Wednesday 27 July 2016

Night safari di zoo taiping

Sambung cerita ke Night Safari di Zoo Taiping..
Sampai Taiping awal kami beraya dulu di rumah pak lang..
Lepas magrib baru keluar ke Zoo Taiping..
Dekat je dengan rumah pak lang..5 minit dah sampai..

Entrance Fee for Night Safari: 
RM20 Dewasa
RM10Kanak-kanak
* GST excluded

Total kami bayar malam tu RM53.. Alisya FOC..


Aisy seharian tak tidur hari tu sanggup tahan mata semata-mata nak pergi Zoo..

Lepas bayar tiket masuk..Tunggu sekejab je dah boleh naik train..
Tak ramai sangat orang..Masa ni hujan renyai-renyai..

Actually sebelum masuk ni saya ingat ada la lampu-lampu kat setiap kandang tu kan..haha..
Rupanya tak da pun..Masa naik train tu..Pemandu suluh dengan torch light je..
Kadang-kadang memang nampak binatang..Kadang tu bayang pun tak da..Lawak pun ada..
Masa ni aisy asyik tanya je "Ni binatang apa pulak?"hahaha..

Menyesal kitorang tak duduk betul-betul belakang pemandu driver train tu..hihi
Kalau tak pening dia nak jawab..haha..
Disebab kan memang gelap gelita apa pun tak nampak..
So non-ador la gambar real binatang..
Nama pun night safari so memang gelap gelita lah ya.. 
Nampak bayang-bayang ja la..Fikir positif dah malam binatang semua tidur..huhu..


Kita bergambar dengan replika binatang jer la..

Nanti kita datang siang pulak..
 
Ternyata gembira sangat anak mama ..
 
Atas train..
 

Keluar je zoo kami terus bertolak balik ke KL..
Masuk je kereta anak-anak terus tidur..Letih sangat tu..

Kesimpulannya..Nak pergi zoo sila la pergi sebelah siang yer..Masuk waktu malam memang sangat-sangat tak berbaloi..Learn from mistake..Entah tahun bila pulak nak pergi zoo ni..huhu..

Wednesday 20 July 2016

Main Bunga Api

Macam budak-budak lain..Time raya je dapat kebenaran main bunga api..
Time raya je ada bunga apinya pun..hihi..
Mercun yang lulus mercun bawang je..Yang baling meletup tu..

Malam raya main dengan acu la..
Lepas raya pergi rumah mak.. sana ramai cousin2..
pak tam aisy siap borong bunga api..
Main la puas-puas kat sana...

Suka nya aisy ..Setahun sekali apa salahnya.. 

Balik kampung beraya dan makan2

Seminggu lepas raya kami balik ke kampung en.suami di parit buntar..
Balik nak beraya dan tengok rumah baru mertua yang masih dalam pembinaan..
Dua-dua dah pencen..Nak baliik duduk kampung la..
 

Dua beradik ready nak balik kampung.. 


Tunggu papa balik kerja nak balik kampung..

 

Insyaallah raya haji ni siap..  

Pagi sabtu tu kitorang keluar awal ke Jeti Nelayan Sg Udang.. Dekat je rupanya dengan rumah..
30 minit macam tu..Jom tengok apa ada kat snaa??


Muka puas dapat borong...Fresh2 dan Murah sangat..  


Macam-macam ada..
 
Fresh2.. 

Yang jual longgok2 ni murah..Harga borong..
Tapi-tapi..nak beli kena bawa bekas or plastik sendiri yer..
kitorang tak tau mula-mula..lepas dah bayar,,tokey tu buat dek je tak masukkan da;am plastik..
rupanya memang tak sediakan plastik..
Nasib baik dah beli kat tempat lain..Guna balik plastik yg ada je..haha..
 

Geram je tengok..
 
 Hasil borongan hari tu..Kitorang buat makan-makan  malam tu panggil saudara mara en.suami..
Menu hari tu mee kuah udang by mak dan mak chak..
Seafood by en suami dan adik ipar..
Udang goreng by mak..
 
Kambing pun ada..
 
Bakar-bakar..

Esoknya mak dan mak chak masak menu nasi tomato pulak..
Makan je kerjanya...TQ mak..
Petang sambung beraya di taping ..Malam tu pulak kitorang singgah ke zoo taiping..
Next entry yer..
 

Tuesday 19 July 2016

Salam Aidilfitri 2016

Selamat hari raya...Maaf Zahir dan Batin...Tahun ni giliran  en.suami kerja di hari raya..so kami balik kampung awal 5 hari sebelum raya..sebab sehari sebelum raya en.suami dah kena kerja..Balik kampung awal dapatla merasa berbuka puasa dengan family..Dapat merasa pergi bazar kat kampung...dapat berbuka dgn lauk mama mak masak...heaven sugguh..hihi

Tahun ni kakak beraya dengan mertua..So kami berempat je..mama, ayah, adik dan saya..
Macam biasa..lepas sembahyang raya terus ke rumah tok berkumpul kat sana..Duduk sana seharian melayan tetamu..Sebab tok dah tak larat so anak-anak kena gilir-gilir jaga tok..

 

Bergambar selepas sembahyang raya..
 

Kesayangan..
 

Aisy dapat duit raya dari wan..Salam cium tangan dulu..
 
OOTD dari kejauhan pengubat rindu..Eceh!haha..
Bila tengok gambar ni, en suami cakap Macam askar pulak posing "sedia" dan "senang diri" haha.. :p  

Dua2 ni gambar paling semengah ..Kalau tak susah bebenor nak duduk diam2 depan kamera..hihi..
Anak kecil macam tu la..Aisy dah faham dah suruh senyum paling handsome tu dia renyehh sampai telinga tu..Tu pun ikut mood jugak..hihi.. 

Dah dondon2 ni harusla gigih en.suami edit nak jadikan family photo..haha..
 

Syahdu di pagi raya..papa kena kerja nak bagi mama duit raya lebih...eh!..
Next year kira beraya sama-sama.

Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir & Batin..
0-0 yer.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015