Friday, 1 February 2013

Budak kena tinggal

Lama tak cerita pasal Aisy.. Asyik cerita pasal "honeymoon" mama n papa ja..Sentap Aisy tau!! hehe.. Sedih tau nak kena tinggal anak..Nak bawak pun macam rushing sangat.. pergi kejab ja kan..Lagipun Aisy kecik lagi.. Nanti bulan 4 mama n papa bawa p Serawak pulak k! *pujuk-pujuk*

Terima kasih sangat dekat  MAK *M.I.L sebab kena paksa ambil cuti jaga Aisy..*haha*.. Masa kat Sabah jangan cerita la berapa kali dalam sehari call mak n pak tanya khabar Aisy.. So far, Aisy behave ja .. Cuma kadang-kadang ja dia meragam sikit.. Yang lawaknya, setiap kali call mesti tengah tidur..Setiap kali tidur mesti mama call..Adoi!..


Lagi seminggu genap umur Aisy 6 bulan.. Mama excited nak bagi Aisy makan.. Kalau ikutkan dah nak bagi ..tapi .. en .suami suruh tunggu sampai 6 bulan..Tak pa Aisy.. Kalau mama berjaya pujuk papa nanti dapatlah Aisy cuba makan solid food..yeah!! So far, segala persiapan & peralatan untuk bagi Aisy makan dah tersedia.. Cuma nak beli barang nak masak aja.. Sekarang pun masih terfikir nak bagi makan apa untuk 1st solid food.. bubur atau puree? dan  puree buah ke puree sayur? Anyone? 



Perkembangan terbaru Aisy di usia 5 bulan 3 minggu:

  • Masa balik dari Sabah tu , Aisy jadi sangat manja ok.. Tengok tak da sapa mula la menangis keluar air mata berjurai-jurai.. Amboi! anak mama protes ke?.. 
  • Aisy adalah pencinta teether ok... bila dapat ja dikunyah-kunyahnya.. 
  • Masa 5 bulan 1 minggu, Aisy dah mula capai dan hisap ibu jari kaki macam entry sebelum ni..
  • Dah pandai borak sorang-sorang. Pitching tinggi oooooooo.. Kadang-kadang dengar macam sebutan "ALLAH"..tapi sebutan yang meleret panjang la ..*boleh bayang tak??*...lawak sangat! Alhamdulillah, anak yang soleh ni.. 
  • Pe'el Aisy sekarang kalau mengantuk, dia akan menguap sekuatnya dan panjang .. Kalau orang dengar mesti orang cakap menguap macam org besar ja.. Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! bertuah anak mama..
  • Pantang ada benda depan mata semua nak capai masuk mulut.. hari tu balik kampung , nenek ada bagi duit untuk Aisy..Laju ja dia grab! Aisy2..kok yer pun..hehehe..
  • Sekarang waktu nak tidur mesti meragamnya lebih sikit..Mama layankan jer.. Waktu tidur masih sama macam sebelumnya..Lepas magrib dah zzzzzzzzzz sampai esok paginya.. pukul 5 atau 6 pagi dah bangun..tak perlu alarm lagi..
  • Laju je kalau bergolek sekarang.. Kalau letak elok ja atas bantal tu.. tak sampai seminit kepala dah turun dari bantal..
  • Suka tidur mengiring sambil hisap jari..
  • BELUM nampak minat Aisy dengan kartun lagi.. Kalau buka" upin ipin" pun kejab je dia layan..lepas tu   sambung golek-golek..TAPI kalau buka "tanyalah ustaz" khusyuk pulak dia tengok..macam faham je kan!
Setakat tu ja yang perkembangan terbaru Aisy yang saya ingat..Bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015