Monday 31 December 2012

Suka Duka 2012

Januari 2012
  • Teruja saat menerima berita baik iaitu bakal menimang cahaya mata..
Febuari 2012-March 2012
  • Menerima bonus tahunan..
  • Urusan jual beli rumah pertamaku..
  • Konflik di tempat kerja.
  • Resign.
April 2012
  • Start kerja baru di company baru
  • Rumah pertamaku. Alhamdulillah.

May 2012-Julai 2012
  • Sibuk dengan persiapan menyambut orang baru dalam keluarga



Ogos 2012
  • Lahirlah permata hati, pengarang jantung. Muhammad Aisy Iskandar.

  • Majlis Aqiqah anakanda-  Disini

September 2012- Oktober 2012

  • Bermula episod seorang mama dan episod berpantang..
  • Create New BLOG <sayabloggerbaru2012.blogspot.com>
November 2012
  • Meniti hari-hari bahagia bersama insan tersayang
  • Hari Raya Aidiladha bersama Aisy- Disini
Disember 2012
Happy New Year 2013

Aisy: Warded 28-12-2012

Aisy warded pada jumaat lepas. Di usia 4 bulan lebih dah kena tahan wad..Kesian anak mama..Masa balik dari nursery, teacher ada cakap Aisy demam..Gelabah la saya..Saya tanya bila?..Jawabnya " baru petang ni ..saja tak bagitau sebab tak nak kacau" ..Dalam hati saya membalas : Bagitau ja la..Ganggu menda pulak..anak i demam kot!!..Hurm! 

Lepas magrib terus bawa Aisy pergi hospital sebab badan Aisy memang panas, Aisy macam tak bermaya dan merenget ja .Dokter bagitau suhu Aisy tinggi 38.5..Suhu above 37.5 = consider demam..Gelabah la kami suami isteri..Dokter suggest admit sebab takut suhu meningkat..Kami setuju sebab dah la 1st time anak demam..tak tau nak buat apa..

Kata Dokter: Kalau tak admit, balik rumah, buka baju, lap anak dengan air setiap masa sampai suhu berkurang. Pantau suhu anak..Siap pesan kalau anak kena sawan jangan panik..biar anak mengiring-sambil gosok-gosok..

Bila dengar dokter sebut sawan,dari tak panic terus panic.Sebelum masuk wad, Dokter masuk ubat demam ikut bontot dan ambil darah..Tragis sangat tengok Aisy kena cucuk nak ambil darah..Aisy macam tau kena cucuk..terjerit-jerit dia..Kesian sungguh..mama pun ikut nangis..huhu..


Baru lepas kena ambil darah..Sian dia..


tak larat sangat sampai terlentok dah Aisy..Tengah tunggu nak admit..


Buah hati pengarang jantung mama..


Petang esoknya dah boleh keluar..suhu dah makin kurang..Balik rumah sambung lap badan Aisy...Badan still panas tapi cek suhu tak demam pun..Hari ni Aisy dah pergi nursery sebab macam dah sihat..Harap-harap Aisy ok hari ni..Amin..

Friday 28 December 2012

Pulau Pinang - Padang Kota Lama

Kami ke Taman Kota Lama *Ker padang kota lama??.Confuse!*  ni semata-mata nak tapau mee sotong dan coconut shake la..Dah alang-alangkan datang..Lepak kejab la kat tepi pantai berdepan dengan taman ni..


 Gemoks!


 Papa n Aisy


 Mama n Aisy



Suka gambar ni! 

Bye Bye Penang!

Thursday 27 December 2012

Pulau Pinang - Jalan-Jalan Cari Makan

Kat sini, saya nak kongsi tempat makan yang WAJIB pergi di Pulau Pinang dari kaca mata saya la..Selera orang lain-lain kan..Ni pun dapat lepas puas google sebelum ke penang..Tu pun tak sempat nak try semua yang dalam senarai.

1)  Restoran KAPITAN



  Saya order: Set Ayam tandori nan cheese & Air Susu Badam..Ayam tu sedap sangat..Roti tu besar..Keras sikit...cheese pun ciput ja..tapi overall ok lah....hehe..Susu tu ok la..tapi masa mula-mula rasa tu memang lain macam sikit..bila dah lama-lama ok la..unik rasa dia..


  En.suami order Nasi beriani clayport ayam..Mula-mula nak order daging..tapi dah habis pulak..Dihidang dengan kari..Saya ada rasa sikit..Bagi saya nasi dia kering sikit..tapi en.suami cakap bolehlah..hehe..

Nota Kaki: Makan kat sini kena tahan la dengan pekerja kat sana..buat kerja main hempas-hempas pinggan ja..Terkujat anak i tidur dalam stroller tau..Grrrrrrr!

2)   Sotong Kangkung di Gerai Sharifah Makanan Laut di Food Court Padang Kota

Sotong kangkung kat sini memang sedap ..Lembut ja.Disalut sengan kacang dan kuah yang sedap ..nyum!..RM10 untuk saiz sederhana..

3) Kari kepala ikan di Line Clear

Kari kepala ikan (besar).+ Nasi + Sayur + Papadom..Memang terangkat kari dia..RM48.00

4)  Mee Goreng Sotong di Gerai Hameed Padang Kota


Punya la ramai manusia nak makan mee ni..Beratur almost 2 jam kat sana..Grrrrrrrr..Nak try punya pasal.sanggup....Tapi memang sedap kot!!!!!!!!! Tapau ja sebab Aisy tidur..Mee gorang memang sedap ada letak ubi kentang dan sambal sotong..tapi sotong tu cam liat sikit banyak..Harga RM4.00 sebungkus..

5) Coconut Shake di Gerai Jalil Padang Kota

Ni pun tapau. Sedap jugak..macam tak cukup ja 2 bungkus tu..huhu..Gerai ni bersebelahan ja dengan gerai mee goreng sotong tu..Harga RM2.00..


Pulau Pinang - Naik Feri

Lepas check in hotel...Kami gerak ke seberang laut naik feri..Cadangnya nak bawa Aisy la naik feri..Sebab tu sanggup nak beratur panjang dan tunggu lama..Tapi masuk-masuk ja feri.Aisy tidur daa..Letih sangat kot..Sian anak mama..


 
View dari feri..kapal apa tah ni??


Panjang tak q...Demi Aisy..hehe..


Dah sampai seberang dah..


Nice view


Anakanda yang sedang enak dibuai mimpi dalam feri..

Pulau Pinang - Pearl View Hotel

Percutian 2 hari 1 malam di Pulau Pinang..Alhamdulillah walaupun masa singkat tapi kebanyakan makanan yang nak makan sempat cari kat sana *mengalahkan orang mengidam!..hehe..Kami menginap di Pearl View Hotel...Kalau dari Highway dah nampak hotel ni...En.suami dah booking awal dari Agoda.com.


Bilik Standard kot..Masa booking katanya discount 30% la..Bayar RM150 ja la after diskaun....tapi bila tengok pamplet kat dalam bilik tu harga memang RM150.00 untuk bilik standard.. Memang tu la harga yang en.suami bayar masa booking tu..*Tipah tertipu noks!!

Bilik ok la..kemas...nama pun hotel haruslah bersih kan..kang tak pepasal orang komplen.cuma banyak semut! dan ada port untuk pemanas air tu tak berfungsi..nasib la saya ada bawa extension untuk pump susu..Kalau ikutkan saya nak ja complain..tapi hubby cakap tak payah la..nak dok sehari ja pong!!..Baiklah!!


Aisy dah ngantuk time ni..Mama n papa asyik suruh posing ja..


Our My Breakfast..Semua ni saya lantak sorang tau..En.Suami makan ciput ja..tangki kecik..So far breakfast kat hotel ni kira ok lah..banyak juga pilihan..I love buffet..


Aisy yang dah ngantuk waktu ni..Tak senang duduk dah..so bila en.suami makan..saya bawa dia jalan-jalan..Rata-rata deco ada pokok krismas ni..layan je! Lepas breakfast..naik kemas-kemas barang.. Dalam pukul 11 pagi , kami check out..

Wednesday 26 December 2012

Wordless Wednesday


Golek Golek atas Katil

Monday 24 December 2012

Masakan ibu memang terbaik

Sesekali balik kampung,mama mesti masak makanan kegemaran. Kari kepala ikan, sambal udang petai, ikan siakap bakar dan kerabu nangka. Dan saya for sure akan bertambah2 nasi. Bahagia. Balik kali ni mama dan ayah tak tau pun,tau tau dah sampai depan rumah. Berjaya juga nak suprise kan diorang.bukan main happy lagi, miss them already.

Nota kaki : Bersiaran dari pulau pinang. JJCM di sini. 

Wednesday 19 December 2012

Scan Baby 3d/4d di Klinik Umra

Rindu sangat saat mengandungkan Aisy dulu..Setiap bulan akan rasa excited nak tengok perkembangan bayi dalam kandungan waktu tu..Indahnya moment itu..Antara moment indah adalah masa nak scan baby dalam bentuk 3d/4d...

Kami buat appointment di Klinik UMRA, Shah Alam..*Sanggup tu pergi Shah Alam semata-mata*..Miss Jezzlyn *Recommended* yang scan...Lemah lembut ja penerangannya..Appointment pukul 1020 pagi..Pukul 930 pagi kami dah sampai..Terus register di kaunter..Saya dipanggil untuk timbang berat, BP test & Urine Test.Ingat nak scan baby je ..sekali ada check up sekali untuk mamanya..best best!.Dalam pukul 1015 pagi saya dipanggil masuk..

Bermulalah sesi tengok si comel..Masa ni Aisy tengah nyenyak dibuai mimpi dalam perut..hehe..Muka masam jer bila kena kacau suruh bangun..Kedua-dua tangan menghala keatas..Kaki pulak bersilang dan sebelah kaki betul-betul dekat mulut..Mulut kejab-kejab buka dan tutup..Lepas tu nampak anak mama hisap kaki *Boleh??hahahaha..comel sangat!!! Tengok muka anak mama macam chubby je..hehe..

Miss Jezz kata anak mama suka posing..*Amboi ikut sapa ntah?? lalala..Lepas dah scan ingat terus nak bayar ..rupanya ada jumpa dengan doktor ..Dr. bagi serba sedikit penerangan pasal kedudukan baby, saiz baby dan sebagainya..Syukur AlHAMDULILLAH..Semua nya ok waktu tu..Baby macam besar sikit tapi masih dalam range..Air ketuban normal..Uri di atas = OK..Syukur sangat .Alhamdulillah. 

Semua sekali RM100.00, Dapat free cd dan gambar print..Berbaloi-baloi..Indah sekali moment itu..


Gambar Aisy masa dalam perut mama.

Cuti-cuti cinta di Penang

Insyaallah, keluarga Muhammad Aisy Iskandar akan bercuti-cuti cinta di Pulau Pinang.
 *1st time nak bawa Aisy bercuti..Excited!*
 Selain pergi kenduri kahwin dan pertunangan sepupu, kami akan jalan-jalan cari pasal makan di sana..
Dah siap google makanan best di Pulau Pinang.. 
Can't Wait.. 

Happy holiday yaa!

Wordless Wednesday



..Freestyle..Freedom..

Monday 17 December 2012

Weekend: Santai di Swimming Pool

Weekend lepas best sebab en.suami cuti..yeay!!  Hari Sabtu tu lepas dah settle kemas rumah, kami ke Jusco Cheras sebab saya nak cari seluar..Maklumla jeans lama-lama semua dah TAK muat..Sentap dengan diri sendiri! Penimbang dah naik angka 60+++.huh!! Sekarang memang lapar je memanjang..Orang kata kalau breastfeeding memang macam tu ke? ada tips kurus tak tanpa makan apa-apa kapsul?huhu.


Hari Ahad cadangnya nak rehat-rehat ja kat rumah..Tapi pagi tu keluar juga sebab Aisy bangun awal sangat...kami pun keluarla breakfast kat luar..Ingat nak  bawa Aisy jalan-jalan ambil angin pagi kat Putrajaya..tapi lepas breakfast tu Aisy dah tertidur dalam kereta..Jadi ..moh ler kita pulang..Sampai parking kat rumah Aisy dah bangun..Jadi bawa dia pergi swimming pool..pergi tengok ja..tak swimming pun..Sebab papanya kata dah 6 bulan baru boleh masuk swimming  pool tu..nanti sejuk katanya..penat mama nya belikan swimming suit awal-awal untuk Aisy..sebenarnya mama yang excited nak terjun dalam tu..hehe..

Friday 14 December 2012

Station Kopitiam Metropoint Kajang

Selalu gak saya dan family ke Metropoint Kajang ni. Sebab sebelah rumah ja pon. Selalu datang sini jalan-jalan ja.window shopping, tapau roti kat suki, tapau caramel frappucino starbuck, tapau onion and double cheese di  hot n roll, tapau ais krim baskin robin*banyak pulak senarai*. Kebetulan masa pergi haritu memang perut mengaum manja sebab lapar sangat..Ternampak la banner "station kopitiam" ..Terus la pergi kat tingkat 1..sebelah kedai barang sukan..

                         

Gambar menu tak snap pon ..sebab lapar tahap tak boleh tahan *buruk perangai* Saya order set nasi chicken chop ni.. Dalam set tu ada teh ais limau, sup, buah tembikai dan nasi ofkos! Memang chicken chop tu besar sangat..puas makan..sos blackpaper pun sedap..sup pun ok lah..air pun sedap..bauh tembikai pun sedap..*sedap ja ko??ke sebab ko lapar* Eh! Betul SEDAP!

Cuma..cuma..*wajib komen* service kureng sket..Masa nak bagi menu tu boleh plak waiter ni nak TERRRjatuhkan menu yang keras tu atas Aisy..Masa tu Aisy dalam stroller..Nasib baik dia sempat sambut..Kalau tak saya saman dah sebab Cuai..Lalai..Bukan buku menu ringan-ringan oiii..keras kot + tebal lagi..Kalau setakat jatuh kat kita-kita ni tak pa..tapi kat baby kot..
*jangan emo lebih eh..tak jatuh pun lagi..ngeh ngeh*      
Muka happy la sebab perut dah kenyang..Alhamdulillah..

Ada lagi nak sambung..disebabkan menu kat atas tu kena dengan tekak saya..saya ajak officemate pergi lagi esoknya..order benda yang sama...yang sedihnya..ayam tu dah jadi saiz kecil, coleslaw ciput ja, sup bagi time nasi dah habis..Grrrrrrrrrrrrrrrr!!  masa nak bayar saya bagi dia RM50..Nak bagi balance pun ambil masa punya lah lama..Lepas tu yang tak boleh belahnya..nak bagi balance lagi RM20 dengan RM1x 20 keping..bayangkan?? kalau bagi time raya tak pe gak ..leh buat duit raya..Sabar je la!

Sayang la..makanan dah sedap,tip top tapi servicenya??hurm...fikir-fikirkan..

Cerdik dah anak mama

Masa public holiday selasa lepas, saya perasan Aisy macam nak menepek ja dengan saya..Kalau tak nampak saya mula la nangis-nangis tak pun dia akan buat suara macam memangil-mangil gitu..Sebelum-sebelum ni ok ja kena tinggal kejab-kejab..yer la mama nya dengan nak makan lagi, mandi, siapkan susu, perah susu, basuh baju *walaupun dengan mesin*, basuh pinggan, etc..Pastu macam terfikir..kat nursery Aisy macam ni ke?? tapi teacher dia tak da plak mengadu apa-apa..

Hari esoknya masa ambil Aisy dari Nursery, saya tanya la teacher dia...Aisy ok ke kak? 
Jawabnya: Dia ada meragam sikit hari ni..Tengok teacher tak da depan mata mula lah nangis-nangis..Dah pandai dah tu..

OMG..!!

Tak pa,mama  fikir positif..maksudnya anak mama dah makin cerdik..nak ada orang je dekat dia, nak kan perhatian.Love u son!! 


 Tapi esoknya saya tanya teacher dia lagi. Aisy meragam lagi ke??
 Jawabnya: Tak meragam sangat hari ni..Ok je..
* Dalam hati: Good boy anak mama*

Thursday 13 December 2012

Newborn Baby Presents for Aisy

Ni antara  hadiah yang Aisy dapat masa Newborn dulu..Terima Kasih semua. Semoga dimurahkan rezeki kalian..Mama snap gambar tau.Over mama ni..hehe..Sebagai kenang-kenangan..


1st gift ni dari Mak Long & Pak Long Aisy merangkap kakak saya 


Ini dari Pak Su, Pak Tam, Pak Long& Mak Long Aisy (Keluarga Hubby)


Dari kawan Tok Aisy.


Dari kawan papa Aisy


Dari Mama Ella & Family (Cousin hubby)

Ni ucapan dari Aisy : Kita nak ucap Terima Kasih sebab bagi kita hadiah. Walaupun ada yang baju kita, kita dah tak muat sebab kita dah besar kan ..Umur kita 4 bulan dah..plus kita minum susu mama kita..So saiz kita besar sikit..Tapi tak pa baju yang dah tak muat tu kita simpan elok-elok untuk adik kita pakai nanti..last but not least tq again ..bye..kita nak tengok upin ipin.. 
*Confius jab..Aisy speakin London + megelarkan diri dengan "kita"??? Whut!!!*

Doa Mudah untuk Anak

Credit: Tok Wan

Doa mudah dan ringkas tersebut adalah:

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA..MUHAMMAD AISY ISKANDAR...(sebutkan nama penuh anak)


Mudahkan? Rata-rata selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini.Ibubapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam-dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak-anak kita.Mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita.??Maksud yang terkandung dari ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLA HIWABARAKATUH.

1-ASSALAM : SEJAHTERA
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak-anak kita pada hari itu.Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

2-WARAHMATULLA : RAHMAT ALLAH
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka.Bukankah rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan di dalam hidup kita ini.

3-WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita selalu mendoakan anak-anak kita diberikan berkat oleh Allah dalam setiap amalannya,perbuatannya dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, itulah yang kita mahu untuk keberkatan dirinya.

Waktu yang lebih bagus lagi untuk mengucapkannya buat anak-anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur.Bayangkanlah celik-celik mata sahaja sudah memperolehi doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna dan indah untuknya.Selain dari itu waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah dan bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak-anak.

Jiwailah salam dan doa,hayatilah setiap rangkai maksudnya dan tunjukkanlah dengan kasih sayang dan cinta buat si anak.Senyumlah dengan penuh kasih sayang pada mereka ketika kita mengucapkannya.Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera dalam rahmat Allah dan sentiasa diberikan keberkataan dalam hidup mereka oleh Allah.

Semoga mata kita akan terbuka dan memahami betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.Doa yang sama kita ucapkan kepada kekawan apabila kita memberikan salam InsyaAllah diberkati selalu.

Petikan Hadis :
Imran Bin Hussin melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad SAW . Lelaki itu berkata, "Assalamualaikum"Nabi Muhammad SAW berkata,"Dia mendapat 10 pahala" Kemudian datang pula seorang yang lain dan berkata "Assalamualaikum warahmatullah"Nabi Muhammad SAW berkata,"Dia mendapat 20 pahala"kemudian datang lagi seorang yang lain,"Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh."Nabi Muhammad SAW berkata,"Dia mendapat 30 pahala"

Semoga dapat kita amalkan demi kebaikan bersama. Insyaallah.

Wednesday 12 December 2012

2nd Anniversary Celebration

Tahun ni sambut simple-simple ja.. Tapi tetap best!!! En suami kata hadiah postpone bulan 1 ..hadiah pergi honeymoon kat sabah la tu..*ceit!.. Sian Aisy kena tinggal..huhu..Seperti tahun sebelumnya, saya order cake nak suprise en.suami..Sekali dia balik kerja dia godek-godek handphone saya dan nampak la gambar kek yang saya snap tu..*Spoil!! Kalau ikutkan nak celebrate malam 12am 10/12/12 tu..Tapi memandangkan Aisy dah tidur..Kita postpone esok ja la sambut .. Esoknya lepas balik kerja baru la potong-potong kek..snap-snap gambar..Dan malamnya en.suami suprisekan dengan Filem Istanbul Aku Datang yang memang dah lama saya nak tengok..So sweet..Aktiviti seterusnya lagi sweet..Eh!!



1st Anniversary berdua..2nd Anniversary bertiga..3rd Anniversary??


Mama sayang Aisy



Rev Velvet Cake..Nyum!!

Walaupun hanya sambut hanya potong-potong kek ja..tapi bermakna tau..Yang penting orang yang kita sayang ada..Ceewah!! Looking forward to celebrate for a thousand year!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015