Thursday, 18 April 2013

Solid Food 8 bulan untuk Aisy

Sejak 2 menjak ni memang liat bebenar mama aisy nak snap gambar solid food aisy..
Mungkin sebab penat dah balik kerja..
Terus prepare nak masak untuk bekal aisy esoknya..
Tapi mama enjoy ja masak untuk aisy..
Saya masak 2 hari sekali je..Lepas dah masak, blend n pack siap2 untuk bekal aisy..
Selalu masak 2 sudu besar beras boleh la bekal aisy untuk 2 hari..

Menu terbaru masa aisy 8 bulan :
  1. Bubur Nasi + Puree Bayam + Ikan bilis *Aisy suka*
  2. Bubur Nasi + Puree Carrot + Puree Bayam + Puree Labu + Ikan Bilis
  3. Bubur Nasi + Brokoli (1st time=pass) + Ikan Bilis *Aisy SUKA sangat*
  4. Bubur Nasi + Brokoli + Tauhu lembut + Carrot + Ikan Bilis
  5. Taufu Lembut + Puree Kurma (Tau fu fa versi baby)
Nak kongsi sikit Resepi Tau Fu Fa versi Bayi
       -Taufu Lembut  -Puree Kurma @ kurma - Air
Cara: Masak sedikit air, Masukkan puree kurma, tunggu sehingga larut,
masukkan taufu lembut, tutup periuk   masak sehingga 5 minit..
*Kalau tak prepare puree kurma..Rebus ja kurma yang dibuang kulit 5 minit..
Baru masukkan tauhu lembut..

Mudah kan.Selamat mencuba..



Lepas ni nak try bagi aisy makan oat pulak..

3 comments:

cha said...

resepi tu sume mcm sedap je. i pun suka bubur letak ikan bilis hihi

Reyha said...

time anak baru start nak kenal solid food ni la sgt best kan. bila anak mkn dengan penuh selera, lagi rajin kita nak masak kan.

Izzati Asyraf said...

cha:sedap..tapi bubur versi baby ni takda tambahan garam + gula..jadi faham2 la rasanya camna..hihi
reyha: aah excited sgt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015