Thursday, 27 June 2013

10 Month: Muhammad Aisy Iskandar

Update masa 9 bulan tak sempat..Jadi mamanya skip yer..

Diusia 10 bulan ni, 
  • Aisy dah pandai duduk sendiri..
  • Dah pandai dan suka memanjat..
  • Boleh berdiri dengan sendiri kalau ada benda nak paut..
  • Dah pandai main sendiri..Letak ja mainan banyak2..dia akan main ketuk2..
  • Suka bebnor campak barang..Dapat toys campak..Dapat remote tv campak..Dapat handphone pun campak..Agaknya dia suka dengar effect bunyi bila campak barang tu kot..
  • Tak memilih makanan..Telan je semua yang mama masak..KECUALI Oat! Aisy tak suka! Or sebab mama buat tak sedap..Or sebab ikut mama jugak tak suka oat..apa2 lah..hihi
  • Macam-macam style duduk sekarang ni..kejab bersimpuh...Kejab duduk ala katak tu *mama pun suka dok katak dulu..hihi..*.
  • Pandai berlakon menangis ..kira buat-buat nangis lah..sebab Aisy selalu kadang2 cubit mama ni haa..kukunya tajam kemain..mama buat-buat lah nangis..Cepat betul dia belajar..Sekarang dia pulak suka2 buat2 nangis..Adoinyeepuuuunn~
  • Pandai pegang botol sendiri dah...hihi..
  • Dah pandai nak berkawan..Ada sekali tu cikgu dia kata dia ketuk kepala kawan dia dengan botol..Amboi nak! nak berkawan la tu tapi cara kasar sikit..haha..
  • Aisy dah pandai merajuk..Pernah 2x masa saya nak ambil Aisy kat nursery petang tu..Dia boleh tak nak kat saya..Dia nak pergi kat cikgu dia..Sentap mama nak oiii! Cerdik anak mama ni..
  • Dah pandai kiss jugak..sejuk hati mama..


Proses memanjat 


Muka Serius *malas nak rotate!


Berdiri dengan sokongan sofa..


Makanan Aisy: Bubur + Salmon Fish +Tomato..


Ayunya SOPAN anak mama duduk..


Main-main sendiri...

Tu jer perkembangan Aisy 10 bulan ni yang mama dapat ingat...Sehingga ketemuk! Daa!

2 comments:

hayati hashim said...

Hai aisy.
Jgn duk belajar merajuk sgt eh...
lelaki kena tough :)

Amy J said...

comelnya dia >.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015