Thursday 30 May 2013

JJCM @ Restaurant Johny Steamboat Alamanda

Jom tengok Aisy nak order apa untuk mama dan papa makan..


Pusing kiri--"Mama nak yang mana???"


Pusing kanan-- "Papa pulak nak yang mana" 



Macam-macam pilihan ada..


Ini dia yang Aisy pilih untuk tekak mama & papa..Propa sangat!


Sos sedap..

Kalau datang Johny ni tak pernahnya kosong..Setiasa ramai orang..
Boleh pilih set @ ala carte..Selamat Mencuba..Bebaloi sebab sedap!

Wednesday 29 May 2013

Shopping Barang Dapur & Solid Food untuk Aisy


Shopping barang dapur kali ni dekat Carefour Alamanda..Memang jarang sangat beli kat sana sebab kalau weekend memang ramai orang.. Jadi sebab dah alang-alang nak makan steamboat johny hari isnin tu *tak habis-habis steamboat* ..Terus la shopping barang dapur kat sini..

Balik ja dari beli barang..Terus bersilat kat dapur buatkan stok makanan Aisy..
Buat 3 jenis ja..
1) Puree Plum
2) Puree Pears
3) Kentang+Brokoli+Cheese


Buah Plum & Pear ready untuk dikukus

Pemilihan buah plum dan pears ni nak bagi Aisy senang poo poo..Sebab lately ni najis dia macam pejal semacam..Lepas tu nampak muka aisy macam meneran ja setiap kali nak poo poo..
Kesian.


Blend dan ready untuk di frozenkan..


Menu ke-3..
Brokoli & kentang direbus..
Kemudian blend brokoli+kentang+ cheese+ Air suam@Susu ibu/fm...
Siap


Yummy!


Fuh fuh..!
Pukul 1pagi baru settle semua ni..
Esoknya pergi kerja mata panda..
Penat tapi puas sebab dapat sediakan makanan yang tak seberapa buat Aisy debab!

Tuesday 28 May 2013

JJCM @ Restoran Volcano Shabu Shabu Cyberjaya

BFF, Syida ajak teman buka puasa. Nak makan steamboat katanya...Dia yang bawa ke Restoran ni..Saya memang tak berapa familiar dengan area sekitar cyberjaya tu..So far, memang tak mengecewakan ..Kami ambil set seafood..Cuma tambah sayur n jagung..Boleh pilih jenis kuah..dan yang bestnya ada macam-macam jenis sos.. Kuah tu kalau masuk semua bahan-bahan dan letak sos baru terngkat..Kalau makan kosong camtu idokla sedap mana kan..hihi..

Nanti nak ajak en.suami datang pulak..Hari tu kami dengan anak masing-masing ja..Dengan Aisy tak nak duduk dalam stroller dan semua sudu pinggan mangkuk dia nak capai...Mama tak tenteram nak makan nak..huhu..Tapi tetap jugak habis sebab makan laju-laju..


Macam-macam ada


Pilih kuah tomyam dan sup ayam..


Tak pernah-pernah order air asam boi ni..Apakah??


Ambil 3 jenis sos ..Tu pun member yang ambil..Dia pun blur nak pilih sbb banyak pilihan sos..

Dah Dapat Makan Meatball Abang Burn

TQ en.suami yang mendengar permintaan isteri yang tekak dinasor 
Makan masa cuti hari wesak lepas balik Karnival Belia tu..
Macam biasa memang terjah Burger Bakar Abang Burn di Sungai Ramal Kajang ja..
Memang agak ramai beratur..Ingatkan kena tunggu lama nak tapau..
Sekali tak sampai 5 minit dah siap..i loikeee!


Meatball tu sangat juicy..Rasa lembut di dalam..So far ok lah..Kalau lebihkan sos dah cheese tu lagi terbaik..*gila cheese*..hahahah..Tapi kalau korang nak try better makan kat gerai lah..sebab bila tapau paham2 la..Kentang akan jadi lembik..hihi..


Tapau Burger Beef Cheesy jugak..Mana cukup makan meatball ja..hahah...Ni kongsi dengan en.suami..Sebab masa pergi karnival belia tu dah melantak laksa utara..haha..


Bila potong burger tu lagi nampak cheese melimpah-limpah..so sedap!

p/s: tapi tak boleh lawan meatball ikea..ops! larikkk!

Monday 27 May 2013

Weekend Housewife

Weekend lepas lepak kat rumah ja sebab en.suami kerja..Best kan dapat cuti 3 hari..Tapi sempat jugak la en.suami bawa pergi karnival belia putrajaya hari jumaat tu sebab dia kerja shif pagi..Mengah kot berjalan sebab byk gila booth-booth di sekitar presint 2 putrajaya tu..

Hari Sabtu tu masak spagethi ja..Hari Ahad pulak goreng ikan masin dan tapau sup..Bila suami kerja ni dapur idoklah berasap sangat..hihi..Selebihnya aktiviti masa weekend adalah melayan si kecik Aisy lah...Bukan main manja taik ulat lagi sekarang yer..Nak berkepit 24 jam..hihi..Letak dalam walker sekejab ja sebab saya nak makan..Terus menagis berjurai-jurai air mata..Sayu sangat tengok..Terus mama tak lalu nak makan..


Happy go lucky..


Masa mula-mula beli walker tu Aisy macam tak pandai sangat main..Aisy asyik tolak walker ke belakang..Lepas seminggu baru ok..Dah pandai tolak ke depan dan tepi...Good job dear..Lagi senang la Aisy nak explore satu rumah..


Bila Aisy buat muka kesian..Terus mama peluk kuat-kuat..
Try jugak ajar Aisy tengok buku Nomber dan ABC tapi dia lebih suka nak tepuk2 and gigit buku tu..hihi


Senyumanmu adalah terapi kebahagian buat mama dan papa...Muahxx!

Segmen Saya nak mini note pad

JOM JOIN SEGMEN!!


Syarat-syarat :
1.Follow blog Za.
2.Like GAMBAR dan PAGE .
3.Klik iklan NI
4.Buat entry tajuk Segmen Saya nak mini note pad,tempekkan banner dan backlink ke sini.
5.Hantar link entry korang dalam kotak komen post ni sahaja.

#Pemilihan 3 PEMENANG melalui random.
#Tarikh tamat 29/5/2013.
#Penyertaan melebihi 50 peserta,hadiah akan ditambah.

Thursday 23 May 2013

Service Breastpump Spectra 3


Dah 9 bulan lebih breast pump spectra 3 ni berbakti untuk saya..Sama macam umur Aisy la sebab memang saya guna dari Aisy lahir..Sebab Aisy memang tak direct feed..Adalah dalam seminggu macam tu dia nak DF..Lepas tu memang dia nak botol je..Mungkin salah saya introduce botol awal sangat disebabkan.........*Panjang ceritanya*

Back to the topic...Performance memang tip top..Tapi dah masuk 8 bulan ni dari bunyi slow ja dah jadi macam mesin jahit zaman 70an..huhu..Suck pun dah TAK smooth macam selalu...Bila sampai satu tahap dah give up sebab langsung tak rasa suction dia..Terus decide nak hantar service..Mula-mula ingat nak google dulu tempat mana nak service etc.. Tapi nak cepat punya pasal terus ja call no. yang memang dah dilekatkan kat Spectra 3 masa beli dulu..

Terus call no. bawah ni..

Katanya ..
  • Kalau nak service boleh hantar terus ke kedai dia di Subang..
  • Diorang ada tawarkan delivery hantar dan ambil pump..Charge RM30/delivery..Maksudnya kalau nak despatch ambil dan hantar ..Charge RM60..
  • Sementara diorang service tu boleh buat LOAN PUMP..Means: Bayar RM100 untuk deposit..Nanti bila pump dah siap service diorang akan tolak charge service dan pulangkan balance..Tapi dengan SYARAT: Kena beli filter tiub untuk elak air susu masuk dalam tiub RM10.40
  • Rate Service Charge dalam RM30-40..

So saya decide suruh diorang delivery "hantar dan ambil" ja pump..dan buat loan pump tu..
Jumlah semua RM 110.40
RM60 (delivery) + RM40 (Service Charge) + RM10.40 (Filter)

Lepas 2 Minggu baru dapat balik pump tu..Walaupun lama GILA..Tapi tak lah terasa sangat sebab ada loan pump tu kan..Kalau tak da pump tu mau meroyan jugak!.haha..

Wednesday 22 May 2013

Wordless Wednesday


Aisy Versi Senyum Tutup Mulut

Tuesday 21 May 2013

Konvokesyen Adik di UITM Shah Alam & Memori Konvokesyen Saya

Ahad lepas kami ke UITM Shah Alam untuk konvo adik ipar..Sesi sebelah pagi..Kitorang gerak awal..Pukul 730 pagi dah sampai...Sekarang dah tak payah naik bas macam dulu lagi setiap kali konvo..Cuma parking kat padang kawad tu, terus jalan kaki ke dewan baru sebelah Stadium UITM..Berpeluh jugak la jalan kaki, naik tangga..hihi..

Lepas mak dan pak masuk dewan..Kami terus breakfast kat gerai-gerai jualan tepi dewan..Lepas tu lepak lah kami dalam khemah tu tengok konvo.. Aisy sampai 2 kali tertidur..Nasib baik sesi pagi..Kalau petang mahunya Aisy tinggal ja kat rumah sebab cuaca panas..


Aisy sibuk nak nak pegang bunga pak tam..haha..

"Tahniah cek, dah konvo..masih jauh perjalanan lagi..lepas ni nak sarung jubah 1 line plak..Kalau ada rezeki sarung jubah 2 line plak..hihi..Selamat Maju Jaya"



Gambar atas ni macam Aisy pulak konvo..Topi sapa tah kat atas tu..


Saya dan Mother in Law yang sporting 



Gambar studio..
Aisy tu pandang saya  sambil berkata "Mama senyum macam dia pulak yang konvo..hihi"

Datang konvo ni teringat memori masa saya konvo dulu..Waktu tu jugak lah pertama kali en.suami dipertemukan dengan mama dan ayah saya..Dengan bangganya kenalkan time konvo..haha..Saya syak memang mama dan ayah terkejut gila masa tu..Sebab ayah sangat tegas orangnya..Jadi memang tak da nya saya nak bercerita dengan sapa saya berkawan..Tup-tup muncul ja hari tu..Nasib baik ayah ok dan sporting..Terus ajak en.suami (bakal) makan satey kajang petang tu.. Fuh fuh! yang saya ni plak punyanya tak senang duduk masa konvo sebab nak pertemukan diorang punya pasal..hihi.. Alhammdulillah , semuanya berjalan lancar waktu tu..


2009


Memori cinta abadi di hari konvokesyen ku*Boleh jadi tajuk novel daa!..
Saya & Cinta Hati..
Slim oh abang time ni..Mama pun..

SEGMEN : SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS

klik banner untuk join
Bismillah..
sebenanrnya,dah lama tidak membuat segmen memandangkan segmen sebelum ini agak kurang mendapat sambutan.Namun aku harap kali ini dapat sambutan dan supporters dari rakan-rakan semua!
SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS
Tujuannya:adalah untuk menambahkan bilangan followers(rakan2 )dan meningkatkan traffic blog:)
untuk yang ingin join :
  1. follow blog JIAKREATIFELT ok
  2. add aku di google +
  3. Buat tajuk entry : SEGMEN :SAYA NAK TAMBAH FOLLOWERS
  4. Tinggalkan link entry korang di kotak komen aku

TARIKH TAMAT PADA 31 MEI 2013
JOM JOIN SEMUA~!...^_______^


Monday 20 May 2013

One Woman Can Beauty Contest - Mary Kay

As-Salam

Attention ! Attention ! Attention !
Attention to beautiful blogger ! 



Sempena ulangtahun yang ke-50 Mary Kay, pihak Mary Kay telah menganjurkan contest yang bertajuk "One Women Can" Beauty Contest untuk wanita-wanita kat Malaysia ni..

So blogger perempuan boleh join contest ini.
Cungkilkan bakat dan kebolehan anda dengan menyertai "One Women Can" Beauty Contest ini !

Macam mana nak join?

Rebut peluang anda memenangi 1 x Mini Targeted Action Body Lotion and Mini Hand Cream in mesh bag & 1 x Nourishine Plus Lip Gloss bila anda membuat entry tentang contest ni.


atau

Anda kena buat 1 post berkenaan hebahan tentang "One Women Can" Beauty Contest ini,

- 10 post yang kreatif dan terbaik akan memenangi Produk Mary Kat bernilai RM1000
- 2 blog post yang terbaik dan kreatif akan dipilih untuk memenangi percutian ke Hong Kong
(3hari 2malam) bersama pemenang-pemenang akhir acara ini.

atau

Anda boleh mengikuti make over percuma bersama perunding kecantikan yang dilantik di setiap negeri yang terpilih dan menyertai peraduan kecantikan dan rebut peluang menjadi wajah Mary Kay
di Hong Kong !!

p/s : Rugi tak join ! Cubalah.. Rezeki


Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI..


ERAZ FADLI mengajak semua blogger untuk join Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 2.30 Petang pada hari Isnin - 20 Mei 2013 hingga pukul 2.30 Petang Rabu 22 Mei 2013.. 2 Hari!

DUA blogger yang bertuah akan mendapat Top-Up RM 5.. Pemilihan melalui Mr. Random.org.. Manakala SEORANG blogger akan direview blognya juga pemilihan melalui Mr. Random.org..
Syarat : -
  1. Follow blog Eraz, dan like Page E'raz Fadli.. 
  2. Buat tajuk entri Menang Topup dan Review Blog Bersama SEGMEN ERAZ FADLI..
  3. Copy coding code yang telah disediakan di SINI dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini..
# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini dikreditkan kepada blogger MiaLiana..

Meatball Abang Burn

Lately ni memang ramai bebenor blogger up cerita makan meatball Abang Burn ni..Best sangat ke ni?? Tapi burger bakar abang burn tu memang best lah..Sebab dah pernah try----> Burger Bakar Sungai Ramal

Dok bertasbih dekat en.suami nak try rasa meatball ni..Tapi tak dapat-dapat lagi..
Adakah boleh lawan meatball ikea??haha..



Credit: Website AbangBurn

Walker Pilihan

Finally, Aisy dah dapat Walker diusia 9 bulan..Yeay!! Walaupun ada pendapat mengatakan yang walker ni tak bagus untuk baby..Tapi kami sebagai mama dan papa ada reason tersendiri..Bukan nak letak anak sampai 24 jam walker tu pun..


Suka design ni..Bila tengok warna merah lagi triple suka..Mama dan papa ja suka..
Aisy suka ke tidokkk??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haaaaaaaaaaaaaa..ni bukti dia...Opkos la SUKA!!


Macam-macam mainan kat depan nun..Siap ada lagu dan lampu lagi..
Tapi haruslah letak bateri dulu..
Kusyen tempat duduk tu pun macam selesa..


Bawa kereta...Boleh convert untuk function rocker macam bawah ni jugak...


Walker pilihan kami untuk anak tersayang..

Sweet cherry : 2 in 1 Auto Walker
  • Suitable from 6 month above to 1 year old (not more than 12kg)
  •  Multi-height adjustment
  •  Compact and easy folding mechanism
  •  Removable electronics music and toys tray
  •  Swivel wheels for easy mobility
  •  Easily convert to ROCKING functions.
  •  A stepping mat is included

Walker ni beli kat JUSCO Mid Valley..Harga asal RM219.00.. Dapat pulak diskaun 20% ..
Berbaloi-baloi!..

Friday 17 May 2013

Hikmah disebalik ketentuanNYA

Saya percaya akan kata-kata dimana "setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya".. atau dalam kata lain.. Allah adalah perancang terbaik buat kita..

KISAH 1:
Masa darjah 6, saya ditempatkan di kelas pertama iaitu kelas A..Memang tak jangka masa tu sebab saya tau diri saya.. saya bukan budak pandai..2 bulan lagi nak UPSR, saya disuruh oleh cikgu kelas bertukar ke kelas B sebab markah bahasa english saya rendah.. Perasaan saya masa tu sedih sangat....Rasa takut pun ada nak bagitau mama dan ayah.. Sampai saat ni pun hal tukar kelas ni jadi RAHSIA saya tanpa pengetahuan mama n ayah.. .. Ingat lagi masa tu, setiap kali nak balik dari kelas tambahan, saya orang pertama yang keluar dulu..Sebab takut mama @ ayah nampak saya kena tukar kelas... Bayangkan 2 bulan lagi nak periksa.. Dengan nak sesuaikan diri dengan guru dan kawan-kawan kelas baru..Dengan rasa takut sentiasa ada sebab takut parent dapat tau hal tukar kelas.. Memang rasa down sangat! 

HIKMAHNYA: Dalam pada rasa down tu, malam-malam saya bangun solat tahjut..*Terima Kasih Ustaz masa sekolah rendah yang ajarkan saya *..Lagi nak dekat exam lagi rajin saya bangun solat mohon doa supaya dapat keputusan yang cemerlang.. Alhamdulillah..Saya berjaya dapat 3A,2B.. Walaupun tak full A.. Tapi saya rasa saya dah buat ayah dan mama bangga..Cikgu kelas lama pun terkejut dengan keputusan saya sebab ada beberapa kawan di kelas A yang dapat keputusan yang kurang memuaskan..Syukur sangat padaNYA..

KISAH 2:
Lepas tamat SPM saya lansung tak ditawarkan ke mana-mana IPTA..Sebab kuputusan SPM yang kurang memuaskan.Menyesal sangat waktu tu sebab tak usaha sungguh-sungguh masa SPM.. Ayahlah yang berusaha cari juga IPTS untuk saya sambung belajar...Lepas dah tamat peringkat sijil.. Saya mula sambung di peringkat Degree di IPTS yang sama..Masa tu memang nekad nak belajar sungguh-sungguh,,

HIKMAHNYA: Dalam jangka masa habis sijil tu .. Mama ada tolong saya isi borang UPU untuk sambung belajar di IPTA... Masa tu memang saya tak mengharap apa-apa ..Sebab takut kecewa..Tapi saya sentiasa berdoa agar diberi peluang belajar di IPTA suatu hari nanti..Walaupun saya tak pernah jangka akan dapat jejak ke IPTA pun.. Masa cuti semester sem 1 degree di IPTS tu.. Saya dapat surat dari UITM..Mula-mula memang sangka tu surat untuk kakak.. Sebab dia pun tengah mintak sambung belajar..Bila nampak nama saya pada surat tu.. Saya terkejut sangat dan bersyukur sangat Allah dengar rintihan doa saya.Allah nak saya reset minda untuk saya usaha bersungguh-sungguh dulu sebab saya tak bersungguh-sungguh masa SPM.....

KISAH 3:
Menyemai cinta hampir 3 tahun dengan jejaka pilihan hati waktu tu tiba-tiba putus di tengah jalan tanpa alasan yang kukuh.. Yang mana lepas tu saya dapat tahu dia ada perempuan lain..Dengan nak exam waktu tu..Sedih memang sangat sedih..Saya mengadu pada DIA..Mungkin semasa bercinta kadang kala saya jadi lalai..Saya balik pada-NYA..Saya pohon diberi kekuatan buat diri saya.. Alhamduliilah..Memang saya jadi kuat dan tak ambil masa yang lama untuk bersedih..Pada masa yang sama saya berdoa agar dikurniakan jodoh yang lebih baik buat saya..

HIKMAHNYA:
Alhamduliilah berjaya habiskan degree..Sementara tunggu tawaran kerja dan interview ..Saya jaga tok dan wan di kampung..Suatu hari saya dapat sms dari no. yang tak dikenali cakap nak berkenalan.. Saya memang malas nak layan dengan orang yang tak kenal..Tapi bila dia cakap dia kawan kepada kawan saya..Barulah saya respon..Sebab masa single tu adalah melawak dengan kawan-kawan lelaki suruh kenalkan kawan2 yang ok..hahaha..*noty*..Alhamdulillah, rupanya en.suamilah jodoh saya..dan yang peliknya sampai sekarang pun saya tak mengenali kawan pada en.suami yang kenal kan tu.. Pelik..! Tapi tulah dinamakan jodoh..Setahun 3 bulan mengenali hati budi masing-masing, kami mengikat tali pertunangan..dan 9 bulan lepas tu kami kahwin..Memang mudah sangat sepanjang urusan tu..Alhamdulillah..

KISAH 4:
4 bulan lepas berkahwin , saya disahkan mengandung.. Happy sangat tuhan saja yang tahu..Tapi di usia kandungan 8 minggu saya disahkan keguguran..Menitis air mata saya, sedih sangat..Tapi kami redha..Suami tak jemu bagi semangat..

HIKMAHNYA:
Rupanya  Allah hold dulu rezeki anak..Tapi DIA murahkan rezeki untuk beli rumah..Alhamdulillah lepas setahun berkahwin kami dapat beli rumah sendiri..dan pada  hari ulang tahun pertama perkahwinan kami, kami dikejutkan dengan berita yang mengembirakan iaitu saya mengandung sekali lagi..Alhamdulillah..

Saya selalu berpesan pada diri sendiri..Sentiasa bersangka baik atas segala ketentuanNYA kerana pasti ada HIKMAH disebalik apa yang berlaku..Walaupun kadang-kala kita nak sangat sesuatu benda tu..Tapi percayalah Allah adalah sebaik-baik perancang..

Allah berfirman:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)

Allah SWT berfirman:

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati menjadi tenteram."
(Surah Ar-Ra’du 13: Ayat 28)

Allah SWT berfirman:

"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu)."

(Surah Asy-Syuura 42: Ayat 30)

Credit: SINI

Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru



Selamat hari guru buat semua guru-guru dan pensyarah yang tak pernah jemu mendidik anak bangsa terutamanya ayahanda, bonda , kakak , teh, pak teh, mak ndak dan pak ndak.. Tak lupa juga pada semua guru-guru tadika ipda,skj,smkj,smkas,smkak,unisel dan uitm shah alam & guru-guru seluruh dunia

*Macam sedunia ja baca blog mama aisy.OVER disitu*..

Terima Kasih Semua. 

Wednesday 15 May 2013

Wordless Wednesday

Aisy versus Toys & TV





Tuesday 14 May 2013

Cucur Udang dengan Kuah Kacang

Bila kerajinan melanda *selalunya malas*, inilah hasilnya sarapan di hujung minggu.. Kebetulan semua bahan ada.. Tu yang semangat nak buat tu..

Bahan-Bahan Cucur Udang: Tepung gandum 10 sudu besar, Tepung jagung 2 sudu besar, Serbuk penaik 1 sudu teh, Garam gula secukup rasa, Udang, Bawang, Daun kucai, Air
Campur semua bahan dan goreng! *Tak payah ajar*hihi..

Bahan-bahan kuah Kacang: Pes kuah kacang + Air



Kuah kacang ready mate ja..Cuma tambah air dan masak..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015