Monday, 3 June 2013

Jalan-jalan di Jusco

Hari Sabtu lepas keluar sekejab petang tu pergi ke Jusco Cheras II tu..Tujuannya nak cari sandle..Tapi tak jumpa pulak yang berkenan..Maklumlah, nak yang selesa tapi nak murah & cantik..haha..! 

Hari Jumaat tu kami laki bini ambil cuti sebab nak bawa Aisy cucuk vaksin pneumococal..Kata dokter memang cucuk tu tak demam..Tapi esoknya, hari sabtu tu kepala Aisy panas dari biasa..
Tapi cek suhu tak da demam pun..


*picca: tarikh salah*
Sebelum kuar jenjalan haruslah posing-posing dulu..
Dah lama gila kot tak ambil gambar berdua ja dengan en.suami..


Masa keluar tu ada beli barang kat atas ni.Ada yang beli kat DAISO..Ada kat HOME..Mama Aisy berangan2 nak ber'bento' untuk Aisy..Berangan buat cookies bentuk comel-comel kat Aisy..Haruslah angan-angan dulu..

Harap-harap bukan angan-angan mat jenin yer mama aisy!


Jalan-jalan kat JJ tu tertarik pulak dengan durian ni..Cantik ja kaler dia! Walaupun harga cekik darah boleh dapat ciput ja durian lekat celah gigi..Tapi nafsu makan mengatasi segalanya..Rembat juga! Rasa durian tu sangat megecewakan! Tak manis! 

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

sedapnya durian...buat masa sekarang pantang kejap dari durian... hu hu hu...

mama ila said...

sedappnye durian..kuning betul warnanya...mesti sedap kann..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015