Hari jumaat saya ambil half day sebab nak balik kampung untuk mengundi.. Sebab takut jammed plak kalau kelaur lepas kerja.. Masa dalam perjalanan Aisy nampak macam tak selesa..Kejab-kejab merenget ..Kejab-kejab menangis.. Tapi saya tak da syak apa-apa sebab badan tak panas pun..Saya pk mungkin boring kot lama dalam kereta..Bertolak awal pun still kena jammed di Penang selama 2 jam..Pitam dalam kereta..Masa dah sampai tu, saya sibuk angkat barang semua, pak bagitau rasa macam kepala Aisy panas sikit.Dalam hati: demam lagi ke..Asal balik kampung je mesti Aisy demam. Balik sebelum ni pun Aisy demam..hihi..Sejuk air-con kot..
Esoknya, masa nak mandikan Aisy, saya macam perasan dekat buntut Aisy macam ada bintik-bintik merah..Tak banyaklah dalam 4 bintik..Dekat kaki ada sikit..Mula-mula ingat nyamuk gigit ..Tapi pelik takkan gila kentang nyamuk boleh masuk sampai dalam pampers..hebat kot kau nyamuk! Tunjuk dekat mak mertua , dia kata nampak macam campak ja..Risaunya saya waktu tu..1st time katakan.. Bila dah tengah hari rasa kepala Aisy makin panas. Dan nampak dekat depan lidah Aisy macam ada bintik merah..nampak macam ulser pun ada...Terus ajak en.suami bawa Aisy jumpa dr.. Dan memang sah Aisy demam panas.. Suhu 39.2 ..Kena masuk ubat bontot.. Lepas tu tunjuk la bintik-bintik kat Dr.. dan Dr. sahkan Aisy kena HMFD..
3 hari jugak lah Aisy tak lalu makan..Kalau makan pun sikit sangat..Nasib baik susu boleh minum..Tapi sebelum minum tu kena sembur ubat bagi kebas dalam mulut yang dibekalkan masa jumpa Dr. tu.. Air liur tak payah cakap lah..Memang meleleh keluar ja..Basah baju.. Semakin hari nampak bintik-bintik merah makin banyak..Aisy asyik merengat ja malam-malam..Mungkin sebab sakit @ tak selesa..Nasib baiklah masa tu kat kg. Ada jugak mak dan pak tolong tengokkan..
Lepas dah 5 hari hari bintik-bintik merah tu dah kering tukar warna coklat..Tapi still ada lagi bintik-bintik merah baru.. Masa balik Kajang kami follow up di KPJ. dan Dr. sahkan Aisy tak ok lagi..Masih ada banyak ulser dalam mulut..Dan Dr. bagi surat untuk majikan. Saya sambung cuti sebab nak jaga Aisy kan..Penyakit ni berjangkit..Kang bawa pergi nursery habis berjangkit ..Alhamdulillah, hari ni Aisy dah sihat dan pergi nursery dah..Syukur sangat!..
Sampai sekarang tak pasti mana Aisy dapat menyakit ni..Adakah sebab bawa Aisy mandi swimming pool?
Adakah berjangkit dari nursery?Kalau betul sebab mandi swimming pool tu.. Serius rasa bersalah sangat! Dan serik nak bawa Aisy mandi swimming pool lagi..Serius!
Kat sini nak kongsi sikit pasal penyakit kaki, tangan dan mulut ni..
Ehsan : GOOGLE
Definisi dan Penyebab
HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.
HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.
HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.
Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.
Gejala Penyakit
HFMD datang dengan tumbuh ruam lepuh di tangan dan tapak tangan(macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.
Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.
Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.
Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-
Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan
Perawatan HFMD.
HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.
Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.
ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.
Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.
Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.
Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.
Elakkan Jangkitan!
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.
Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.
Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.
Jangan Panik
Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.
Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

1 comment:
Semoga aisy cpt smbuh...
Post a Comment