Masih belum terlambat kot nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin. Raya kali ni en.suami kena kerja. Jadi saya dan Aisy je yang balik beraya. Ayah turun KL*Kebetulan* untuk teman masa nak balik Kampung. So, En suami tak perlu hantar balik sampai kedah. Lepas tu balik KL balik untuk kerja. Selalunya mesti posing dulu selepas sembahyang raya. Tapi raya kali ni semua nak cepat ja. Jadi posing kat luar rumah ja la..hehe.
Kakak, Tok, Mama dan Aisy
Wan pun nak join gak.
Pak Su pun nak posing dengan Aisy,,tapi Aisy sedap tidur daaaaaaaa..
*Anak Bertuah*
Destinasi wajib adalah rumah tok. Lepak lama jugak rumah tok. Tahun ni ada menu baru iaitu moi a.k.a bubur nasi. Sedap. Jang yang masakkan..Terbaiklah! Raya kali ni semua ada kecuali en.suami *sedih! * tapi tulah tak pulak ambil gambar ramai-ramai bila dah semua ada..
Masa awal-awal sampai Aisy OK je layan semua orang. Tapi tak berapa nak senyum la. Bila dah masuk tengah hari Aisy mula nangis. Mungkin cuaca panas terik dan pelik tengok ramai sangat orang dan mungkin kembung perut sebab mama dia melantak lemang pagi raya tu..Kesian Aisy. *Sorry Anak Mama, Mama kempunan*.Nangis sampai tertidur. Bila Aisy bangun kami bertolak balik rumah. Rest kejab. Lepas tu keluar pergi rumah cousin makan-makan. Masa ni tak bawa Aisy pun. Sebab kesian dia dah tidur nyenyak..Jadi mama saya a.k.a tok aisy yang jaga dia. Kalau ikutkan malas dah nak pergi. Tapi kesian dekat ayah pergi sorang-sorang. Jadi kami adik beradik yang pergi teman dia.Tamatlah kisah raya kami sekeluarga.
En. Suami yang tak balik raya sebab bertugas untuk negara!
No comments:
Post a Comment