Kami sekeluarga tak ketinggalan pergi ke 4th maternity & children expo di Mid Valley..Dah kali ketiga pergi expo ni..Masa tu Aisy dalam perut saya lagi..keke.. Sampai sana dalam pukul 12 tengah hari.. Masa tu parking kira banyak kosong lagi..Tapi jalan dah mula jem waktu tu..*Nak parking banyak sila parking kat The Garden*..Cadangnya nak shopping sama-sama..Sekali mama yang shopping sorang sebab ramai sangat orang..Dengan nak tolak stroller lagi..Nak berhimpit bagai..Jadi saya sorang la yang memborong barang..Kali ni tak banyak sangat pun beli..Cadangnya nak borong pampers untuk Aisy ..Sekali tengok tak da booth Drypers pun..Nak beli Mamy Poko tapi saiz M pukul 5 baru ada stok..Grrrrrrrrr..!!!
Yang plastik kosong Maclaren tu sebenarnya pelapik untuk stroller Aisy..Walaupun kami pakai stroller Halford..tapi muat ja Maclaren punya brand..haha..
Ni semua beli kat Booth Pureen..Memang kalau datang expo ni mesti serbu kat sini dulu..4 helai baju mama rembat untuk Aisy..Semua saiz L..hehehe..Murah! Harga baju Lengan panjang RM 15 jer. Set Baju berkolar tu RM25..Bebaloi-baloi..
Favourite booth: PUREEN !!
Dapat free kalender 2013 *yeay!
Dapat free kalender 2013 *yeay!
Saya belikan Aisy baju mandi..Masa beli ni dan dan imagine Aisy pakai ..So cutee!! Tak sabar nak bawa Aisy turun mandi kat swimming pool..Selama duduk kat apartment tu tak pernah pun mandi kat sana..Ni dah ada anak ni boleh la..
Tu je lah yang saya beli..Nak beli pampers tak kesampaian..Last sekali beli kat Manjaku Bangi jugak..hehe..
1 comment:
alalala kompom comel aisy pakai bju mandi tu,hihih
Post a Comment