Sunday 30 October 2016

Engagement Adik 16.10.16

Fuh fuh berhabuk blog cik tie. Macam-macam nak cerita tapi mood nak update kelaut biru je.
Ni cerita last year jugak. Satu-satunya adik cik tie dah selamat bertunang dengan gadis Serawak.

 Tiket adik dah siap-siap booking awal. Tapi masa ni last minit en.suami tak dapat join naik flight yang sama sebab ada last minit event. So dia naik flight lain sebelah petang. Kami bertolak hari sabtu pagi dan majlis hari ahad.

Sabtu tu bertolak awal pagi ke Putrajaya Cental. Naik keretapi ke KLIA 2.

Sampai di KLIA, kami breakfast dulu di KFC. Kat bahagian luar ni ada view kapal terbang mendarat. Terbaik lah.. Aisy dan alisya excited 1st time nak naik kapal terbang.



Breakfast sambil tengok kapal terbang. Cik tie nervous juga masa ni 1st time nak bawa diorang naik kapal terbang. Dah la kena handle sorang-sorang. Alhamdulillah dipermudahkan. Anak-anak behave. Cuma alisya je mula-mula dia nak duduk seat sorang-sorang. Padahal kena beriba dengan mama sebab belum 2 tahun kan..hihi..Lepas dah berlepas tu masing-masing tidur je..Sebab dah penat berlari masa kat airport tu.

Cucu tok dan wan.

Ni kali ke-2 cik tie sampai Serawak. Dulu tahun 2013 aisy kecil lagi. 
Masa tu datang dengan family mertua..

. Sampai je Serawak dah ada van pick up. Adik ipar (Liza) dah sediakan. So kami jumpa Liza dan dia bawa makan lunch dan terus ke pasar sarikin. Masa lunch tu makan laksa serawak la. Sedap! 
Di pasar sarikin sempat la beli cenderahati, t-shirt , telekung dan buah salak. Lepas dah puas berjalan. Liza bawa kami ke homestay. Selesa sangat . Malam tu rehat-rehat je sambil siapkan hantaran untuk majlis pertunangan esok.


Esoknya 16.10.16 (sempena birthday adik)  berlansungnya majlis pertunangan adik. 
Alhamdulillah semua berjalan lancar. 




Lepas dah selesai majlis. Balik homestay kemas-kemas barang. Dan pukul 2 bertolak ke Kek lapis Mira nak borong kek.Wajib borong la dah jarang-jarang sampai kan. Dan sempat jugak makan mee kolok di food court dekat mira kek lapis tu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015