Wednesday 25 March 2015

Homemade Steamboat

Baru-baru ni en.suami belikan periuk steamboat dan grill tu..
Macam memahami pulak bini dia yang hantu makan steamboat ni..
Dah dekat sebulan cantik je masih dalam kotak..
Sampai la weekend lepas baru nak rasmi..
Sebab masa tu kebetulan en.suami cuti time weekend..



Pagi-pagi lepas breakfast saya bawa aisy pergi tesco cari bahan-bahan nak steamboat dan grill..En.suami kat rumah tolong jaga alisya..
Berpeluh jugak la tolak stroller sambil pegang raga nak beli barang..
Aisy mentidor je dari sampai tesco sampai la mama dia habis shopping..
Dalam pada tak cukup tangan tu tengok murah pulak pampers drypers.RM31.90.Rembat la satu untuk alisya..Padahal dah penuh tangan ni..
Nasib balik bawa stroller..Boleh la sangkut apa yang patut..





Ok balik pada cerita steamboat...Sampai je rumah terus sinsing tangan buat sup, perap ayam , dan prepare bahan2 dan buat 2 jenis sos..

Untuk sos pertama saya buat
Sos steamboat  ala johny yang famous itu..
Credit Resepi: Blog Aisyrania

Bahan-Bahan
10 biji cili merah (cili besar)
4 ulas bawang putih 
*5 sudu besar minyak bijan
*5 sudu besar sos ikan
*5 sudu besar cuka epal - saya letak cuka biasa je
*2 sudu besar sos tiram -tak letak sebab habis.huhu

*2 sudu besar kicap - guna kicap kipas udang manis
*1 sudu besar pati sunquick - tak de..guna jus limau subquick je
1/2 sudu kecil tepung jagung - tak letak sebab dah pekat
*1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak *tak letak
sedikit daun ketumbar - dihiris halus

Cara-cara
Blend cili merah dan bawang.. Kemudian campur semua bahan * dan masak atas api sehingga mendidih..Masuk tepung jagung kalau nak likat..last tabut bijan dan daun ketumbar..siap..



Sos kedua
Sos cili kicap

Bahan-bahan
Cili Hijau
Bawang putih
Kicap
Gula

Cara-cara
Goreng cili hijau dan bawang..Blend/tumbuk..Masuk kicap dan gula..siap..


Sup steamboat (stok ayam)

Bahan-bahan
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit minyak untuk menumis
2 ketul kuib pati ayam
Tulang ayam
1.5 liter air....or ikut suka banyak mana nak buat supnyer yer
garam secukup rasa - jika perlu
Hirisan daun ketumbar

Cara-cara
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan air. Bila dah mendidih masukkan kiub pati ayam dan tulang ayam kalau ada.  Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Bila stok dah masak boleh la masukkan bahan-bahan steamboat yaa...

Bahan-bahan steamboat ni ikut selera masing2 yer..


Untuk Grill pulak..

Bahan-Bahan
Ayam
Udang
Sosej
Daging

Bahan-bahan untuk perapan
Olive oil
Kicap
Serbuk Blackpaper
Garam
Gaul semua & perap..

Selamat Mencuba..Bebaloi-baloi makan kat rumah..
Boleh ulang makan sampai malam ..


#takpayahpergijohnyorseoulgardenmakansteamboat
#tektiksuaminaksavebudget
#takpayahurutdadatengokanakdokketuksudukatrestoran

Sunday 22 March 2015

Dinner di restoran thai tomyam kung ayer@8

Sebenarnya ni kali ke-3 saya makan2 di Ayer@8 putrajaya ni..
tapi selama datang tak pernah lagi try makan di restoran thai tomyam kung ni..
Malam tu ayah la recommend makan kat sana..

Kitorang sampai lepas magrib..Ada banyak kosong lagi..
Dok sekejab bertubi-tubi orang masuk untuk makan..
Tedetik dalam hati Mesti makan sedap ni..Tengok harga pun ok..
Tak mahal..tak murah sangat..Sedang2..





Ayah order tomyam seafood, siakap 3 rasa, udang goreng tepung,
sup ayam kampung dan ketam masak hijau(hentam je nama)haha..

Bila dah makan memang semua sedap sangat..
Patutla ramai orang..tak putus-putus..
Confirm mama aisy akan repeat makan kat sini..
Dah bagitau awal2 kat en.suami..hihi..




TQ ayah belanja kami dinner malam tu..Sempena birthday en.suami..
Semua sekali RM120++ makan 5 orang..Memang berpatutan..

Review hotel everly putrajaya

Dua hari lepas memang berulang alik putrajaya lepas kerja
sebab parent stay di Hotel Everly Putrajaya.
Pukul 11 malam baru sampai rumah..Penat memang penat tapi berbaloi
sebab balik-balik kerja boleh tengok muka mama dan ayah..
Tu yang sanggup ulang alik lepas kerja..
Untungla sapa yang stay dekat dengan family...huhu..




Hotel Everly ni bersebelahan dengan Alamanda Putrajaya..
Jalan kaki je dah boleh shopping..
Bilik boleh tahan bersih, besar dan selesa..
Breakfast pun mama saya kata banyak pilihan..
Sapa yang stay dekat hotel kena ada kad excess sebelum naik lift ke bilik..
Memang safety disitu..
So mama aisy kasi 5 bintang..hihi..



Masa hari 1st tu bawa aisy je pergi hotel..sebab alisya dah tidur..
Mintak en.suami temankan adik kat rumah..
Sempatla saya bawa mama dan aisy dinner kat alamanda..
Lepas dinner terus balik hotel jumpa ayah..




Ayah tak join sebab dia dah puas jalan petang tu..
Balik-balik hotel tengok ayah suruh makan puding roti dia beli dekat aeon big..
Tengok macam biasa-biasa je..Tapi bila dah makan sedap sangat..
Dengan sos kastard nya makan sejuk2 memang sedap..




Aisy paling excited..sampai hotel dekat lobby tu bukan main berlari lagi..
padahal masa tengah dinner tu kelam kabut ajak saya balik..
sampai kena makan laju2..grrr..
Masuk bilik  pulak bukan main aktif melompat3 katil..
Sabar je la..

Stay sekejab je kat hotel...Pump susu untuk alisya dan solat isyak..
Lepas tu gerak balik rumah..Pukul 12 baru sampai rumah..

Esoknya pulak lepas kerja terus pergi hotel everly bawa alisya sekali ..
Tak balik rumah dah..takut lambat..
Sampai sana ayah ajak makan di Ayer@8 Putrajaya untuk celebrate birthday en.suami..

Nanti sambung cerita dinner sedap di Ayer@8... Bye..


Friday 20 March 2015

Happy 30th birthday en suami

Selamat Hari Lahir  yang ke 30 buat suami tercinta..
Dah masuk 3 series pun..Cepat sungguh masa berlalu..


Semoga dipanjang umur, dimurahkan rezeki
& berbahagia selalu di samping isterimu dan anak-anak..
Tambah satu lagi semoga bersabar  dan tak jemu dengan kerenah sayang & anak2..

Tahun ni macam tahun-tahun biasa,,mesti ada kek untuk en.suami..
Kali ni beli cupcake je 3 ketul ..simbolik 3 series ..lepas tu beli lilin bentuk 30..
Simple je tiup lilin anak beranak..walaupun adik baby dah tidur waktu ni..



Aisy jela excited tengok kek papa dia..
Mama baru nak buat surprise kat dapur keluarkan kek senyap2...
Sekali aisy masuk dapur tengok mama tengah pasang lilin kat kek..
Dia terus nyanyi happy birthday to u..haha..Kelakar sangat bila ingat balik..
Aisy memang excited kalau tgk kek ada lilin..dia akan feeling birthday dia..haha..



Hadiah kecil & besar tahun ni dah bagi in-advance untuk en.suami
Hadiah kecil, mama aisy belikan kamera idaman en.suami..
Hadiah besar pulak bila lahirnya si bam-bam adik baby awal tahun ni..
Kira hadiah besar la kan..3.4kg tu..k bye..


Sopan tak saya duduk?? Larikkk..

Tuesday 17 March 2015

Nur Zara Alisya 2 month

Sekejab ja masa berlalu..saya dah habis pantang..
dah mula kerja semalam..
dan anak dara i dah 2 bulan...alhamdulillah..

ahad lepas dah bawa alisya cucuk  2 bulan dekat az-zahrah..
Masa cucuk tu alisya tak nangis pun..
Dia bunyi ek..lepas tu sambung tidur..lega mama nak..
Bukan apa..mama yang emosi lebih..hihi..

Alisya masih lagi fully susu ibu..
insyaallah akan mama usahakan untuk penuhi 2 tahun penyusuan..
Jauh lagi perjalanan..tak pe..yang penting usaha dan cita2 kena ada..


Perkembangan alisya setakat ni 
Dah boleh angkat kepala..
Kaki tu kalau dukung macam berdiri tu lama je dia  berdiri tahan kaki..
Dah boleh respon kalau kita sembang dengan dia..
Setakat ni banyak tidur dan menyusu je..
Tidur kena bedung sebab alisya ni kuat terkejut..hihi..
Berat masa 2 bulan haritu 5kg..


Penerimaan abang long aisy pulak sangat ohsemm...Aisy sayang sangat adik..
Kalau adik menangis..dia yang akan cepat mintak mama amik susu untuk adik..
Aisy suka cium pipi adik..kiri dan kanan wajib..
Suka cucuk pipi adik sambil cakap.."cuuumeyyynyaaa..cumeyyynyaaa"..
Tapi tapi..abang long memang win buat bising time adik tido..
Sampai kadang2 mama bertukar jadi incredible hulk..
Selalu mintak papa azan kat telinga bagi sabar sikit mama aisy ni..haha..



Best friend forever..insyaallah..


On the way nak pergi cucuk alisya..










Sunday 15 March 2015

Celebrate Birthday Mertua

Tahun ni berpeluang sambut bday mak dan pak macam tahun lepas jugak..
Kbetulan tahun ni mak dan pak ikut balik kajang masa habis pantang tu..
Ni pun last minit punya plan..tapi alhamdulillah semua berjalan lancar..
Masa ni ajak sekali kazen2 area sini join sekali baru meriah..


Kek macam biasa order kat breadtime bakery..
Sedap sangat tapi lupa pulak nama kek ni..adoi..


Kesayang kami sekeluarga mak dan pak..
semoga panjang umur dan dimurahkan kesihatan dan rezeki..amin
Abaikan aisy yang selalu feeling sambut bday di kalau ada kek..hihi..


Menu haritu pizza hut ja dan kek ..kebetulan haritu tak de air plak kat rumah..
Jadi mangkuk dan cawan plastik la jawabnya..

Friday 6 March 2015

Checklist beg ibu mengandung ke hospital

Checklist untuk mama: 
  • Baju kemeja berbutang supaya mudah  untuk menyusukan bayi.
  •  Stokin tebal untuk elak sejuk untuk elakkan masalah angina dalam badan.
  •  Kain batik untuk mudahkan pergerakan di wad.
  •  Set kelengkapan mandian
  •  Selipar untuk kegunaan di wad. Pastikan tapak selipar tak licin takut tergelincir.
  •  Tuala wanita yang jenis menyerap kuat untuk kegunaan beberapa hari pertama selepas kelahiran Seluar dalam jenis kain kapas. Kalau bersalin caesarean, digalakkan bawa yg jenis pakai buang. 
  • Coli menyusu bawa 2-3 pasang untuk mudah susukan bayi
 Checklist lain-lain barang: 
  • Handphone dan charger 
  • Snek berkhasiat seperti kacang, biskut dan lain-lain
  •  Kamera, kamera video dan bateri untuk rakam kenangan indah. Itu pun kalau pihak hospital izinkan buat rakaman.
  •  Pengikat atau klip rambut dan tudung kepala 
  • Buku atau majalah sementara menunggu tempoh melahirkan.
  •  Minyak urut atau losen 
Checklist  JANGAN !!
  •  Barang kemas 
  • Wang tunai yang banyak 
  • Jangan sibuk fikir pasal kerja pejabat seperti menghantar emel, menghubungi rakan bisnes dan sebagainya. Berehat adalah sebaiknya untuk menenangkan emosi.
 Di bawah ni pula ialah senarai semak keperluan mendaftar masuk wad bersalin:
  •  Kad rekod kesihatan 
  • Kad pengenalan Kad atau surat jaminan insurans (jika ada perlindungan insurans) 
  • Surat rujukan majikan 
  • Surat jaminan majikan 
  • Sebarang dokumen daripada pihak hospital. 
Sumber: google

Adab menyambut kelahiran bayi menurut Islam



1. Melakukan sujud syukur.

2. Mengazankan dan mengiqomati bayi baru lahir.
Sang ayah hendaknya segera mengazani di telinga kanan dan mengiqamahkan di telinga kiri pada anaknya yang baru lahir. Pemberian adzan dan iqamah ini agar kalimat yang pertama kali didengar sang bayi adalah kalimat thayyibah dan dijauhkan dari segala gangguan setan yang terkutuk. Dalam sebuah hadist dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Rafi’, ia berkata: "Aku melihat sendiri Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika ia baru dilahirkan oleh Fatimah."(HR. Abu Daud dan Tirmidzi).

3. Mentahnik Bayi.
Tahnik adalah mengunyah kurma hingga lembut dan halus, lalu dimasukkan ke dalam mulut bayi. Hal ini termasuk dalam sunnah menyambut kelahiran bayi sebagaimana dalil hadist yang berbunyi :"Dari Abu Musa al Asy’ary beliau berkata: Dilahirkan bagiku bayi laki-laki, kemudian aku bawa kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah menamakan bayi itu Ibrahim dan mentahniknya dengan korma serta mendoakan keberkatan atasnya, lalu menyerahkan kembali kepadaku. Dan dia (Ibrahim) merupakan anak Abu Musa yang paling besar (sulung).(HR. Bukhari no. 5467, Muslim III/1690, Ahmad IV/339).

Tujuan dari tahnik adalah  supaya persiapan agar bayi nantinya mudah untuk merasakan manisnya air susu ibu dan juga agar anggota mulut bayi kuat sehingga mampu menghisap air susu ibunya. Cara mentahnik adalah meletakkan sedikit buah kurma di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke mulut bayi serta dengan perlahan-lahan digerakkan ke kanan dan kiri. Ini dilakukan agar kurma tadi bisa menyentuh seluruh mulut bayi hingga terkena rongga tekaknya.





4. Aqiqah.
Menurut bahasa ‘Aqiqah berarti : 'memotong'. Asalnya dinamakan ‘Aqiqah, karena dipotongnya leher binatang dengan penyembelihan itu. Ada yang mengatakan bahwa aqiqah adalah nama bagi hewan yang disembelih, dinamakan demikian karena lehernya dipotong. Ada pula yang mengatakan bahwa ‘aqiqah itu asalnya ialah : Rambut yang terdapat pada kepala si bayi ketika ia keluar dari rahim ibu, rambut ini disebut ‘aqiqah, karena ia mesti dicukur. 



Hukum Aqiqah Anakadalah sunnah (muakkad) sesuai pendapat Imam Malik, penduduk Madinah, Imam Syafi′i dan sahabat-sahabatnya, Imam Ahmad, Ishaq, Abu Tsaur dan kebanyakan ulama ahli fiqih (fuqaha).

Dalil akiqah ini Dari Samurah bin Jundab dia berkata : Rasulullah bersabda : "Semua anak bayi tergadaikan dengan aqiqahnya yang pada hari ketujuhnya disembelih hewan (kambing), diberi nama dan dicukur rambutnya." (HR Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad). Untuk jumlah kambing akikah bayi ini berbeda antara anak laki-laki dan anak perempuan. Hal ini berdasarkan hadist dari Aisyah dia berkata : Rasulullah bersabda : "Bayi laki-laki diaqiqahi dengan dua kambing yang sama dan bayi perempuan satu kambing." (HR Ahmad Tirmidzi, Ibnu Majah).

5. Memberikan Nama Yang Baik.
Memberikan nama yang baik kepada bayi adalah salah satu kewajiban orang tua pula. Arti nama dalam Islam adalah bukan hanya sekedar label saja, akan tetapi mengandung makna yang berarti dalam hal doa, citra diri, dan identitas seorang muslim. 

Ehsan : Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015