Monday 14 April 2014

Safari wonderland A Famosa Melaka


Ni cerita basi..tapi wajib masuk blog juga untuk kenang-kenangan di masa tua..haha..
Plan nak ke melaka ni sebab nak bawa aisy tengok binatang..
Sebab waktu ni semua binatang berkaki empat dia panggil cat..hihi..

Kami bertolak awal pagi..pukul 1015 pagi dah sampai dekat a famosa ni..
Masa sampai2 tu aisy tengah dibuai mimpi ...
Masuk entance je terus terjaga..macam tau2 je nak tengok binatang..

Masuk sini ambil pakerj safari wonderland + set lunch ..harga rm49 untuk dewasa dan rm39 untuk kanak2..
Kalau pergi weekdays rm46 dewasa, rm 36 untuk kanak-kanak..
operation hours : 9 am - 5 pm..

Sapa yang bercadang nak datang sini kena make sure sampai sebelum pukul 10 pagi..sebab show start pukul 1015am..rugi rasanya kalau terlepas show..semua sekali ada 4 show..kami terlepas satu show iaitu elephant encounter..sampai2 je show dah habis..rugi2..


Sampai- sampai kami berjalan dulu sekitar "walk thru area".. Banyak juga binatang kat sini..boleh bagi makan binatang juga kat sini..aisy pun tak ketinggalan nak rasa bagi gajah, unta dan kuda makan..cool je aisy..mama ingat aisy meraung dah ..tengok2 ok pulak dia..hihi..mama yang meraung lebih..


Show pertama yang kami tengok iaitu multi animal fun play..show pukul 1120am & 3pm..antara binatang yang perform ular, kucing, tupai, monyet dan banyak lagi..memang cerdik tengok binatang2 ni .tapi lepas perform kena upah makanan diorang ler..


Show ke 2 adalah colour of birds..show pukul 12pm & 345pm..enjoy tengok show ni..dengar burung kakak tua bercakap n siap nyanyi lagu happy birthday lagu uolss..bijak tak.hihi..


Show ke 3 adalah wild wild west show..215pm ..macam pertujukan drama koboi la..sepatah apa dia cakap saya tak berapa nak faham..yang tau banyak tembak menembak dan gaduh2.. Memang bingit la masa show ni..kena prepare mental dan fizikal sbb banyak bunyi tembakan ..haha..kalau bawa baby macam tak digalakkan la tengok..macam aisy pun boring2 ja dalam ni..mama yang over tengok 


Sebelum tengok show ke 3 tu kami lunch dulu bersebelahan dengan tasik..guna kupon yang dapat masa bayar tu..kata free set lunch kan..lunch kat sana memang tak mengecewakan ..sedap sangat..ke sebab lapar?? Eh memang sedap arr..hihi..


Lepas lunch kami ke monkey island naik rakit macam dalam gambar tu..nama je monkey island..tapi monyet ada la 2, 3 ekor..hihi..kat sini binatang macam kambing biri-biri, ayam , itik dan monyet dilepas macam tu je..semua jinak- jinak..


Lepas selesai show ke 3 tu kami ke truck station untuk lihat binatang- binatang liar dengan menaiki truck..harimau dan beruang selamber je berlegar2 kat truck kami..cuak juga masa ni...banyak juga binatang liar kat sini..


Kebetulan masa lalu kat situ ada orang tengah bagi makan harimau..dapat la tengok sekejab..sapa yang nak rasa sendiri bagi makan harimau tu kena bayar extra charges..tak ingat pulak berapa..tapi mahallah bagi kami..hihi..tak berbaloi rasanya..waktu ni la excited nak bawa aisy tengok binatang liar..sekali masuk je dalam truck ni boleh pulak dia tidur..apa daaaa...lepas dah selesai kami pun bertolak ke bandaraya melaka..bateri dah weak waktu ni seharian berjalan..

frust sikit sebab tak dapat masuk farm house..kat situ katanya ada anak2 ayam cute yang super banyak...tapi masa tu under construction katanya..tak de rezeki namanya..

Saturday 12 April 2014

Pancake Yaminlah Krabi

Antara salah satu agenda nak ke krabi ni adalah makan pancake yaminlah..
Sebab masa tengah google pasal krabi ni rata-rata blogger dok highlight pasal pancake yaminlah ni..
Lagi la berkobar-kobar nak makan..nak pulak masa ni saya tengah mengandung..
lagi la mengidam tu menjadi-jadi..Dari hari pertama sampai dok berzikir dekat en.suami nak pancake yaminlah..tapi tak dapat juga ..hari ke-2 tu lepas island hopping  terus ajak jugak en.suami pergi..tak kira!

Sampai juga akhirnya..kalau dari pantai aonang tu rasa letih juga kalau nak berjalan ke gerai ni..
Lebih baik naik tuk-tuk je..tu pun  kalau pada siapa yang sayang lemak la macam saya ni..hihi..


Area sini memang ada deretan gerai..Gerai mak cik yaminlah ni paling hujung..


Pantas mak cik ni buat kerja ..Mak cik yaminlah ni boleh cakap melayu..haha..


saya order pancake banana nutella..tapi gambar tak sempat snap sebab dan kebulur nak makan,..gambar ni pancake banana coklat orang lain order...sebenarnya masa hari 1st tu saya dah try pancake ni tp bukan di gerai mak cik yaminlah ni...memang tak dinafikan rasa dia lebih sedap ..yang paling penting pancake dia rangup dan tak kedekut coklat..haha


Kena beratur..abaikan muka mama aisy yang sunburn itu..


ni lagi satu menu yang wajin try iaitu CRISPY COKLAT.
.rangup sangat dan dilimpahi rasa susu pekat dan coklat..

harga untuk dua-dua menu ni 450 batt 45 batt je   satu kalau tak silap..kalau salah tolong betulkan..
Yang bercadang nak datang krabi boleh la try yer...
*typo..nasib baik ada org perasan..kang tak merasa la org mkn pancake ni sebab mahal gilerrr

Resepi lasagna sedap

Copy paste dari blog saya masa muda-muda dulu..
Cubaan buat lasagna ni masa tengah mengandungkan aisy..
Mengidam punya pasal sanggup bersilat kat dapur sorang-sorang..


Ini hasil rembatan bahan-bahan.. Almost RM 90++ gak la..Mahal betul nak buat lasagna ni..

Source: Resepi lasagna

BAHAN-BAHAN
  • Kepingan lasagna..
BAHAN_BAHAN INTI DAGING
  • Sos prego 14oz
  • Cendawan butang ~ di buang airnya dan di potong dadu
  • Daging cincang 400 gram
  • Serbuk black pepper dan serbuk oregano
  • Bawang besar dan bwg putih 5 ulas di potong dadu 
  • Keju mozarella
  • Keju parmesan
  • Sos cili 1 sudu besar 
  • Garam secukup rasa
 BAHAN-BAHAN UNTUK SOS PUTIH
  •  2 sudu besar butter
  •  Keju cheddar 3 sudu besar 
  •  250 ml susu full krim/fresh milk
  •  2 sudu besar tepung gandum
  • garam secukup rasa
CARA MEMBUAT INTI DAGING
  1. Masukkan 4 sudu besar minyak zaitun/masak
  2. Tumis bawang yg di cincang sehingga naik bau
  3. Masukkan daging cincang..
  4. Gaulkan hingga daging berubah jadi coklat..
  5. Kemudian tuang sos prego dan gaul sebati
  6. Masukkan garam secukup rasa..
  7. Masukkan serbuk oregano..
  8. Masukkan cendawan butang..
  9. Masukkan sesudu besar sos cili..
  10. Tabur serbuk black pepper
  11. Selesai
CARA MEMBUAT SOS PUTIH
  1. Cairkan butter..
  2. Guna Kecil : Masukkan 2 sudu besar tepung gandum.. gaul sebati..
  3. Masukkan susu full krim..
  4. Masukkan keju cheddar/cheesedale.... kacau sampai keju tu sebati..
  5. Masukkan garam secukup rasa.. kacau sampai likat sikit
  6. Selesai
CARA MELAPIS LASAGNA
  1. Guna loyang yg sesuai..
  2. Susun kepingan lasagna sampai menutup semua bahagian loyang..
  3. Taburkan dgn inti daging
  4. Tuangkan sos putih.. tutup sampai hilang pandangan inti daging tu..
  5. Taburkan cheese parmesan dan mozarella
  6. Ulang balik cara yg sama mengikut citarasa.. yg penting last sekali mesti sos putih dan cheese yg di tabur.. .
  7. Masukkan dlm oven.. Make sure oven dah di panaskan awal-awal dgn suhu 180 celsius.. bakar sampai keju tu agak2 perang atau masak semuanya.. dlm 30-40 minit.. guna api atas bawah..   

 Susunan kepingan lasagna saya yang buruk bebeno~


Inti Daging


 Sos Putih


 Sebelum Bakar


 Selepas Bakar

Bila rindukan anak


Bila rindukan anak, rajin-rajin sedekahkan al-fatihah untuk dia..
dan doakan yang baik-baik...
Semoga sentiasa dilindungi oleh penciptaNYA...Amin..

Sunyi pula bila aisy tengah tidur..
Bila dia tengah berjaga nak melasak/tantrum tu mama suruh tidur..
Bila anak tidur baru nak feeling2 rindu..
Perasaan mak mak memang macam ni ...hai laaa..

Thursday 10 April 2014

Big bro grill n chop

Sebenarnya dah 2 kali makan kat sini.1st time makan dah jatuh cinta...restoran big bro grill & chop ni dekat dengan giant saujana impian..alamat sila google..haha..masa pertama kali datang tu order lamb chop..serius sedap sangat..daging dia lembut..dan sos black paper dia memang pekat dan kena dengan tekak iolsssss...rugi tak cuba..portion pun boleh tahan besar juga..en.suami pulak order spageti meatball..kongsi dengan aisy..bukan main berselera aisy makan..walaupun pedas sikit..lagipun spagethi memang favourite aisy..sama macam mama dia jugak..


Aisy tengah pilih nak makan apa..



Menu..harga sangat berpatutan..boleh mix kalau nak rasa semua..tengok menu yer..


Lamb chop/ lamb shoulder


Spagethi meatball


Kalau makan dekat restaurant aisy la paling excited bila air yang diorder sampai..
Dia yang akan minum dulu..


Masa kali ke dua datang sini, saya order spagethi bolognese kongsi dengan aisy..dan en.suami pulak repaeat order lamb chop..memang puas hati ..sedap dan berbaloi...tak rugi cuba uols..

Wednesday 9 April 2014

Happy Birthday pak & mak



Masa balik kedah dapat MC keguguran tu sempat sambut birthday pak dan mak..birthday mak 29hb febuari.. 5 tahun sekali baru nak boleh sambut..tapi selalunya kami akan wish masa 28hb tu je utk tahun yang tak de 29 hari..birhtday pak pulak bulan 3.. Betul2 masa timing balik kedah hari tu..dah alang-alang kat kedah boleh la sambut potong2 kek..petang tu kami pergi beli kek..senyap2 sampai rumah mak simpan dalam peti ais..lepas magrib pulak en.suami keluar beli kfc..ptg tu juga awal2 dah roger adik beradik lain suruh balik rumah mak..alhamdulillah semua balik kecuali adik kat serawak je tak de..malam tu bila semua dah ada..baru keluarkan kek..suprise!!! Hihi...mak pun suprise tengok nama dia ada sekali kat kek sebab hari tu birthday pak..dah dekat2 kan kira sekali je la..hihi..


Potong kek ditemani anak menantu dan cucu


Cucu- cucu nyanyi happy birthday


Ni la hero- hero pak dan mak..
2 dah tak available..lagi 2 tu solo molo lagi..ada yang nak masuk minang ke ?? Larikkkkkk!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015