Friday 11 January 2013

Bayi dah ready ke nak makan solid food?

Memang dah target nak bagi Aisy makan solid food masa 6 bulan 1 hari seperti yang disarankan oleh KKM. Tapi bila tengok Aisy yang dah 5 bulan tu  macam teringin ja nak makan sebab bila tengok saya atau en.suami makan..dia akan gerakkan mulut macam mengunyah tu..Selain itu pantang apa-apa objek yang ada dekat mulut dia termasuk tangan saya dia akan keluarkan lidah macam nak menjilat tu..Kesian pulak tengok Aisy..Tapi setakat sekarang belum lagi bagi makan. Tengah bersabar nak tunggu Aisy 6 bulan..Walaupun dalam hati kesian sangat tengok anak macam teringin benor nak makannya..

Kat bawah ni ada sedikit info berkenaan "Kesediaan bayi untuk mengambil makanan pelengkap"

Apabila bayi menjangkau umur 6 bulan ke atas, mereka sudah bersedia untuk menerima makanan pepejal jika terdapat tanda-tanda seperti berikut:
  1. Bayi boleh mengangkat kepala dengan sendiri. *Dah boleh*
  2. Bayi boleh duduk dengan diampu oleh tangan ibu/ penjaga atau hanya bersandar pada kerusi. *Dah boleh..mesti ampu dari belakang la*
  3. Bayi mengunyah walaupun tiada makanan di dalam mulut. *tengah berlaku sekarang!*
  4. Bayi gemar memasukkan tangan atau permainan ke dalam mulut. *Yes!*
  5. Bayi menunjukkan minat terhadap makanan dengan membuka mulut. *Betul*
  6. Bayi masih lapar walaupun selepas menyusu. *Tak pasti. Selalunya lepas minum susu terus tidur*
  7. Walau bagaimanapun, jika bayi yang berumur 4 – 6 bulan tidak mengalami pertambahan berat badan selepas semua usaha memperbaiki cara penyusuan telah dilakukan, makanan pelengkap haruslah diperkenalkan. * Tak pasti.Petang ni baru nak timbang!
Bila baca point kat atas macam kebanyakkannya semua Aisy dah lalui.. TAPI Aisy baru  5 bulan ..huhu.Dilema~ Nak bagi makan ke tak? Bila baca lagi info kat bawah ni terus TAKUT nak bagi makan sekarang iaitu di usia 5 bulan!

Kesan memberi makanan pelengkap kepada bayi awal, iaitu sebelum berumur 6 bulan
  1. Bayi mungkin tidak mahu meneruskan penyusuan atau minum susu kerana kenyang.
  2. Kerosakan fungsi buah pinggang dan sistem pencernaan akibat fungsi organ yang tidak matang.
  3. Berisiko terhadap sebarang jangkitan, alahan dan cirit – birit.
  4. Kesan memberi makanan pelengkap kepada bayi lewat daripada umur 6 bulan
  5. Bayi susah atau lambat menyesuaikan diri terhadap makanan baru.
  6. Proses tumbesaran mungkin terganggu.
  7. Boleh menyebabkan kekurangan nutrien.
Kesimpulanya: Semestinya ibubapa nak yang terbaik untuk anak masing-masing kan...tepuk dada tanya minda! Nak tanya anak pun tak boleh nak bercakap lagi..keke..*tak lawak!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015