Tuesday, 24 December 2013

Resepi Grill Salmon

*penangan makan salmon fish di ikea..teringat-ingat! 
terus ajak hubby beli barang masak.. 





Bahan-bahan ( 2 orang ) 
  •  2 keping ikan salmon
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam 
  • Brokoli
  • Kentang
  • Tomato 

Bahan-bahan untuk sos 

  •  2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
Cara-cara
  • Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  • Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan/Grill dgn minyak zaitun sehingga perang/masak. Grill sekali tomato..
  • Rebus kentang & brokoli bersama secubit garam
  • Sedia untuk dihidangkan

1 comment:

DYatie said...

Wahhh. Sedap nyer! Nyum. Nyum. Nyum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015