Saturday, 8 March 2014

Pengalaman keguguran dan D&C

Hari rabu lepas dinner terus ke KPMC untuk check up adik baby dah 10 week++..dr mimi scan perut macam biasa..tapi kali ni dia tak dapat nak detact heart beat adik baby.. Lepas tu dia mintak scan melalui bawah tu.. Dah dr sahkan adik baby dah tak da..sebab dah tak de degupan jantung dan adik baby tak membesar..saiz masih 8 week walaupun sepatutnya dah 10 week. Saya misscarriage. 

Bila dr. Cakap nak scan bawah tu mmg dah berjurai air mata dah.. Sedih sangat.. Mmg tak bersedia mental dan fizikal sbb masa scan 8 week tu nampak elok je degupan jantung dan saya tak da lansung keluar bleeding. Walaupun sedih saya terima dengan ujian ni.. Redha Dan percaya yang ALLAH ada rencana yang lebih baik.. Insyallah..lepas dapat tau saya keguguran mama terus datang dari kedah...terima kasih mama..


Semalam Hari jummat dr set untuk buat D&C..ini pengalaman ke-2 buat D&C di kpmc..
Malam sebelum d&c saya dah mula berpuasa..


900AM : Admit ward

1015AM : 2 biji ubat dimasukkan di bawah untuk buka dan kecutkan pintu rahim..lepas masuk ubat ni waktu ni just rasa lenguh..belum rasa contraction ..

1200PM : Saya diberi suntikan lagi..masa ni dan mula rasa sakit contraction..masa ni mama mula baca yasin 2 kali sambil urut saya yang dok menahan sakit..lepas tu mama mintak saya minum sikit air yasin dan alhamdulillah 5 minit kemudian terasa ada air/ darah mengalir kat bawah dan sakit pun dah beransur hilang....

130PM :Saya dibawa ke operation theater untuk D&C..

145PM :Dr mimi datang dan saya diarahkan untuk hidup oksigen.. Kemudian dr masukkan bius.. Saya mula rasa kebas satu badan dan perit sikit kat tangan masa dr masukkan ubat bius. Tak sampai seminit saya dah tak sedarkan diri..

245PM : Saya dikejutkan nurse untuk berpindah semula ke ward.. Alhamdulillah..Semua dah selesai..masa ni mmg berat sgt nak buka mata mungkin kesan ubat bius belum habis..

Lepas dah boleh kencing saya dah boleh balik...terus pergi ambil aisy di nursery..Alhamdulillah dengan izin allah lepas D&C langsung tak da rasa sakit . Dan bermula  episod berpantang...syukur Dipermudahkan segala urusan .. Dan saya percaya yang rasa sakit yang Allah bagi ni juga untuk menghapus dosa-dosa..

5 comments:

MisZ FyZa said...

Skang asyik dgr cete kwn2 keguguran..rase takut..Slamat berpantang ye..

MisZ FyZa said...

Skang asyik dgr cete kwn2 keguguran..rase takut..Slamat berpantang ye..

mommy.aisy.hana said...

takziah zati.
insyaAllah kita doakan yg baik baik ye..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. Allahuakbar. sedih sheila baca.. semoga awak kuat tabahkan diri menghadapi dugaan ini. in shaa Allah, ada rezeki lain buat kalian. jaga diri baik2 ya

Azie Syaz said...

As salaam..nak tya brape ye kos dnc Kat dpmc

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015