Tuesday 25 June 2013

Warkah buat Lelaki Ini

Lelaki ini,
Adalah insan yang berjaya menambat hati saya suatu ketika dulu dan insyaallah untuk selamanya,
Lelaki ini yang sentiasa ada walau susah dan senang,
Lelaki ini yang banyak berkorban mencari rezeki untuk saya dan keluarga,
Lelaki ini yang sentiasa inginkan kebahagian insan lain lebih dari diri sendiri,
Lelaki ini yang selalu membuat saya gembira..
Lelaki ini jarang sekali merungut dan mengadu domba..
Lelaki ini  selalu sedaya-upaya menolong orang walau kadangkala dia sendiri dalam kesusahan..
Lelaki ini yang banyak bersabar dengan kerenah isterinya..
Lelaki ini yang ringan tulang membantu kerja rumah..
Lelaki ini seorang yang memahami..

Terlalu banyak kebaikan Lelaki ini di kaca mata saya.Walaupun manusia biasa bukan sempurna ..Tetap dan tak pernah lari dari  melakukan kesilapan..Tapi dia adalah kurniaan terbaik olehNYA buat saya..

Lelaki ini adalah EN.SUAMI tercinta..


Kadang-kala mulut ini jahat sangat nak keluarkan kata-kata yang mungkin menyakitkan hati suami walaupun hal sekecil zarah..Iblis dan syaitan tak pernah jemu bertasbih supaya ada sahaja benda nak menjadi percakaran suami isteri..Jahat sungguh..!! Iman pulak seakan goyah dengan bisikan itu..Lemahnya iman mu isteri...Tugasmu adalah membahagiakan hati suamimu...*tersedar*..Ampunkan dosaku..

Maafkan sayang abang..

Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa-dosa suamiku di atas segala kebaikannya..Amin...

LOVE,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015