Monday, 22 April 2013

Percutian di Kuching Serawak Day 3

Sambungan >> Day 1Day 2

Percutian 4 hari 3 malam di Kuching Serawak
DAY 3

Pasar Serikin-Wind Cave-Tasik Biru-Jong Crocodile-Terubuk Ikan Masin di Pasar Satok,Kubah Ria-Restoran Barok,Kg Boyan


Hari ke-3, kami ke Pasar Serikin (Sempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia).. Ambil masa dalam 45 minit dari Kuching..Kat sini barang-barang boleh tahan la murah..Tapi kena padai tawar menawar la..Jalan-jalan beli barang sampai pukul 12 tgh hari..Kalau ikutkan tak puas lagi membeli. Tapi en.suami dah ajak gerak sebab nak jalan tempat lain pulak..dan aisy pun nak ngantuk..


Masa sampai ni orang tak berapa ramai lagi..Cuaca panas terik hari tu..Kesian Aisy..


Frust juga sebab tak puas lagi tengok-tengok  barang kat Pasar tu..huhu..Kami meneruskan perjalanan ke tempat-tempat menarik di sekitar Bau ..Antaranya Gua Angin @ Wind Cave..Datang sekejab je ambil gambar..Tak masuk pun dalam gua tu ..macam tak sesuai je sebab bawak anak kecil kan..



Dalam perjalanan juga ada ternampak signboard Tasik Biru..Jadi moh ler singgah!..Memang biru warnanya..Nyaman ja kat sini..


Kemudian kami bergerak ke Semanggoh Orang Utan..Namun nasib tak menyebelahi sebab TUTUP (waktu rehat 1230pm-230pm..Frust! Kami terus ke Jong Crocodile..Sampai sana pukul 1tengah hari camtu..Katanya ada persembahan pukul 3 pm..Jadi kami lepak-lepak kat sana hampir 3 jam jalan-jalan dan menanti persembahan tu..Kematu bontot menunggunya..Dah alang-alang datang rasa rugi pulak tak tengok kan..Habis satu jong crocodile tu kami tawaf..








Teruja sangat tengok show..walaupun tengok buaya diberi makan ja..tapi itu bukan kebiasaan k..berbaloi tunggu..ngeri pun ada..haha..imagine bukan-bukan pulak..

Lepas dah tengok show..Kami balik ke kuching untuk makan...Sebelum tu singgah Pasar Satok beli ikan masin..Siap dengan packing lagi.. ..Kemudian, Kami makan di Restoran Barok, Kg Boyan..Lapar kot pukul 4 tak lunch lagi..huhu.


Add on:Mussel bakar


Order set..Ada tomyam + sotong goreng tepung+Sambal udang+Siakap stim+tauhu telur+sayur midin belacan +air satu jug,,RM160++ kot..Disebabkan lapar, habis licin kami makan..

Lepas makan ni sempat tapau laksa serawak lagi kat food court kg boyan nun..Dasar perut tong kan..hihi..Nasib baik mak mertua sporting..hihi..Balik  rest!

Bersambung..

4 comments:

cha said...

fuh i bab makan tu yg terliur tu gambar buaya i scroll laju laju sebab takut haha

Ayu azmir said...

seronoknya bercuti

Erina Asmawani said...

Melawat tempat orang jauh2 wajib terjah semua tempat best2 kat sana kan. Dan harus cuba makanan diorang. Best kan Sarawak :)

Izzati Asyraf said...

tulah..sebelum pergi dah google siap2 mana tempat n makanan yg best..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015