Thursday, 10 November 2016

Trip ke Cameron Highland - Day 1


 Bulan lepas ada family day di Cameron Highland..
Mama dah aim nak makan strawberi dan borong sayur la apa lagi..
Pergi 2 hari 1 malam je..Memang dah aim tempat yang nak pergi je..
So tak rushing sangat..Santai-santai je ..


On the way nak ke Cameron tu kitorang singgah sekejab di Air Terjun Lata Iskandar..
Singgah amik gambar je pun..hihi..Last year datang tak singgah pun sebab ramai orang..



Sampai je terus tuju port wajib kalau datang Cameron Highland iaitu The big red strawbery farm berdekatan pekan berinchang.. Masa ni dalam pukul 12 dah start ramai orang..So terus beratur dan order..

Meyelerakan betoi masa ni sebab sejuk2 terus jadi lapar.
**bukan spesis sentiasa lapar ke?haha..

Waffer strawbery tu paling WIN..Salad pun sedap dan segar..Eh semua sedap la...
Kali ni rasa strawbery dia manis .Dulu datang masam nau2....
Terus beratur lagi sekali order Strawbery Coklat..hihi..
 
Dua beradik ni dah besar excited la kalau bawa jalan-jalan.


Strawbery Coklat..Sedapnya tengok gambar ni..


Alisya pun suka  makan strawbery.. 


Aisy kat belakang tu..Bukan main suruh ambil gambar dia..

Selesai isi perut kitorang check-in hotel...Rehat dan solat..
Petang sikit baru keluar ke Pasar Malam Berinchang..
Borong strawbery, coklat , udang goreng tepung, cucur ubi manis bulat2 tu , air jagung dll..
Makan sementara nak tunggu dinner family day malam tu..

Balik hotel rehat kejab dan bersiap-siap untuk dinner..Makan di restoran thai. 
Lepas dinner kitorang pergi lagi sekali Pasar Malam berinchang tu..
Sebab nak repeat beli cucur ubi bulat2 tu warna purple n oren..Lupa snap gambar..
Serius sedap sangat..


Kat pasar  ni Try rasa "sea coconut" ni..Tapi better la minum air dia..Sebab tak rasa apa pun bila makan buah camtu je..haha..Manis pun tak apa pun tak..haha..


Aisy makan jagung..Lemak manis..

Day 2..Bersambung..hihi..


1 comment:

achiek anis said...

Rindu plak tgk cameron ni..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015