Tuesday, 18 March 2014

Cuci masuk kotak


Aisy dah nak masuk 2 tahun dah baru mama aisy gigih nak simpan perkakas aisy..
Bukan tak nak buat awal2 tapi kekangan masa dan kemalasan menjadi penyebab utama..
Dah dpt mc 2 minggu sebab misscarriage ni la ambil peluang nak mengemas ..
Padahal tengah mood berpantang ni..Dah kalau tak buat sekarang bila lagi..
Sakit pulak mata tengok habuk2 yang dah seinci tebalnya..hihi..

Hari ni keluarkan semua yang rasa dah tak guna, basuh dan masuk kotak..
Nanti adik baby bleh guna balik..barang tak la banyak mana pun..
Tapi lebih kepada segan nak buat..


aisy hari ni hantar juga nursery sebab dah seminggu dia tak pergi.
Nanti takut cuti lama2 nanti meragam pulak bila nak hantar balik..
Ok nak sambung lipat baju dan sidai baju pulak..lepas tu nak masak..


macam ni rupanya kalau jadi suri rumah..
Ingat boleh landing2 ..tapi non ada..tup2 dah petang dah..
Ada je benda nak buat..Cepatnya masa berlalu..

Tapi best gak kan jadi suri rumah.. Eh!!!!

3 comments:

mommy.aisy.hana said...

Best jadi surirumah.. best. Hehe
Penat bak kata org2 tua smpi x sempat nk kering tangan....

Farah Waheda Wahid said...

selamat berpantang dan semoga lepas ni dikurniakan rezeki baru, memang kalau buat kerja rumah ni tak pernahnya nak habis...

nurul andeliana said...

nak jd suri rumah gak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015