Thursday 31 January 2013

Bercuti di Sabah Day 2 Part 2

Bercuti di Sabah [Day 1], [Day 2 Part l ]

Selepas puas ber'spa' ikan ..Kami meneruskan perjalanan ke Desa Dairy Farm. < New Zealand Sabah katanya >. Jalan menghala ke KK balik..Sempat singgah gerai tepi jalan borong keropok dan buah.. Nak ke Desa Dairy Farm ni jalan berbukit sikit..Mula-mula macam tak confident nak pergi sebab naik viva ja kan..tapi dah alang-alang datang harus lah pergi kan..Alhamdulillah berjaya sampai..Bila dah sampai memang sejuk je rasa..Nyaman! 

Lembu-lembu beratur nak perah susu


 Jalan berbukit menuju ke Desa Dairy Farm


Landmark


Boleh tengok penghasilan susu.!


Air krim kat sini memang terbaik..Rasa susu lembu asli gitu..Tak cukup 1 , dua saya makan..En.suami relakan je!.Susu memang fresh!




Budget bercuti kat New Zealand..*Berangan Mood*


Lembu-lembu ready nak perah susu dah..boleh tengok dari dalam bangunan..


lembu pun nak interframe..

Lepas dah puas lepak kat DDF..Kami menuju ke Kundasang Worl War 2 Memorial Park..Ia terletak di kaki bukit sebelum menuju ke Desa Dairy Farm..Pemandangan kat sini sangat cantik..Tempat ni memang terjaga rapi..Port baik punya untuk ambil wedding photo..Tapi kena bayar RM100 kot kalo nak amik wedding photo kat sini..Amboi!




Kena mendaki lagi..tapi kejab je..Nak masuk kena bayar tau..RM10/entry kot! lupa!




Malaysia tanah airku!


Curi Bunga DENDA RM100. Ada T.V C.C.T.V


Muka Pancit kot..Seharian Berjalan..Tapi BEST!.

 Kemudian kami bertolak balik ke Kota Kinabalu  memandangkan kebanyakan tempat yang ada dalam list dah pergi..Balik hotel rehat kejab lepas tu keluar balik ke Pasar Malam Kampung Air untuk borong sourviner & Pasar Filiphine lagi untuk melantak seafood..

P/S: Kalau nak beli fridge magnet..sila borong di Pasar Malam Kg Air sebab kat situ sangat murah..Kalau macam tempat biasa 1 RM8 or Rm6..Kat Pasar Malam Kg Air 3, RM10.. Tak berbulu nengok!!!!!!


Dinner malam terakhir di KK


Ikan Susu namanya!


Rumpai Laut


dan ABC

Semua sekali RM48..Rasa berbaloi sangat!!



Hasil belian di Pasar Malam Kg Air..Berbaloi-baloi.

Tamat sudah kisah untuk hari ke-2..Cerita hari ke-3 iaitu hari terakhir akan menyusul..sobs!!

2 comments:

cha said...

sini sejuk kan? cantik giler pemandangan mcm kat new zealand huhu

seriusla rm48? murah gileee. rumpai laut tu rasa apa u

Unknown said...

aah sejuk nyaman gitu..rumpai tu dia rendam aor garam kot..rasa masin-masin sket..ok la..buat ulam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015