Wednesday, 30 January 2013

Bercuti di Sabah Day 2 Part 1

Sambungan dari Bercuti di Sabah Day 1

Hari ke-2 di Sabah dimulakan seawal jam 6:30pagi..Kat Sabah waktu ni dah macam pukul 8 pagi dah.Agenda hari ni nak ke Kundasang dan tempat-tempat menarik sekitar tu...Sebelum bertolak sempat beli jajan dulu sebab katanya kat sana susah nak cari tempat makan sebab macam was-was halal ke tidak kan..

Destinasi pertama adalah Kinabalu Park..Perjalanan hampir 1 jam 30 minit dari kota kinabalu..Reason bergerak awal sebab nak kejar bergambar berlatar belakang kan puncak gunung kinabalu..Sebab katanya lagi waktu pukul 9 pagi dah tak nampak sebab kabus..


Sesetengah jalan dah mula kabus.


Cerah balik


Sempat bergambar.. 10 minit lepas gambar diambil..Kabus mula muncul..hehe


Kitorang macam jakun jab..betul ke tu puncak gunung kinabalu.??.wallahualam..


Kemudian destinasi ke 2 adalah ke Poring Hot Spring (Air Panas) + Canopy Walkaway....45 minit dari Kinabalu Park...Pesanan khidmat masyarakat: Kalau korang berhajat nak naik canopy walkaway ni sila siapkan diri macam nak hiking..sebabnya nak lalu canopy walkaway tu nak kena merentas laluan berbukit hampir 1 km rasanya...*PITAM*..Kami lansung tak diberitahu pun..tau tau ja masa naik tu ...Eh! asal tak sampai-sampai ni..OMG! Tapi bila dah sampai atas puas sangat-sangat..TAPI ada lagi azabnya pada sapa yang gayat tapi budget diri berani sebab nak lalui canopy walkaway tu bukan satu tapi 5 ok!! ulang lagi sekali LIMA...hahaha..Dah la tinggi bebenor..tapi berjaya jugak harungi asalkan jalan tak tengok bawah!..



Pintu masuk..Jangan lupa beli pas masuk kat pondok pengawal k..


Senyum lagi padahal MENGAH dah ni..unprepared! kasut pun kasut biasa ja..


View untuk mandi air panas..setiap kolah tu ada paip..nak mandi baru tahan.. 


Gayat siot!


Bayar lagi sebelum ke canopy walkway


Lepas dah penat ber'hiking'..boleh la rendam kaki dalam air panas jab..nak mandi pun boleh...

Sebenarnya ada banyak lagi part menarik sekitar poring hot spring ni. macam air terjun etc. tapi kena berjalan la.. Mula-mula kami teringin jugak nak pergi..tapi bila tengok jarak nak kena berjalan jauh tu ...terus batalkan hasrat! 


Destinasi seterusnya adalah Sabah Tea Garden..Lebih kurang macam di cameron la..Perjalanan ambil masa lebih kurang 35 minit dari Poring Hot Spring..

Merasalah minun teh sabah ni..tapi dorang buat pekat sangat la..tak kena dengan tekak..en.suami yang habiskan..Kat sini baru la boleh makan..Kami order mee goreng teh sabah..nama cam gempak je..mee goreng tu dicampur dengan teh KATANYA..tapi yang datang macam maggi goreng saja baaaaaaaaaaaahhh!


Lepak sekejab je kat sini..Ambil gambar-lunch-borong teh sabah untuk sourviner..


Kemudian, kami ke "Tagal" Sg Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau.(SPA IKAN). Betul-betul bersebelahan dengan ladang teh sabah tu..Senang nak cari..Kami mengunakan khidmat GPS je ..Masa search tu tengok-tengok..eh2! 2 minit ja nak ke sini dari teh sabah tu..hehe..


Apa yang best kat sini adalah dapat ber'spa' ikan semulajadi...ikan fresh dari sungai untuk spa..hahaha.. Mula-mula saya takut -takut nak masuk sungai sebab ikan banyak sangat...Bila dah masuk rasa best sangat..,rasa geli-geli gitu dengan kesejukan air sungai..nyaman sekali!


Muka tahan geli kena gigit dengan ikan..hahaha..Best! Kat sini juga ada jual makanan ikan ..Boleh bagi makan ikan sekali..Bila dah pegang makanan tu lagi melompat-lompat ikan tu datang..

Bersambung................

3 comments:

cha said...

sorry lama tak datang sini u

wah bestnya jelesla u pg kk i tak pernah sampai sane lg huhu. sane sejukla eh u? tengok kabus tebal bagai pastu siap ada ladang teh mestila sejuk kot

eeee gelinya ikan tu besar pulak tu aaaaa haha kene bayar ke free spa ikan tu?

Unknown said...

ada tempat sejuk..macam kat kinabalu park tu mmg sejuk betul tu..mungkin waktu tu awal pagi kot..tempat2 lain sama ja panas..haha..ada lagi satu part kat ladang lembu*part 2* sejuk(new zealand sabah katanya)...minum susu lembu fresh..ajak la husband u honeymoon sabah lak..hehehe..syurga seafood..hehe

Unknown said...

lupa nak jawab..spa tu kena bayar..kalo tak silap RM4 ja kot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015