Friday 6 March 2015

Checklist beg ibu mengandung ke hospital

Checklist untuk mama: 
  • Baju kemeja berbutang supaya mudah  untuk menyusukan bayi.
  •  Stokin tebal untuk elak sejuk untuk elakkan masalah angina dalam badan.
  •  Kain batik untuk mudahkan pergerakan di wad.
  •  Set kelengkapan mandian
  •  Selipar untuk kegunaan di wad. Pastikan tapak selipar tak licin takut tergelincir.
  •  Tuala wanita yang jenis menyerap kuat untuk kegunaan beberapa hari pertama selepas kelahiran Seluar dalam jenis kain kapas. Kalau bersalin caesarean, digalakkan bawa yg jenis pakai buang. 
  • Coli menyusu bawa 2-3 pasang untuk mudah susukan bayi
 Checklist lain-lain barang: 
  • Handphone dan charger 
  • Snek berkhasiat seperti kacang, biskut dan lain-lain
  •  Kamera, kamera video dan bateri untuk rakam kenangan indah. Itu pun kalau pihak hospital izinkan buat rakaman.
  •  Pengikat atau klip rambut dan tudung kepala 
  • Buku atau majalah sementara menunggu tempoh melahirkan.
  •  Minyak urut atau losen 
Checklist  JANGAN !!
  •  Barang kemas 
  • Wang tunai yang banyak 
  • Jangan sibuk fikir pasal kerja pejabat seperti menghantar emel, menghubungi rakan bisnes dan sebagainya. Berehat adalah sebaiknya untuk menenangkan emosi.
 Di bawah ni pula ialah senarai semak keperluan mendaftar masuk wad bersalin:
  •  Kad rekod kesihatan 
  • Kad pengenalan Kad atau surat jaminan insurans (jika ada perlindungan insurans) 
  • Surat rujukan majikan 
  • Surat jaminan majikan 
  • Sebarang dokumen daripada pihak hospital. 
Sumber: google

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015