Monday 10 December 2012

Resepi Brownies Sedap dan Mudah

Jumaat lepas teringin plak nak makan brownies ni..terbayang-bayang brownies kat secret recipe..tapi malas nak pergi SR..Google la resepi kat internet..tengok bahan-bahan semua dah ada kat rumah..Balik kerja terus bersilat kat dapur.. Serius sangat senang nak buat brownies ni.Rasa pun sedap sangat.Selamat mencuba.


Bahan-bahan :
  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula (3/4 gula perang & 1/4 gula kastor)
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan coklat chip *tak da pun tak pa, kalau ada lagi sedap.hehe*


Cara-cara :
  1. Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.
  2. Sapukan majerin & taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm @ loyang bulat..
  3. Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk. Gaul sebati. 
  4. Masukkan adunan dalam loyang 
  5. Tabur coklat chip di atas 
  6. Bakar lebih kurang 25-30min.

Source: Blog Mummyayu

2 comments:

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

oh sedapnye brownies sr,hihihih kak mane pic brownies akk?=)

Unknown said...

pic kata atas tu la dik..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015