Thursday, 11 April 2013

Percutian di Kuching Serawak Day 1

Percutian 4 hari 3 malam di Kuching Serawak
DAY 1

LCCT-Kuching-Check In Homestay-Perahu Tambang-Waterfront-Mira Cake House-Mee Kolok @ Kubah Ria

Percutian keluarga ni beli masa ada promosi Air Asia..Booking masa bulan disember last year..
Flight pukul 845 pagi dari LCCT..
Lebih kurang 1 jam 30 minit sampai lah ke bumi Kuching, Serawak..


Aisy excited nak pergi bercuti.. Behave ja dia dalam stroller tu..
Nota Kaki: Air Asia> Stroller boleh bawa sampai pintu tangga kapal terbang tu..Bila dah sampai..Diorang akan letak kat tangga jugak..



Pemandangan indah..Bumi Serawak..


Tiba di LCCT kuching dalam 1015 pagi..Masa ni tengah tunggu adik ipar ..Dia naik flight dari UPM Bintulu Serawak untuk join cuti-cuti di Kuching..

Agenda diteruskan dengan check in homestay di MJC COURTYARD SANCTURY.. Area Batu Kawah..Sewa Apartment RM150/night.. Sangat selesa.. Sesuai sangat untuk percutian keluarga..Ada swimming pool *Tak sempat mandi pon*

Lepas dah check in dan rest sekejab..Cadangnya nak makan di Restoran RJ Ayam Penyet yang katanya best..Tapi tak bukak pulak..Pukul 6 petang baru buka.. Perut pun dah lapar sangat..Jadi kami makan Pizza Hut ja..Frust btol!..Destinasi seterusnya, kami ke Waterfront, Kuching untuk jalan-jalan dan misi mencari kek lapis.. Hari pertama dah shopping kek lapis..Nasib baik la homestay tu ada sediakan peti ais yang gabak besarnya..Boleh la simpan ..


Naik perahu tambang RM0.50 sen seorang..Amibil masa lebih kurang 3 minit ja untuk ke seberang..


Dah sampai seberang Waterfront a.k.a Kg Boyan.. Kat sini terdapat foodcourt ..Macam-macam jenis makanan serawak ada kat sini..Macam mee kolok, laksa serawak etc. Tapi kami tak makan kat sana pun hari tu..


Sampai ja terus terjah Mira Cake House.. Rata-rata mengatakan yang Mira Cake ni sedap dan lembab..Boleh rasa sampai kenyang kek kat kedai ni..Apa lagi borong la kami kek lapis..saya beli tak banyak pon..13 biji je..Mak beli 22 biji..Pitam!
Beli 10 free 1..



Macam-macam ada..Pilih jangan tak pilih..

Lepas dah borong kek lapis..Kami berjalan sekitar waterfront nun..Ambil angin dan yang penting ambil gambar! hihi.. Kat kuching ni banyak lah replika kuching..


Kat Kuching nun, Asal petang ja hujan..So kena prepare payung segala..Lepas dah jalan-jalan kat water front, kami ke Kubah Ria @ Pasar Satok(Sabtu& Ahad) untuk jalan-jalan cari makan.. Kat Kubah Ria ni pun ada food court dengan pelbagai masakan.. Kami makan mee kolok goreng & sup..Ok lah ...Rasa macam maggi pun ada..hihi..




Mee Kolok..

Lepas makan..Balik homestay rest! Esok nak jalan-jalan lagi..

Bersambung................


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015