Monday 22 September 2014

Al-fatihah

Adik ipar saya muhammad syafiq bin rohan telah pergi menghadap illahi Pada hari jumaat, 19 september 2014  jam 800 pagi di hospital bintulu.. Arwah mengalami kemalangan dah mengalami kecederaan di kepala namun selepas 25 hari bertahan..akhirnya pada pagi jumaat arwah pergi juga meninggalkan semua..

Walapun tempoh 4 tahun nampak singkat tapi sudah cukup untuk mengenali arwah sebagai seorang insan, anak, abang, adik, ayah saudara dan kawan yang sangat baik..tak pernah melawan, ringan tulang, insan yang simple, baik hati dan pemurah..selama hayatnya 22 tahun tak pernah dia mintak duit  mak dan pak..kalau pergi kemana2 pasti ada buah tangan untuk family.. Malah di dalam loker arwah di upm sudah tersedia bungkusan hadiah untuk diberikan pada mak bila balik bercuti nanti.. 

Arwah merupakan penuntut di UPM bintulu dan akan menghabiskan pengajiannya tahun depan.. Dan kalau ikutkan akan pulang bercuti pada. 2 oktober ini setelah habis praktikal di sana..namun semua sudah tertulis..Allah lebih sayangkannya..alhamdulillah, syukur padaNYA segala urusan bawa balik jenazah ke semenanjung sehingga pengebumian dipermudahkan..ramai yang menghulurkan bantuan.. Dan semua perkara jadi mudah degan izin ALLAH.. 

Al- fatihah..


Sunday 14 September 2014

Playroom untuk anak

Sambung hadiah untuk Aisy 2 tahun..

Dah lama berangan nak kemas bilik no 3 tu untuk buat playroom untuk Aisy..
Berangan ni semenjak aisy setahun kot..Tapi dah 2 tahun baru la tertunai hasrat tu..
masing-masing bz kononnya..Kebetulan hari tu en.suami cuti..Saya plak MC..
masa ni aisy hantar nursery..
Bolehla mulakan project walaupun pening-pening lalat..
Gagah jugak ajak suami kemas..Anak punya pasal oii..




macam ni la rupa playroom aisy..Cuma kipas lama rosak..
Papa aisy cakap nanti nak pasang kipas gantung tu..
nanti dia tu tak tau la next year pulak kot..haha..




Masa mula-mula masuk tu aisy macam tercari-cari tent dia..
Last2 dia nampak dalam bilik..Terus dia cakap "TANTEK" = Cantik!
Amboi pandai bodek yer..Dari rasa penat ..terus segar bugar mama rasa nak..
Sekarang tengah ajar aisy kemas balik mainan yang dia main masuk bekas yang mama aisy dah asingkan siap-siap ikut jenis toys..
So far, kadang-kadang elok je dia simpan..Kadang-kadang kelaut..!



Banyak lagi plan untuk cantikkan playroom aisy ni..
Tapi nanti-nanti la..Slow-slow buat..Sebelum tu meh berangan dulu..


Monday 8 September 2014

Aisy is turning 2 years

Cerita ni dah basi..Tapi tetap nak cerita .. Celebrate birthday aisy di hari jadinya..
Macam tahun-tahun lepas juga..beli kek dan potong-potong kek..
Memandangkan aisy suka sangat tengok upin  Ipin..
Jadi saya order kek upin ipin untuk aisy..


Order yang 500gram je di Breadtime bakery bangi..
masa ni mama aisy pilih  russian chocolate cake..
Sedap gilerr..Aisy pun dok ulang makan sampai habis..





Time lunch tu juga mama aisy gigih pergi cari hadiah..
Fikir punya fikir last-last beli set colour & alat tulis upin ipin, buku warna dan truck kecil..
Lepas dah beli terus SMS papa aisy dengan bangganya tulis "mama dah ada hadiah untuk aisy.."
Rupanya senyap-senyap dia pergi beli juga hadiah untuk aisy petang tu..hihi
Papa aisy beli botol air & topeng upin ipin..hihi.* tak nak kalah tu nak upin ipin gak..









Petang tu lepas habis kerja terus celebrate..Excited je aisy tengok kek upin ipin..
Tangan tu jangan cakap la dah pegang pisau tak sabar nak potong..
Lepas makan kek..Aisy terus excited warna buku dia..Walaupun lebih kepada menconteng..
Tak pe slow-slow belajar yer anak mama..




Sempena Aisy 2 tahun mama dan papa ada lagi satu hadiah..
Nak tahu apa? *tak nak tau pun nak carita jugak.hihi*
Tunggu next entry..bye..


Sunday 7 September 2014

Bawa aisy main di kidzoonia jusco equine park

Memandangkan papa bercuti weekend ni.. Bolehla bawa aisy main..
Dah lama tak bawa aisy main dan jalan2...jadi kami decide bawa aisy ke kidzoonia di jusco equine..
Ini kali kali ke 2 sampai sana..memang tak mengecewakan..
sebab diorang maintain mainan dan tempat bersih..
tak macam sesetengah tempat mainan kanak2 yang dorang tak jaga btol..
kena plak bayar mahal..tapi kat sini kalau weekend cuma RM15 untuk kanak2.. 
Parent free of charges..boleh keluar masuk sesuka hati..
tapi kena make sure tag yang dorang bagi tak hilang la..


Aisy tak bagi peluang mama selfie


Sampai sana pukul 1030am..masih tak ramai orang..best,.



Aisy enjoy main semua mainan kat sini..


Belajar kenal binatang..


Lepas main simpan balik dalam beg..


Aisy berjaya kutip semua binatang tu masuk dalam box tu..good job.

Pukul 1230 tengah hari selalunya aisy tidur..dia mmg nampak letih dah waktu tu..
nasib baik waktu ajak balik tu dia ok je..masuk kereta terus tidur..next time mama bawa lagi yer...









Saturday 6 September 2014

Aisy 2nd birthday party - rainbow theme

Salam semua.lama betul blog ni MC..berhabuk tak berupdate.Sebelum memori mama aisy pudar jom throwback birthday party aisy aka open house last month..Majlis dirancang 2 minggu sebelum..Memandangkan ni 1st time ajak jemputan lebih dari biasa dan keadaan mama aisy yang masih mabuk kepayang..jadi tak berapa confident nak rancang awal-awal..hihi..Tiba-tiba mama aisy jadi kuat untuk majlis anak punya pasal..



Birthday party haruslah ada tema kan..jadi mama aisy decide nak buat tema rainbow..tapi tak rainbow mana pun sebab mama aisy bukannya reti sangat..asal kaler-kaler dah sudah..haha..




Untuk makanan..Semua tempah kecuali puding karamel yang mama aisy gigih buat sampai pukul 3 pagi..Menu Utama: Lontong, Laksa, Roti Jala & Kuah Kari..Menu sampingan: Cheese Tart, Cream Puff, puding Caramel & Kek Birthday Aisy..






Kek ni tempah di breadtime bakery bangi (kedai di belakang manjaku bangi)..Kata tema rainbow..harus pilih kek rainbow+deco=RM121..Kalau jadi ahli dapat discount 5%..Rasa memang sedap..Ni kali ke-2 tempah dengan breadtime bakery ni..Masa 1st time tempah masa sambut birthday aisy 3 beranak je..





Sebelum tetamu datang kami potong kek dulu..Nanti dah ramai-ramai mama aisy is pemalu..haha..Majlis mula pukul 2 tengah hari..Alhamdulillah makanan yang ditempah semua sampai sebelum tetamu datang..




Deco untuk majlis aisy ni beli di Glowing Party House..Sederet dengan econsave bangi..Macam-macam ada..





Goodies bag ni beli di GM Klang masa kebetulan jalan-jalan sana.Isi dalam goodies bag tu beli di Ecomart berdepan dengan Billion Kajang..Memang beli harga borong..Murah..TQ tag pula order dengan Blogger Ekin Jamal..

Untuk Design Invitation Card pulak order dengan Blogger Ekin Jamal juga..Memang hasil kerja dia tak pernah mengecewakan..



Alhamdulillah majlis berjalan lancar..Kebanyakkan tetamu yang dijemput datang walaupun hujan lebat sebelah petang tu..Insyaallah ada rezeki next year kita buat lagi..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015