 kat mana..
Rupanya kitorang dah kat level tu..wondermilk tu sebelah guess store...



Sedap sangat cupcake dia..satu rm4.50...agak pricy..
tapi berbaloi dengan harga sebab sedap...
Deco kat wondermilk ni pun menarik..boleh la bawa anak2 dtg sini nanti..

Lepas puas jalan2 ..terus pergi amik anak2... Nama je dating berdua.
Tp dok teringat anak2..Borak2 pun pasal anak..
tengok brg pun tgk brg anak..mcm ni la mak2 kan.,hihi...



Love..*muntah ijau*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015